Posts

Showing posts from 2011

Subject dan Verb mesti Agree

Image
Assalamualaikum dan hai.. Setelah sekian lama tak update blog, maka hari ni aku nak mulakan dengan matapelajaran bahasa inggeris. Untuk pengetahuan korang, english aku amatlah teruk. Grammar lintang pukang dan vocab pun tak banyak. Malu aje medical student apabila englishnya tak berapa bagus.huhu. Mari kita belajar balik ape yg tice2 kita ajar dulu, iaitu Subject dan Verb mestilah agree antara satu sama lain (subject verb agreement). Di sini tulisan biru adalah subject dan tulisan merah adalah verb. Make it simple! Secara mudahnya, subject boleh jadi objek, binatang atau manusia manakala verb (kata nama) adalah perbuatan objek tersebut.  Mudahnya, subject yg singular (satu) akan digunakan dengan singular verb. Plural (banyak) subject digunakan dengan plural verb. Namun anda kena tahu sama ada sesuatu subject tersebut adalah singular atau plural (satu atau banyak), sama juga dengan verb yang digunakan. Ingin diingatkan bahawa tambahan s dibelakang sesuatu verb ti...

Lama tak masak!

Image
Assalamualaikum... Dah lama sungguh tak post pasal makanan ni kan? Sebabnye ialah aku dah lama tak masak.haha. Asyik makan kat luar aje mau tak kayap duit ni. Kena save duit sikit ni. Sebab semalam pegi beli barang dapur dengan awek aku, jadik hari ni aku punya la bersemangat. tapi bukan masak apa pun, goreng ikan masak kicap dengan sayur taugeh goreng je. Boleh la untuk orang bujang.hehe Sebenarnya tadi ingat nak makan nasi dengan ikan goreng curah kicap aje. Call aje cik Siti terus dia kasi idea yang sedap tapi cepat masak. Terbukti memang cepat masak ni. Nasib baik ada cik Siti. Kan cik Siti kan? hehe btw, esok aku akan mula dengan posting O&G. Masa untuk main picit picit perut mak & sambut bayi yang cumil cumil sume.hehe  Korang tahu tak waktu bersalin ni tensyen tau, dengan mak yg menjerit, jururawat dan doktor pun menjerit jgk sebab nak kasi semangat kat mak untuk teran. Tapi semua ke-tensen-an tu akan hilang bila dengar tangisan bayi. Rasa sejuk ...

Panduan untuk 3rd year MBBS

Image
Assalamualaikum & hai.. Minggu depan rakan rakan junior akan masuk 3rd year iaitu fasa klinikal. Jadi ramai yang duk tanya aku apa dia tips untuk survive dalam dunia klinikal nieh. Aku mana ada tips sebab aku pun tak bape survive.hehe.. Tapi insyaAllah sikit sebanyak boleh dikongsi dengan korang, moga bermanfaat. Fasa  klinikal ni memang best sebab masa ni korang dah dapat pesakit betul, mula sentuh periksa pesakit, mula buat prosedur dan mula belajar macam mana nak manage pesakit. Baru la rasa macam doktor sikit ye tak.hehe Untuk kawan kawan yang bakal masuk 3rd year ni, objektif di 3rd year ni ialah history dan physical examination untuk membuat list of differential diagnosis. Sekali lagi nak cakap, history-physical exam-differential diagnosis! Pasal management akan dibelajar pada 4th year, dan tahun ke 5 adalah fasa gabungan ke duanya. Jadi kat sini saya nak cakap jangan peningkan kepala korang dengan management pesakit lagi ye. Fokus pada disease dan macam mana n...

Cerita Semasa

Image
Assalamualaikum  dan hai. Dah lame aku tak menulis kan? hehe. Hari ni tersemangat nak menulis balik sebab tadi aku habiskan banyak masa dengan baca blog Dr Sarah . Dia banyak bercerita mengenai pengalaman hidup bergelar sebagai doktor pelatih (housemen) kat Hospital Temerloh. Ingat lagi waktu aku belum masuk MBBS dulu, aku selalu tercari cari blog pelajar perubatan atau doktor yang bercerita mengenai kisah hidup diorang seharian.  Sekarang ni aku dah melangkah ke bidang ni, mungkin aku pula yang patut rajin menulis kat sini. Mana tau ada kawan kawan kita kat luar yang jadi macam aku dulu.hehe. Ada ke tak tu Wallahualam. Tapi aku terperasan ada satu komen dari anonymous yang dia sangat ter- inspired  bila baca entri aku pasal pelajaran dalam bidang medik ni. InsyaAllah kalau ada masa aku akan menulis k. Doakanlah aku selalu rajin untuk menulis.hehe..  Bagi siapa yang tak tahu, sekarang ni aku berada dalam posting perubatan (lepas ni sebut medikal). Aku dah ...

Lagu untuk seorang ibu

Image
Assalamualaikum... Somehow I miss my mum soo much.. Salam dari budak sepet  

Jimat tenaga di blog

Image
Assalamualaikum & hai.. Cuba korang tinggalkan blog aku ni selama 1 minit. Apa yg akan jadi ialah akan keluar satu screen hitam kononnya untuk kurangkan penggunaan tenaga. Projek ni dikelolakan oleh onlineleaf.com. Korang boleh pegi ke www.onlineleaf.com Cuba la try. Salam dari budaksepet,   p/s : Lusa ada end posting exam!

Kandid sewaktu seminar psikiatri

Image
Assalamualaikum & hai.. Gambar kat bawah ni aku amik waktu kitorang tengah seminar psikiatri dgn Pakar Perunding Psikiatri, Datin Dr Fauziah. Seminar ni sebenarnya kitorang kena buat presentation  sambil diselia oleh doktor pakar.  Selepas mintak izin nak snap  beberapa gambar untuk tujuan documentation  kononnya, maka aku pun teruskan shot  sampai tak sedar dah banyak pulak terambil gambar.hehe.. Cuba2 nak main dengan tona warna pudar. Tak pernah main dengan tone sebelum ni.  Datin Dr Fauziah, Pakar Perunding Psikiatri HTAR Sebarang komen amatlah dialukan.. Salam dari budaksepet,  

Lame tak mandi.

Image
Assalamualaikum.., Mula2 sekali jangan terkejut dengan tajuk kat atas. Bukan aku yang lama tak mandi tapi motor Honda Wave merah aku ni.hehe Rasanya dah dua tiga bulan beliau tak mandi. Oleh kerana aku ni tuan punya yang prihatin, maka hari ni aku telah mandikan beliau bersabunkan sabun Daia.hahaha. Dah basuh tak polish plk sebab takde polish. Nak bagitau ni yang motor aku ni baru aje habis bayar kat kedai.wahaaa... Punye la best. Rasa kejap aje 2 tahun beli motor ni. Ni aset aku yg paling berharga buat masa ni. Kena jaga elok2. Salam dari budaksepet. posted from Bloggeroid

Kedai makan Melayu yang best di Klang

Image
Assalamualaikum..... Kat Klang memang susah nak carikedai Melayu. Kebanyakannya kedai mamak. Kalau pergi area kampung jawa atau sebelah Sijangkang baru ada can nak jumpa kedai Melayu. Jadi kalau korang berada kat tengah bandar Klang ni, aku ada satu kedai Melayu yang best aku nak rekemen. Nama dia Restoran Malaysia. Kedai di terletak kat belakang hospital tengku ampuan rahimah. Lebih spesifik lagi ialah berhadapan Caltex kat Taman Bayu Perdana. Makanan kat sini kebanyakannya masakan Melayu ala2 pantai timur. Tuan die aku rasa orang Terengganu.kalau mengikut slang die. Ikan bakar. Ada ikan termenung dengan ikan pari. Dua2 berbaloi wa cakap lu. Ulam2 pun ade. Ni makanan aku tadi. Nasi dengan ikan termenung bakar dengan air asam dan kerabu mangga. Cair air liur...hehe. Harga baru RM6 sekali dengan teh ais. Wokes nanti siapa2 nak cuba boleh datang sini. Memang berbaloi. Salam dari budak sepet posted from Bloggeroid

Balik kampung!

Assalamualaikum. Sekarang ni aku kat stesen bas seksyen 17, nak beli tiket bas utk balik kemaman. Balik ni tujuannye nak amik kamera member aku, Lie utk buat praktis sebelum amik gambar die kawen bulan september nanti. Aku ni dah la lame tak pegang kamera.hehe dalam hati bercadang, alang2 dah pegang camera ni boleh la buat part time sikit2.. nak mengasah skill yang ade n improvise a bit. jadik sesiape yang bercadang nak photoshoot event bleh la call untuk berunding kerana perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang paling reasonable.. kawan2 ni kire harge2 cincai jek. amacam? best tak? belum cube belum tahu... hehehe.. Wokes. Cukup kat sini. Salam dari budak sepet.

Psychiatry posting

Image
Assalamualaikum...... Sekarang ni aku kat klinik psikiatri. Tgh tunggu sesi case presentation jap g pukul 11pg. Sebenarnye sekarang ada member aku tengah interview new case. Tapi sebab diorang bertutur dalam bahasa tamil, jadi aku duk kat tepi melangut je la sambil study apa yg patut. Saestre dengan pesakitnye. Ni gambar member aku tengah clerk (interview) pesakit. Jangan risau sebab confidentiality pesakit terpelihara.hehe. Mula2 masuk posting ni takut jugak nak clerk pesakit tapi dah lama rasa ok je diorang ni. Malah ramai antara diorang suka bercerita dan melepaskan apa yang terbuku di hati. Seronok jugak mendengar macam2 cerita ni. Setiap satu ada pengajaran dalam hidup. Lepas tu kitorang bincang sikit2 sebelum masuk untuk presentation. Tuan punye blog pun kena ada gak. Setakat ni posting psikiatri ni berjalan dengan agak ok la jugak. Tapi aku merasakan aku tak perform very well in this posting. Rasa stress pulak. Dalam 5 minggu nanti ada written and practical exam. Mungki...