Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum & hai...

Sedikit berat aku untuk menulis entri kali ni. Namun bila difikirkan kembali, apa salahnya aku mengucapkan Selamat Hari Bapa dari blog ini. Seumur hidup aku tak pernah lagi nak menulis atau bercakap apa2 yang berkaitan dengan hari bapa.


Ini lah Abah aku. Namanya Ali bin Yusoff. Dulu aku agak keliru jugak kenapa Bin & Binti Ma dan Abah aku sama (Yusof). Aku ingatkan lepas kawin nama belakang tu akan berubah. Rupanya kebetulan saja nama Ma dan Abah aku adalah sama.hehe..

Abah aku sekarang dah berumur 68 tahun. Besday dia ialah pada 8 haribulan 8 1941. Tapi aku tak pernah pun wish besday dia.. Teruk betul aku ni... Sekarang ni Abah masih lagi berkerja sebagai security guard di sebuah kilang di Kemaman. Dia kerja di sana 24jam/7hari/12 bulan. Maksudnya di pondok pengawal kilang tu lah rumah tinggal Abah aku sekarang ni. Dah bertahun2 dia kerja di situ selama 24jam tanpa henti. Sekarang dia tinggal berseorangan sejak isteri pertamanya meninggal akibat sakit tua.

Sebenarnya abah dan Ma aku telah bercerai waktu aku kecik2 dulu. Seingat aku ialah masa umur aku 6 tahun, aku pun tak pasti. Entah mengapa memori yang masih terpahat dalam ingatan aku sekarang ialah bermula dari 6 tahun dan ke atas. Mungkin umur di bawah 6 tahun itu terlalu muda dan lama untuk aku ingat.

Apa yang aku ingat dulu ialah abah aku ada datang sekali sekala ke rumah. Datang pun sekejap sahaja. Rupanya dia terpaksa membahagikan giliran dengan isteri tuanya. Hasil dari hubungan mak dan Abah aku, maka dapatlah kami dua orang beradik (aku dan adik perempuan aku). Namun total adik beradik aku ialah 8 orang sebab sebelum ni Mak aku pernah kawin.

Mungkin disebabkan aku ini lelaki, aku menerima sahaja kehadiran Abah aku yang sekejap2 saja itu dengan seadanya. Tetapi lain pula dengan adik perempuan aku. Bila Abah aku datang sahaja dia terus sembunyi di tepi almari. Dia tak biasa agaknya. Mungkin perasaan takut juga ada kerana tidak biasa melihat Abah aku sebelum ini. Disebabkan phobia pada waktu kecil ni, maka sampai sekarang ini hubungan adik perempuan aku dengan abah tidak begitu rapat berbanding aku yang selalu juga ke rumah abah dalam setahun 2 kali. Pernah adik aku tu tak jumpa ayah aku sampai lebih 6 tahun kalau tak silap aku.

Sejak dari kecil, hidup aku dan adik beradik yang lain dibesarkan oleh seorang ibu. Celik sahaja mata ini dari tidur terus nampak Ma aku seorang sahaja yang bertungkus lumus menjual nasi lemak untuk membesarkan kami. Masa tu ada 5 orang adik beradik aku yang tinggal dengan Ma. 3 lagi kakak dan abang aku tinggal dengan nenek dan saudara di Kelantan. Waktu aku kecil dulu aku pernah tak kenal 3 orang adik beradik aku tu. Diletakkan semeja pun tak kenal.hehe..


Ni pondok pengawal tempat Abah aku kerja.

Dari kecil sehinggalah ke besar, aku terus membesar dengan ibu sahaja. Tak pernah dapat rasa bagaimana perasaan membesar dengan ayah dan ibu di sisi. Teringin juga kalau dapat makan sama2 dengan ayah dan mak sewaktu dinner, tapi sayangnya aku tak berpeluang untuk menikmati nikmat semacam itu. Dahulu apabila waktu makan, kami 5 orang adik beradik beserta Mak akan duduk dalam bulatan untuk menjamah makanan.

Dulu kami sangat susah. Kadang kala makan nasi dengan ikan kukus yang digunakan untuk buat nasi lemak dengan budu sahaja. Tapi aku tak kisah pun pasal semua tu. Janji makan dan kenyang sudah lah. Yang penting kami sekeluarga tak pernah kelaparan sebab tak ada makanan. Ada satu peristiwa yang aku paling ingat sampai sekarang. Masa tu kami tengah makan. Kemudian aku tengok dalam pinggan mak aku ada kerak nasi aje. Aku tanyalah kenapa Ma makan kerak nasi aje. Mak aku kemudian membalas ' Ma memang suka makan kerak nasi'. Padahal masa tu nasi dah habis. huhu.. Sampai begitu sekali pengorbanan seorang mak kepada anak-anaknya...

Di waktu kecil dulu, aku sering merasa cemburu apabila melihat kawan2 aku keluar bersiar2 dengan ibu dan ayah mereka. Melihat ibu dan bapa mengambil kawan2 aku di sekolah pun sudah cukup untuk mencemburukan aku. Sedih juga apabila ketika di asrama kelihatan parents kawan2 ku datang melawat. Namun makin aku membesar, aku sudah jadi tak kisah dengan semua itu. Sebenarnya semua inilah yang membentuk aku kepada siapa aku sekarang ini dan aku bersyukur kepada Allah kerana menjadikan siapa aku sekarang ini. Alhamdulillah.

Namun ingin aku katakan di sini bukan Abahku tidak mempedulikan langsung kepada aku dan adik ku. Walaupun selepas bercerai,dia ada datang menjemput aku berjalan2 ke isteri tuanya sekali sekala. Setahun ada beberapa kali aku pergi ke sana di waktu hujung minggu. Adik perempuan aku masih tidak berapa selesa untuk mengikut sama. Duit juga masih diberi jika diminta. Syukurlah, walaupun aku tak dapat tinggal bersama ibu dan abah serentak, tetapi sekurang2nya aku masih ada ayah untuk aku tatap wajahnya. Syukur pada Allah.

Jika kita fikir keadaan kita ini sudah teruk, kita kena ingat ada sesetengah orang lagi teruk dari kita. Ada yang tak berpeluang langsung untuk menatap wajah ayahnya. Lahir2 ayah sudah tiada di sisi.


Dalam post pengawal
Sekarang ni, dalam setahun ada dalam sekali dua aku akan pulang ke Kemaman, ingin melihat wajah tuanya. Biasanya aku akan pulang 3 4 hari sehaja disebabkan oleh kekangan cuti. Apabila aku balik mesti aku akan tidur di pondok pengawal bersama Abah aku. Sengaja aku nak temankan beliau untuk bermalam walhal ada rumah yang lagi selesa tak jauh dari situ. Inilah sahaja peluang untuk aku bersembang dan bercerita dengan Abah aku.


"Abah, walau apa pun yang terjadi waktu Wan kecik dahulu, Wan akan tetap sayang Abah selama-lamanya. Tiada ayah lain dalam hidup ini selain Abah. Apabila terkenangkan yang usia tua kian menggamit tubuh abah, kadang kala terasa ingin cepat2 habis belajar untuk menanggung Abah dan Ma bersama. Namun apa kan daya, perjalanan pelajaran Wan masih jauh. Masih banyak tahun yang perlu ditempuhi semata2 untuk bergelar seorang doktor. Namun Wan tahu yang ianya pasti akan membanggakan Ma dan Abah "

"SELAMAT HARI BAPA"

Salam dari budaksepet,




Comments

Aniron Orion said…
Hmmm...syahdunya cerita ni...sedih engok abah wan...so wan jadilah anak yang baik ok?
Cik Wedges said…
salam...tak tahu nak cakap apa bila baca kisah bapa wan...sungguh syahdu..sayangilah beliau selagi masih di kandung hayat..apa pun. kita sebagai anak sewajarnya menyayangi mereka walau siapa pun mereka...:P selamat hari bapa
bila dah jd Dr nanti jgn lupa jaga ayah ya. sekrang ni belajar sungguh2!
Anonymous said…
bgusla wan xlupakn ayh wan walaupun dia mcmtue....
sy doakn impian wan nk berjaya t'laksana...jgn lupa diri bila b'jaya...''berila p'tolongan pada yg memrlukan...insyallah akn temui balsan yg baik dr allah s.w.t....
Astromas said…
insyAllah. terima kasih Anonymous

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati