Minggu Yang Sibuk Bermula

Assalamualaikum & hai...


Gaya macam tengah rap pulak..hehe

Maafkan aku sebab tak berkesempatan untuk update blog ni. Semester baru dah bermula. Jadi aku pun dah bertambah sibuk dengan urusan kelab MSC dan kelas. Selasa yang lepas aku baru aje mempengerusikan Mesyuarat Semester MSC. Mesyuarat ni harap dapat diadakan tiap2 awal sem (taktau lah nanti presiden baru dah takmau buat.hehe). Jadi student yang baru masuk sem dapat dikemaskinikan dengan info baru BMS dan juga MSC.

Mesyuarat kali ni kami libatkan sekali Puan Norizah dari bahagian Kaunseling MSU. Rancangan awalnya nak jemput Dean. Tapi disebabkan dia yang selalu aje sibuk, maka dapat peganti Puan Norizah pun dah cukup. Alhamdulillah info yang disampaikan amatlah membantu student2 BMS untuk meleraikan kekusutan mengenai peluang untuk sambung ke tahun ke-3 MBBS. Namun ada jugak yang makin kusut kepala sebab dapat tau pointer yang tak lepas 3 tak cukup untuk teruskan pengajian.  Tempat untuk sambung tu dah ada tapi pointer pula yang jadi halangan. Nak salahkan orang lain pun tak boleh juga sebab pointer tu kita sendiri yang usahakan. Alhamdulillah pointer aku setakat ni cukup untuk sambung ke tahun klinikal ( tahun ke-3). Yang penting sekarang ni ialah aku kena kekalkan atau naikkan lagi pointer ni.


Emm...lepas ni InsyaAllah aku akan punyai lebih banyak masa untuk study apabila jawatan aku sebagai Presiden MSC akan tamat pada 5hb akan datang. Aku harap sangat2 AJK baru yang bakal dibentuk nanti akan jadi lebih baik dari AJK aku yang ada sekarang. Dah rasa sayang sangat kat kelab MSC ni. Walaupun aku pegang jawatan Presiden ni tak sampai suku penggal pentadbiran (sebab aku ambil alih dari presiden lama yang letak jawatan), tapi aku tetap berbangga apa yang aku sempat buat pada kelab ni. Paling aku bangga sekali sebab dapat AJK yang sanggup membantu dan berkerjasama dalam melaksanakan agenda baru MSC yang aku cuba pacu.

Pada awal2 aku mengambil alih kelab ni, apa yang dapat dilihat ialah betapa kelab ni tiada asasnya sendiri. Asas atau foundation kelab amatlah penting untuk pastikan bagaimana hala tuju kelab untuk bergerak. Bayangkanlah macam mana kelab nak bergerak kalau objektif dan misi kelab pun takde. Usah dikira lagi pasal pengisian aktiviti kelab, bagaimana ia boleh membantu students dan lain2 lagi. Maka untuk menyelesaikan masalah ni, maka aku adakan satu misi yang dipanggil Club-Based Stregthening Program. Tujuan utamanya ialah untuk mengukuhkan pasak kelab ni agar ia ada tapak yang kukuh untuk berdiri. Antara isinya ialah dengan membangunkan dasar dan perlembagaan MSC (MSC Foundation & Constitution) dengan menekankan tujuan kelab, bagaimana ia terdiri dari organisasi dari seorang ahli biasa kepada presiden dan penasihat kelab dan bagaimana ianya akan bergerak.


Selain tu juga ianya meletakkan tema asas kepada setiap aktiviti MSC. Tema-nya ialah MSC@Medicine, MSC@Charity, MSC@Sports dan MSC@Leisure. Dengan ini, semua aktiviti yang dirancangkan akan dapat dilihat dengan jelas apa tujuannya diadakan. Lihat saja pada temanya pun kita dah tahu. Contohnya MSC@Medicine adalah aktiviti yang bertujuan menambahkan pengetahuan medikal yang asas dan extra kepada students. Kalau MSC@Charity pulak mengenai aktiviti kebajikan yang boleh kami sumbangkan kepada masyarakat. MSC@Leisure dan MSC@Sports pula bertujuan untuk kami gunakan untuk ringan2kan kepala..hehe.. Asyik study aje pun lama2 boleh jadi sewel jugak.. :p Selain tu, perkara lain2 yang baru dibangunkan ialah baju MSC, penyusunan semula jawatan dan tugas AJK dan penglibatan Class Representative dalam perlaksanaan dasar MSC. Dengan bantuan class rep lah dapat kami tahu apa masalah yang diorang hadapi. Antara masalah yang selalu diorang bising dulu ialah website MSC yang dahulunya kelihatan berat sebelah kepada group paling senior, A & B. Alhamdulillah sekarang ni rasanya dah tak dengar benda tu semua.

Pada mesyuarat semester yang lepas, aku ada menggariskan beberapa misi baru MSC. Dah selesai misi kukuhkan kelab kena la berubah ke misi baru pula ye tak? Takkan asyik nak main2 dengan benda yang sama aje..huhu.. Berdasarkan meeting antara AJK MSC dan class rep, maka antara misi baru yang dipersetujui ialah misi untuk membantu students dengan seberapa yang boleh. Antaranya ialah menjadi orang tengah untuk menyampaikan masalah student kepada management. Apabila dah disampaikan masalah tu, kami cuba pula memberi cadangan kepada orang atas bagaimana untuk menyelesaikan masalah tu. Bukan maksud untuk mencabuli urusan management MSU, tapi untuk mencadangkan penyelesaian dari kaca mata pelajar. Sebagai contohnya ialah kekurangan subjek pharmacology dalam silibus.


Korang boleh bayangkan betapa kami semua akan terseksa jika masuk tahun klinikal tanpa knowlegde yang sesuai mengenai ubat-ubatan. Maka untuk selesaikan masalah ni ialah dicadangkan setiap subjek pathology (penyakit) wajib dimasukkan satu atau dua lecture mengenai systemic pharmacology atau commonly used drugs for each body system. Mungkin ni tak memadai, tapi cukuplah dari takde langsung tu... Selain tu masalah mengenai basic pathology, praktikal untuk batch senior dan continuous assessment turut telah diutarakan. Menariknya pasal continuous assessment ni ialah apa yang aku rasa kelemahan sistem kepada student assessment telah menyebabkan student belajar hanya untuk final exam. Sistem di MSU sekarang ni ialah student hanya akan diuji dengan kuiz bertulis yang dibuat sekali atau dua kali untuk satu semester. Sebenarnya ni tak cukup untuk uji pengetahuan student, ditambah lagi diorang selalu aje meniru semasa kuiz tersebut dijalankan. Aku pun kadang2 meniru juga bila dah buntu sangat2 tu..ehehe..

Jadi apa yang aku cuba buat ialah dengan mencadangkan teknik baru dalam membuat kuiz. Sebenarnya teknik ni diceduk dari cara Dr Redhwan yang kelihatannya bagus walaupun terdapat sedikit kelemahan. Setelah idea tu di-polish2, maka keluarlah konsep baru dengan sedikit pembaharuan. Konsepnya ialah setiap kali pada awal kuliah, pensyarah akan memilih 5 orang (atau berape2 lah) untuk disoal mengenai lecture yang baru lepas secara oral. Ini bermakna student akan berhadapan dengan lecturer face-to-face dan menjawab soalan on the spot untuk mendapatkan markah. Disebabkan pemilihan nama calon bertuah untuk disoal adalah secara random, maka student sentiasa perlu bersedia kerana tak tahu bila dia akan disoal. Selain tu, student tak dapat untuk meniru. Lain la kalau masih sempat nak jeling nota member kat sebelah sambil menggigil tu..hehe... Antara manfaat lain cara ini ialah student akan sentiasa cuba datang kelas sebab takut ter-miss markah kuiz kalau terponteng lecture apabila namanya dipilih. Yang paling bagus sekali ialah teknik ni dapat memupuk kemahiran oral student untuk membentangkan apa yang telah dipelajari dan dibaca. Sekarang ni aku cuba untuk mengajak pensyarah kat sini untuk gunakan teknik ni. Most of them agreed dan cakap teknik ni adalah bagus. Namun aku pasti mesti ada juga pensyarah yang ingin gunakan stail masing2. Yang penting aku dah mencuba. Kan2? hehe...

Ok lah. Rasanya dah cukup setakat ni. Kalau nak tulis semua nanti jadi macam rencana dalam surat khabar pulak.hehe.. Sekarang pun dah jam 2.28 pagi. Dah masa untuk tidur nih.. Kalao tak tido sekarang alamatnye mesti bangun lambat pagi esok..Nanti jadi kes sembahyang subuh jam 11 pagi lak..huhu..

Okes,

Selamat malam semua,,,

Salam dari budaksepet,




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati