Mencari waktu paling tepat
Assalamualaikum & hai..
Cuba tengok jam anda, bandingkan dengan jam rakan anda. Mesti ada beza barang seminit dua. Kadang2 beza sampai 10 minit. Kalau tengok di televisyen pun, jam2 antara lain2 stesen sedikit berbeza dalam beberapa saat. Nak tau macam mana nak semak jam yang paling tepat?
Waktu di Malaysia telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk dijaga oleh pihak SIRIM yang bertempat di Shah Alam Selangor. Sebelum ini, waktu standard Malaysia (Malaysian Standard Time) dijaga oleh pihak JUPEM dengan menggunakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Kemudiannya tugas ini diambil alih oleh pihak Sirim dengan menggunakan 5 buah jam Caesium dengan 2 darinya berprestasi tinggi yang menggunakan pergerakan atom sebagai pengira waktunya.
Untuk melihat jam yang paling tepat di Malaysia, korang boleh datang ke Kompleks Sirim di Shah Alam Selangor, bersebelahan Kompleks PKNS. Dari luar lagi korang akan nampak satu jam besar berwarna hitam yang diselaraskan dengan jam atomik yang berada di dalam bangunan kompleks.
Bagi yang berada jauh pula, korang boleh semak di website Sirim di http://mst.sirim.my/. Aplikasi ini akan mengira berapa lama delay talian internet anda dan akan memberi masa yang paling tepat.
Selain itu, anda juga boleh dail nombor 1051. Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak Telekom Malaysia. Anda akan mendengar bunyi beep dan diikuti oleh suara yang menyatakan masa hingga ke saat.
Salam dari budaksepet,
Comments
mmg slalu bertukar2..heheh..