Jalan2 Cuci Mata

Sunday, April 05, 2009 0 Comments

Assalamualaikum.....

Semalam aku ke KB Mall untuk tengok pameran komputer kat sana. Besarnye takde la macam PC Fair tu. Tapi kira ok lah. Dalam hati takda niat nak beli apa pun. Sambil round2 tu, ada beberapa gajet yang agak menarik. 

Antaranya ialah pasal printer sekarang boleh pakai ink external tank kat luar. Tangki ink kat luar ni memang banyak dan jimat katanya. Harga untuk satu ink (lengkap dengan semua warna) lebih kurang RM150. Gulp...mahal jugak.. Kalau beli katrij ink biasa untuk hitam putih dah dalam RM50. Kalau katrij berwarna lagi lah mahal. Aku ingat nanti bila balik Shah Alam nak pergi survey pasal tangki ink ni kat sana. Mungkin kat sana lagi murah sikit dari sini. 
Selain tu, ade gak aku g survey pasal kad grafik. Nasib baik la aku dapat tahan hawa nafsu aku semalam. Kalau tak mesti aku dah sambar kad grafik Nvidia 9400 GT 512MB tu.. Harga dia dalam RM220 gitu. Murah sangat dah tu. Tapi bila fikir2 balik, rasanya benda bukan keperluan, tapi kehendak. Kad grafik Nvidia 7300 GS 256MB kat pc aku ni pun dah cukup lah sebenarnye.. Isk..nafsu2...hehe Last skali aku usung satu speaker USB. Harga RM19 aje.

Dah habis ke KB Mall, aku ke pesta buku pulak. Rupanya hari ni ialah hari last jualan. Pegi sana beli lah sebuah buku bertajuk Kuasa Minda Separa Sedar (subconscious mind). Macam best aje buku ni... Ni lebih kurang kepada kuasa psikik ni..hehe

Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu