Panduan untuk 3rd year MBBS

Assalamualaikum & hai..

Minggu depan rakan rakan junior akan masuk 3rd year iaitu fasa klinikal. Jadi ramai yang duk tanya aku apa dia tips untuk survive dalam dunia klinikal nieh. Aku mana ada tips sebab aku pun tak bape survive.hehe.. Tapi insyaAllah sikit sebanyak boleh dikongsi dengan korang, moga bermanfaat.

Fasa  klinikal ni memang best sebab masa ni korang dah dapat pesakit betul, mula sentuh periksa pesakit, mula buat prosedur dan mula belajar macam mana nak manage pesakit. Baru la rasa macam doktor sikit ye tak.hehe

Untuk kawan kawan yang bakal masuk 3rd year ni, objektif di 3rd year ni ialah history dan physical examination untuk membuat list of differential diagnosis. Sekali lagi nak cakap, history-physical exam-differential diagnosis! Pasal management akan dibelajar pada 4th year, dan tahun ke 5 adalah fasa gabungan ke duanya. Jadi kat sini saya nak cakap jangan peningkan kepala korang dengan management pesakit lagi ye. Fokus pada disease dan macam mana nak takel dia melalui history dan physical examination.

Untuk masuk ke 3rd year ni, ada beberapa senjata yang korang kena ada. Seperti yang berikut :

1. Stethoskop

Stetoskop ni wajib dibawak ke ward untuk hampir semua posting. Senang cerita wajib lah. Dicadangkan untuk korang pakai jenama Littman SE 2 yang berharga RM200 kat Kamal Bookstore. Tak perlu pakai yang cardiology yang mahal tu. Nanti dah jadi specialist baru pakai yg tu ok. Kalau nak pakai jenama Kawe ke, Spirit ke pun boleh jugak.

2. Pen torch

Pen torch a.k.a lampu pen berlampu ni wajib jugak. Kebanyakan masa korang akan guna untuk examine mata dan mulut.Boleh beli kat Kamal Bookstore dengan harga RM10. Tak perlu yang terang sangat sebab kita tak mahu sakitkan mata pesakit.




3. Tendon hammer

Tendon hammer ni jarang pakai. Tapi kalau korang tengah buat posting Medikal (untuk pemeriksaan nervous system), orthopaedik dan paediatrik maka wajib lah bawak ni.
Tukul ni canggih sikit sebab kat muntut dia ada tempat simpan jarum dan berus untuk ujian nervous sistem

4. Pita pengukur.

Tali pengukur ni wajib bawak jugak terutamanya untuk posting orthopaedik dan O&G di mana korang akan gunanya sepanjang masa untuk mengukur perut mak mak kat ward nun.

5. Name tag dan ID.

Haaa.yang ni jangan lupe bawak. Kalau tak pakai nampak tak berdisiplin.

6. Handbook





Sangatlah perlu untuk korang ada satu handbook untuk memudahkan korang rujuk nota waktu dalam ward. Dicadangkan untuk korang beli Oxford Handbook of Clinical Medicine untuk dibawak untuk posting apa apa pun. Guna buku ni sampai lunyai k. Kalau takde buku lain, buku ni wajib ada! Sangat sesuai untuk di bawak dalam poket waktu posting medical, surgery, emergency dan lain lain.



7. Smarphone/galaxy tab/iphone dll

Sekarang ramai pakai smarphone atau tab atau yg sekutu dengannya, Jadi boleh install software medikal dalam tu. Aku sendiri pun selalu buat rujukan kat ward guna handphone Samsung Galaxy Mini yang berharga RM500 lebih je ni. Tak perlu pakai yang mahal mahal. Yang penting dia boleh support software medikal. Jadi pilih phone yang pakai Android atau Apple OS. Blackberry tak digalakkan!

Galaxy Mini macam yang aku pakai sekarang ni. RM570 je.
Aku selalu rujuk software dalam ni waktu dalam ward. 
Jugak guna untuk main game bila boring dgn lecture.hehe


Antara software yang wajib install ialah Kamus ie; Dorland Medical Dictionary, Medscape dan Skyscape. Aku selalu pakai Skyscape sebab dia compact dan direct to the point. Semuanya free aje kecuali kamus tu, tapi aku boleh installkan yang hack punye kalau korang nak.hehe..


BUKU

Setiap posting ada buku rujukannya masing masing. Buku berikut ni memang direcommend oleh specialist kat hospital.

1. Medikal

Row atas untuk physical exam dan history. 
Row bawah untuk buku teks rujukan

Untuk Medikal, korang kena ada satu buku rujukan untuk physical examination. Korang boleh pakai McCleod, Hutchinson ataupun Tally O'Connor. Saya lebih suka McCleod sebab ianya ringkas dan senang difahami.

Korang jugak perlukan satu buku rujukan untuk penyakit. Ada dua pilihan; Davidson atau Kumar & Clark. Kedua dua buku ni lebih tebal dari buku panduan telefon. Wajib beli ni ok.

2. Surgery



Untuk 3rd year, kita akan ditekankan mengenai penyakit2 dalam surgeri. Dari segi praktikaliti pula akan dipelajari waktu 4th year nanti. Oleh itu, korang boleh beli buku Sign & Symptoms of Surgical Diseases ni. Nanti dah 4th year boleh beli buku rujukal praktis surgery macam Bailey & Love yang tebalnya sama macam Davidson/Kumar & Clark. Yang ni boleh tunggu dulu kot. Tak payah beli lagi, mahal.

Berat kau buku ni. Kena jadi macam Malik Noor baru boleh angkat

3. Paediatrik



Kami pakai buku yang dipanggil Sunflower sebab kulit depan dia ada gambar bunga matahari.hehe.

Selain tu beli juga buku Paediatric Protocols by MOH. Dia macam handbook. Sangat perlu ni.

4. Orthopaedic



Korang boleh pakai buku Appleys. Sangat digalakkankan.

p/s : posting yang aku tak suka.

5. Psikiatri



Untuk posting ni, buku wajib ada korang ialah DSM-IV. Untuk buku teks, boleh beli Oxford handbook of Psychiatry.

6. O&G

Dua buku yang glamer dalam O&G ialah Ten Teachers. Ada dua versi; Gynae dan Obstetrik. Beli dua dua k.



Harap entri ini berguna untuk memberi panduan serba sedikit kepada kawan2 semua. Kalau rasa berguna sila lah belanja saya cepat cepat.hehe

Salam dari budaksepet,
 

Comments

Yenyen said…
terbaik la abg wan...
tq for the info..:)
Astromas said…
same same. cpt belanja sayee! gurau gurau... :p
tapak sulaiman said…
salam...nk tanya buku DSM-IV kat mane ekk ade jual....
Astromas said…
kat kamal book store ada jual
Wuuuuu ada org tu updat belog :p Dah tu untuk student first camne plak ? Any tips? Hehe

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati