Perbandingan Antara IE, Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome

Sunday, January 03, 2010 8 Comments

Assalamualaikum & hai...

Apa internet browser yang korang pakai untuk melayari internet? Firefox, Internet Explorer, Google Chrome, Safari atau Opera?

Banyak2 nama di atas, aku pasti ramai yang tak pernah dengar atau guna Google Chrome, Safari dan Opera. Yang paling glamour mestilah Internet Explorer dan Firefox.

Internet Explorer






Internet Explorer (IE) tak kira lah versi berapa pun kurang menjadi pilihan aku sebab ianya agak slow. Nak boleh bukak tab baru pun lambat. Nak start mula2 tu pun lambat. Crash pun selalu jadi. Jadi IE ni aku memang aku tak pakai langsung.

Firefox






Mozilla Firefox ni ramai orang guna selain dari IE. Antara sebabnya ialah ianya lebih pantas, dan menawarkan banyak add-on yang menarik. Kalau nak banding antara Firefox & IE, maka boleh ibaratkan antara kucing dan lipas yang mana kucing jauh lagi kiut berbanding lipas. Setuju tak? hehe

Aku sendiri suka pakai Firefox. Salah satu sebabnya ialah ia benarkan cache website yang kita dah layari disimpan dalam PC. Jadi bila kita tekan butang back, halaman yang dah kita masuk tu akan dibuka dengan cepatnya. Tapi ini boleh memberatkan PC kalau korang sudah lama tak bersihkan PC dari cache website yang menimbun2 tu.

Antara software yang bola diguna untuk bersihkan cache dan history internet browsing ialah Ccleaner. Ianya sangat berguna tapi percuma. Nanti aku buat review pasal software ni.

Korang boleh download Mozilla Firefox kat sini.


Google Chrome





Ramai yang tak tahu Google mempunyai web browser yang tersendiri. Sebenarnya ianya baru sahaja dilancarkan tapi telah berjaya menarik perhatian ramai reviewer. Aku sendiri sekarang ni pakai Chrome sebagai browser tetap aku. Antara sebabnya ialah ;

1. Lagi laju dari Firefox
2. Menyediakan antara muka (interface) yang paling ringkas berbanding browser lain. Jadi halaman yang korang sedang tengok akan nampak lebih besar.




3. Sepanjang aku pakai Chrome, tak pernah sekali pun crash. Stabil betul

4. Tak perlu install add-on tambahan apabila melawat sesetengah halaman. Contohnya add-on untuk adobe Dreamweaver, Flash, Media Player dan sebagainya. Jadi korang akan dapat melayari internet dengan aman.hehe. Kalau Firefox atau lain2 browser nak kena install add-on pulak, terutamanya bila baru2 pakai.

5. Kelajuan download yang sangat cepat! Masa aku pakai Firefox dulu, aku akan install Internet Download Manager (IDM) untuk bantu lajukan kelajuan download. Tapi bila dah pakai Chrome ni aku dah tak pakai tu. Memang laju.

Cuba tengok contoh di bawah. Aku bandingkan antara Chrome, Firefox dan IDM versi komersial untuk download perisian itunes yang bersaiz 88.9 MB. Nampaknya Chrome dah berjaya jinakkan dua pesaing tu..hehe


Download pakai Google Chrome
Download speed : Sekitar 130~120 kbps
Waktu siap : 12 minit


Download pakai Internet Download Manager
Download Speed : Sekitar 120~110 kbps
Masa siap : 13 minit 19 saat


Download pakai Firefox
Download speed sekitar 70 kbps
Waktu siap : 20 minit

Korang boleh download Google Chrome kat sini.


Opera



Mesti ramai yang tak tahu bahawa Opera merupakan web browser yang paling laju kalau nak dibandingkan dengan browser2 yang lain. Tambah2 untuk versi paling baru iaitu 10.10 ni diorang telah masukkan Turbo mode yang akan membantu korang melayari internet dengan cepat walaupun internet sedang merangkak perlahan macam labu labi.

Taktiknya ialah Opera akan rendahkan kualiti gambar apabila ia dapat detect internet korang tengah slow. Jadi halaman akan load dengan cepat dan gambar akan beransur2 menjadi cantik secara perlahan2. Bagi yang pakai dial-up tu disarankan korang pakai Opera ni.





Aku dulu  pernah pakai Opera dengan agak lama. Antara sebabnya ialah ianya pantas, mesra pengguna dan ringkas. Tapi kekurangannya ialah Opera 10.10 tak boleh guna untuk Yahoo Mail versi baru. Aku ni jenis yang suka check email berpuluh2 kali dalam masa sehari.hehe. Oleh sebab ini lah  sekarang aku pakai Google Chrome. Kalau nanti Opera versi baru keluar yang sokong Yahoo Mail, mesti aku tukar balik ke Opera.

Berminat nak pakai Opera? Boleh download dari sini.

Safari






Ada satu review yang membandingkan Safari, Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer. Keputusannya ialah Safari nombor satu, diikuti oleh Chrome, Firefox dan akhir sekali Internet Explorer.

Aku pernah pakai sekali aje Safari. Mungkin lain kali boleh cuba yang ni pulak. Satu yang aku nak cakap ialah antara mukanya memang cun melecun. Produk Apple tu. Korang boleh download dari sini.


Ada orang nak komen pasal internet browser masing2?


Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 comments:

farah_AJ said...

pergh...setakat ni aku plg puas hati guna google chrome~ memudahkan keje, x leceh 5/5 utk chrome

Astromas said...

Aku pun kasi 5/5 lah..hehe

kHaiEysHa said...

tapi kan kalaw sy nak rearrange layout blog xleh la pki chrome..tpksa bukak firefox dulu..
ada cara laen x?
but overall chrome mmg best!:)

Astromas said...

Laaa..patut la Wan nk arrange layout takleh pakai Chrome..harharhartanah..

sampai terpaksa buat cara alternatif..hehe..tapi berjaya jgk..

Chrome mmg best kan?
heee

arfah said...

chrome menyenangkan hidupku...hihihihihihi

Astromas said...

wah..rupanya ramai yg pakai chrome eh.. hehe

arfah said...

chrome simple and flexible...hihihihihi IE n MOZILLA memang dah lama terkubur....tak pakai dah..heeee...sesekali tu bukak gak la..hmm..safari pernah cuba pakai..dulu aa..tu pun rasa tak selesa nak guna...mybe time tu, prefer ngn MOZILLA...opera x pernah install kat pc..kat hp ya...hihihihihihi ok gak..heeee

Astromas said...

Sekarang ni Chrome dah ada Extension, sama macam Add Onn Firefox. Jadi nak tambah speed dial, cooliris & lain2 sumua ada..

Nampaknya Chrome dah makin hebat.hehe

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu