Posts

Showing posts from November, 2008

Kesibukan Yang Mula Melanda.

Image
Assalamualaikum & Hye.. Sekarang hampir pukul 3 pagi. Aku tengah siapkan assignment patho musculoskeletal. Tajuknye pasal muscle of upper and lower limb with nerve & blood supply of the muscle!!! banyak tu nak kena cite! Adui..dah la anatomi aku ni dah banyak lupe. Nampaknya aku akan habiskan masa yang agak banyak untuk assigment ni. Ni kerja yang perlu dibuat buat masa ni: *Assignment & presentation patho endocrine :    1. Relation of hormone and stress (what an interesting topic huh?) *Assignment patho haemato :    1. Muscle of upper and lower limbs with its nerve and blood supply    2. Muscle of neck and had with nerver supply *Assigment & presentation patho haemapoietic & lymphoid system    1. Packed Cell Volume (PCV) & Hemoglobin estimation method Kelmarin, editor majalah Dewan Kosmik, sdr Khairuanuar Manshor telefon aku. Dia nak mintak aku buat artikel untuk ruangan fokus untuk isu Jan 09. Tak penah lagi aku...

Hari Yang Macam2

Image
Assalamualaikum & hye... Hari ni banyak benda yg berlaku. Ada yang menggembirakan, ada yang men-tensen-kan. ---------------- Waktu : 5.30 petang Lokasi : depan komputer, tepi sliding door Status : baru lepas sembahyang Asar. Selesai aje sembahyang, terus aku duk depan pc. Bukak page MSC. Refresh page. Tiba2 degupan jantung aku bertambah kencang. Suhu badan mula menaik disertai perasaan geram bercampur marah. Si Alamak dan Huhuhu buat hal lagi kat website MSC!!  ( baca entri berkaitan sblm ini ) Kali ni lagi teruk! Lagi dasyat! dan lagi melampau! Kenyataan dia sungguh racist! Sampaikan aku yang baca ni pun rasa sakit hati. Kenapa la ada Melayu yang macam ni. Bila aku baca aje komen yg 1st, terus aku login kat shoutbox tu & delete komen melampau tu. Tak sanggup aku nak publish komen tu kat sini. Lepas delete komen tu, aku refresh balik page MSC. Ada lagi komen baru!!! Kali ni dengan nama Huhuhu pulak.. Ayat beracun dan busuk! Masih lagi racist Aku delete lagi...

Jersi Baru Malaysia

Image
Assalamualaikum & hye... Nike Malaysia baru2 ni telah keluarkan jersi baru pasukan kebangsaan Malaysia. Lawa siot. Tanpa banyak bebel, jom kita tengok rupanye. Jersi Utama Jersi Malaysia masih mengekalkan jalur melintang ke bawah. Ianya adalah simbolik kepada gelaran pasukan bola sepak Malaysia iaitu skuad Harimau Malaysia. Berbanding dengan yang lama, jersi baru ni kelihatan lebih fit. Sebenarnya ia adalah ciri2 yang bagus untuk mengurangkan tarikan baju oleh pemain lawan. Selain tu, ianya akan membolehkan pemain bergerak dengan lebih bebas. Nombor jersi dibahagian depan dan belakang nampaknya direka untuk kelihatan lagi cun dari yang dulu. Simbol keris masih lagi ada pada baju iaitu pada kedudukan yang sama seperti jersi lama. Kolar baju sedikit berubah menjadi lebih round dan mempunyai nama Malaysia di bahagian belakang. Baju di Tempat Lawan Jika pasukan Malaysia bertandang ke tempat lawan yang memakai baju yang warnanya hampir sama, jersi kedua yang bewarna biru...

Hari Emo Sedunia

Image
Assalamualaikum & hye. Sekarang ni,  urusan subjek kami yang batch pioneer BMS dah hampir selesai. Kiranya dah selesai abis la. Aku kalo bleh nak jdkn grup aku ni same subjek sampai la abis. Jadi tak la bercerai berai bak kata orang. Hehe.. Namun ada la beberapa orang yang lain satu dua subjek. Jadi tak kisah la. Asalkan overalnya kami masih bersama. ------------------ Hari ni aku rasa boleh gelarkan hari emo sedunia.haha. Ramai betul orang yang emo ari. Yang pompuan ler. Aku terpikir jugak, diorang ni PMS (pre-menstrual syndrome) same2 ke? hehe 4 orang member kelas aku ari ni duk meng-emo-kan diri. Last2 aku jugak yang kena berhadapan dengan cik2 yang emo ni. Nasib baik urusan kelas sume dah setel. Sabo aje la. hehe.. Salam dari budaksepet.

Hari Pertama Kuliah

Image
Assalamualaikum & hye... 21hb yang lepas aku postkan kat website Medical Science Club (MSC) (aku adalah AJK webmaster MSC) mengenai kuliah surgeri yang perlu dihadiri oleh semua pelajar fakulti pd hari ni  (24hb). Biasanya kuliah2 dibuat untuk pelajar yang amik subjek tersebut saja. Tapi kali ni disebabkan professor jemputan dari Poland yang akan sampaikan, maka kami semua BMSian ni kena la pegi. Kuliah dijadualkan bermula pukul 9 pagi di dewan teater MSU.  Disebabkan hari ni adalah hari pertama kuliah, maka aku risau ramai yang tak datang. Nanti tak elok pula imej MSU pada pandangan professor tu. Aku sendiri tadi pukul 9.15 masih lagi ada kat rumah sebab menunggu kereta kawan untuk aku tumpang ke kolej. Hujan waktu pagi tu. Nak jalan kaki mau basah lenjun aku. Jam dah pukul 9.40 pagi. Aku baru saje sampai kat kolej. Aku diberitahu dewan teater masih lagi gelap lagi tanpa aircond dipasang. Pelajar pun dah mula mengeluh2 sebab tunggu lama. Pensyarah yang dinanti tak j...

Bermain Sebelum Tak Boleh Main!

Image
Assalamualaikum & hye... Minggu ni aku rasa ramai yang tak ade mood untuk brblogging. Hari2 jugak aku refresh page aku ni untuk tengok sama ada geng2 blogger lain ada update cerite mereka. Aku sendirik pun malas nak update blog aku ni. haha...Skarang ni keja aku asik maen2 aje. Esok bermula lah kelas aku menandakan semester baru sudah bermula. Nampaknya masa bermain dah nak habis! wuwu... Esok aku ada lecture updates in cardiovascular surgery dan lusa untuk updates in neurosurgery. Aku excited sebenarnya nak dengar lecture esok sebab aku minat nak jadi specialist cardiac surgery nnti! Nak tau sbb ape? sebab orang Malaysia ni ramai sakit jantung!hehe.. Kalau kat swasta byk boleh buat duit ni >:) muhaha.. (ape da..). Tapi yang penting sekali aku minat dan ada passion untuk jadi cardiac surgeon. Kan2? ;;)  (ayat kover balik). Seminggu ni aku habiskan masa bermain game Need for Speed Most Wanted, FIFA09 dan tengok drama bersiri House MD. Study? Takde study pun! Nasib...

Semester Baru Bermula! FIGHTING!

Assalamualaikum wbr & selamat sejahtera.... Dah lama aku tak update blog ni. Nak kata sibuk dua tiga hari ni takde la sangat.hehe.. Sekarang ni aku baru aje lepas registration untuk semester baru pada 17hb yang lepas. Jadik maknanya masa tu la aku dapat keputusan exam semester lalu.   Sebenarnya aku agak cuak, takut result sem lepas aku jatuh. Sem lepas aku agak struggle dengan 4 sistem penyakit Banyak benda nak kena baca n hafal, terutamanya subjek penyakit sistem saraf. Uii...letih den..   Tapi alhamdulillah result final exam aku hari tu ok aje. Aku maintain result sem lepas, menjadikan CGPA sekarang ni 3.2+, Syukran.... Yang penting sekarang ni ialah untuk pertahankan pointer dari jangan jatuh di bawah 3. Kalau bawah 3 nanti aku tak dapat masuk fasa klinikal kat International Medical School.   huhu....Mintak2 la dapat tempat kat IMS tu.. Memang dah cita2 dari dulu lagi nak masuk situ.   Okes.. Sekarang ni aku di semester baru. Semester ni aku masih ambi...

Bas Rosak!

Assalamualaikum.... Hari ni aku balik dari Kota Bharu ke Shah Alam. Perjalanan biasanya makan masa selama 8 jam. Bas aku bertolak pukul 9 pagi dan sepatutnya akan sampai dalam pukul 7 kat sana. Tapi malangnya hari ni, bas yang aku naik rosak kat Gua Musang! Kali pertama dalam hidup aku bas yang aku naiki rosak kat dalam hutan. Argh...tensen gue... Maka terpaksalah kitorang semua turun bas dan tunggu unit mekanik Transnasional untuk datang baiki  bas. Dari pukul 1 sampailah pukul 5.30 petang baru kitorang dapat bergerak semula. Aku sampai kat Shah Alam tadi pukul 11.15 malam. 14 jam perjalanan! huhu Sekarang ni aku letih, ngantuk dah nak tidorrr!!! ZzZzzzZzZZZZzzZZ

House MD dan Aku?

Assalamualaikum.... Hari ni aku tengok drama bersiri HOUSE MD musim ke-2. Yang hari ni dah episod ke 18. Sleeping Dogs Lie tajuknya. Aku tengok cerita ni salah satu sebabnya ialah untuk tujuan ulangkaji apa yang aku belajar kat kelas dan untuk tambah info baru pasal bidang perubatan yang luas ni. Selain tu boleh lah buat aku rilek2 sambing baring tengok seribu macam drama kehidupan dalam siri House MD ni..hehe.. Pasal etika kedoktoran ada, pasal cinta ada, pasal kehidupan seharian, pasal perhubungan dan macam2 lagi lah... Mula pada hari ni, aku bercadang untuk buat satu laporan ringkas kes apa yang ada dalam siri House tu dan terbitkan di blog ni. Jadi ni akan membuatkan aku lebih teliti dalam melihat kes yang ditunjukkkan.. Semoga ianya bermanfaat pada aku. Amin.. InsyaAllah aku akan cuba;)

Ujian Darah

Assalamualaikum & salam sejahtera... Pengenalan Dalam badan manusia, terdapat lebih kurang 5 hingga 6 liter darah mengalir dalam satu sistem peredaran darah yang lengkap. Isipadu darah ini akan mengisi lebih kurang 4 botol besar air berkarbonat 1.5L dan mewakili 8% daripada berat badan. Darah yang kita lihat adalah berwarna merah pekat dan kadang-kala merah-kebiruan. Ini adalah bergantung darimana punca darah tersebut iaitu sama ada dari arteri (beroksigen=merah) atau vena (kurang oksigen=biru). Namun untuk mengenal pasti warna darah yang mengalir sama ada dari arteri dan vena adalah agak sukar. Ianya memerlukan pengalaman dan pemerhatian yang teliti. Maka tidak semua doktor dapat membezakan antara warna darah ini. Namun tahukah anda bahawa darah kita umumnya terdiri daripada cecair yang jernih? Sekitar 55% daripada darah adalah dari plasma yang terdiri daripada 90% air. Jadi dari mana warna kemerahan itu wujud? Warna merah pada darah adalah disebabkan kehadiran sel dara...