Rehat Kejap...

Assalamualaikum & hai...

Aku baru aje balik dari kolej. Tadi pergi jumpa Head of Department yang baru, Puan Sairah. Banyak benda yang kitorang bincangkan. Antaranya ialah pasal subjek extra yang dioffer oleh Malaysian Medical Council, tarikh untuk aku praktikal, aktiviti akan datang dan cadangan penambah-baikkan BMS ni.. Kalendar aktiviti pun banyak nak kena tukar balik ni. Tapi sekarang mood untuk buat kerja tu tak berapa ada lagi.. Kejap lagi kot..huhu..

Kalau korang tengok pada perancangan aktiviti aku semalam, bab kemas meja tu tak dapat nak dilaksanakan lagi. Konon2nye sibuk la tu.. Tapi padahal bukan buat ape pun..hehe.. Opss...nak pegi joging pun tak dapat semalam sebab hujan. Sekarang ni asyik hujan aje. Kalau zaman dulu2 bulan 4 ni tengah panas kemain.

Tapi semalam aku telah berjaya mencapai kejayaan untuk membasuh baju yang bertimbun tu... Kejayaan besar tu..hehe.. Bagi yang lelaki nak basuh baju ni kadang2 malas sikit. Aku biasanya basuh baju seminggu sekali. Sekali basuh memang banyak sebab baju aku kat sini bertimbun2. Kebanyakkannya baju lama. Nak buat sayang pulak. Nak buat macam mana ye? Korang ada masalah baju lama yang bertimbun2 tak?

Okes. Jom kita tengok perancangan aku hari ni.. Hari ni pada waktu petang aku ingat nak taip agenda mesyuarat bersama HoD dan semua BMSian. Kalau sempat nak siapkan agenda mesyuarat bersama AJK MSC pulak. okes. Malam nanti baru aku rasa nak betulkan balik Kalendar Aktiviti MSC.


Opss.. Lupa pulak nak cakap yang aku dah beli laptop baru..hehe.. Modelnya ialah Acer Aspire 4730ZG dengan processor Pentium Dual Core T4200, 4gb DDR2 RAM originally from factory, Ati Radeon 3470 dedicated 256MB memory with capability to reach 1536MB (shared from RAM) dan lain2 lah... 

Tapi ada cerita disebalik nak mendapatkan laptop ni. Nanti ada masa aku cerita k.

Salam dari budaksepet,




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat