Mood Tak Berapa Baik

Saturday, April 04, 2009 2 Comments

Assalamualaikum....


Sekarang ni aku kat CC. Tadi sengaje keluar dari rumah sebab perut lapar. Nak tunggu mak aku siap masak tomyam rasa macam lambat pulak. Jadi aku kuar r kejap kononnya nak g cari makanan wat alas perut. Perut tengah lapar ni buat aku rasa angin semacam pulak. Baik aku kuar kejap tenangkan jiwa. Kalau duk kat umah jugak, mau tak pasal2 adik aku kena sepak ngan aku.hahaha.. Ye r, dia duk malas2 kat umah. Suh g beli gas pun malas. Pastu duk mintak duit aje nak beli cekedis (jajan).hehe...




Emmm..update mengenai aktiviti aku sekarang ni....
 1.Petang  ni (4hb)aku nak ke KB Mall untuk tengok pameran komputer kat sana. Mana tau boleh beli apa2 yang berkenan di hati..
 .
2. Esok (5hb) ingat nak pergi pesta buku kat Dewan PTK kat Jalan Mahmood. Masalahnye ialah aku tak tau kat mana Jalan Mahmood tu.. Tanya kawan2 pun ramai yg tak tau... Ape r iklan pasal pesta buku tu. Cuba la buat iklan yang senang orang nak faham sket. Dah banyak orang aku tanya pasal dewan tu tapi semua tak tau.
 .
3. Lusa (6hb) aku ingat nak ke USM. Ada temu janji dengan Akak Aszlitah, student pergigian tahun ke-5. Aku nak tampal gigi depan aku yang tak berapa lawa.hehe.. Sebelum tu aku rancang nak lunch dengan Syafiqah dan Fiqah dulu. Nak suruh diorang belanja.hahaha..
.
4. Tulat (7hb) pulak aku masih akan ke USM untuk temu janji kat klinik gigi. Sebenarnya gigi aku ni banyak nak kena betulkan. Ni la akibatnya kalau malas gosok gigi. InsyaAllah dah elok gigi aku ni aku ingat nak jaga betul2 dah (baru ingat nak jaga..ape daaaa...).hehe
 .
5. Tubing (8hb) ni aku akan bertolak balik ke Shah Alam. Tiket bas tak beli lagi...adui...
 .
6. Tikus (9hb) pulak aku akan ke hospital Tanjung Rambutan kat Perak nun. Ada lawatan ke ward bahagia. wah...tak sabar lak nak tengok orang bahagia ni...bestnya hidup kalau bahagia selalu..hehe..
 .
7. Tanduk (10hb) seterusnya aku akan ke gua Tempurung. Yang ni tak sabar ni sebab aku ni tak pernah masuk gua tau. Dulu kecik2 dulu pernah la buat cubaan untuk korek gua kat bukit dekat ngan umah aku..hehe... Apa punya kerja r.. Bahaya tu...

Cukup la kot setakat tu. Ok lah, aku nak balik rumah makan tomyam pulak. Dah siap kot.hehe..

Jemput makan ye..

Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 comments:

Anonymous said...

amboi2.. comelnye post awak zaman2 ni.. cumil sungguh.. tekekek2 membacenye..

kelaka la post awop ni.. hehe

truly,
miss bitsy

Astromas said...

Hehe u pun kelakar.. awop ni seorang yg mrnghargai sifat humor sbnrnye..hehe

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu