Berangan x sudah

Assalamualaikum & hai...

Sekarang ni tengah berangan2 nak beli belah ni. Duit MARA bakal masuk dalam sebulan dua ni. Tapi kena ingat jugak pasal hutang piutang yang banyak ni. Kalau tak bayar hutang boleh tak? hehe :p Wokes. Jom buat kira2..

1. Bayar Hutang

Hutang orang aje dah dekat seribu dah. Tapi takpe, selesaikan yang ni dulu baru hati lega. Ye tak?

2. Tukar rim motor

Motor aku ni kalau korang nak tahu dalam masa sebulan mesti ada bocor sekali. Dah lebih setahun aku pakai motor Honda Wave 100 aku tu mau dah berpuluh2 kali tayar tu dah bocor. Iskk..tak tahaann.. So ingat aku kena pakai tubeless ni. Nak pakai tubeless kena pakai sport rim sekali sebab rim lidi tu takleh pakai. Jadi aku target dalam RM200 spent kat sini.

3. Beli Ipod Touch

Ipod touch ni beli bukan semata2 nak dengar lagu tapi nak guna sebagai reference dalam belajar ni. Ipod Touch ni rupa dia macam Iphone 3Gs. Semua application Iphone boleh masuk dalam tu termasuklah application medical yang berlambak2 tu. Kalau dulu orang pakai Palm sebagai PDA. Sekarang ni Iphone atau Ipod Touch dah boleh ambil alih dah sebab application Apple adalah yang paling banyak sekali dibuat setakat ni dengan application Android makin menghampiri. Jadi aku bajet dalam RM600 untuk Ipod 3G 16GB.



4. Tukar laptop kepada Netbook. 

Hahaha.. Sekarang ni aku sedikit angau dengan netbook. Netbook ni kecik je saiz 10 inchi. Ringan boleh angkat guna dua jari kaki je. Bateri pun tahan lama sampai 10 jam. Bagi aku mobiliti tu penting sebab aku selalu bawak laptop aku ni pegi ke mana2. Kalau yg kecik kan best. Sekarang ni netbook dah ada dual core processor. Jadi harapnya laju lah sikit dari netbook yang ada sekarang ni. Harga bajet dalam RM1200. Jual laptop Acer Aspire 4730ZG ni boleh lah buat topup sedikit sebanyak.



5. Beli kasut futsal

Sekarang ni aku hanya ada kasut kulit hitam aje untuk pakai pergi hospital. Hari tu naik bukit Broga pun pakai selipar aje.hehe. Disebabkan tu jugak maka putus la slipar jepun aku tu. Nasib baik saudara Lie sudi nak belanja satu sandal kat aku. Pegi kat Uptown Seksyen 16 Shah Alam tengah2 malam. Last2 terbeli pulak sandal ada logo MU yang terpotong sebelah2. Bile balik baru perasan. Adeh.. Pakai je lah.huu.. Kasut futsal ni boleh jadi multipurpose. Buat joging pun boleh, pegi jalan2 pun boleh kot. Habis la dalam RM80.


6. Buat lesen kete motor!

Malu nak ngaku ni. Selama ni aku bawak kereta motor tanpa lesen.hehe :*) Dah bawak sampai ke negeri Sembilan bagai dah. Nasib baik tak pernah kena saman sebab takde lesen. Kena saman sebab tak lalu jalan motor ade lah. Tu pun tak bayar2 lagi RM50 tu. Bile dah ada duit ni kena la paksekan diri nak buat. RM1000 la jugak habis.

Btw, nak bagi tau yang motor aku tinggal RM700 lagi aje nak habis. Dah nak habis azab membayar ni.

Cukup2 la dulu berangan.hehe. Kalau ikutkan hati banyak lagi yg nak berangan ni. Tapi kena kuatkan nafsu.hehe.

Okes. Kena stadi dulu. Chow..

Salam dari budaksepet,
Your text here

Comments

under the sky said…
ehem2 byk nau angan2 tapi netbook tu cam menarik ~buat review netbook plak
:-bd
Astromas said…
nak aku review psl netbook ke? heeee.. bisa2..
Anonymous said…
ipod hrga die dlm rm600 ke??

hmm..msuk 3rd phase for MBBS ni, dpt fully loan mara ke? or half je? mseh keliru lgi pasal ni n tkot plak nnti kena byk sendiri..huhu..
CIk EpaL hijAu~ said…
Ya ALLAH....
Abg wan naek motor xda lesen rupanya...
Tp,mcm confident jer kn...
adehhhh...
mau report polis nie.ngeee~
Astromas said…
Anonymous : RM600 tu untuk 2ndhand.hehe

Mara cover full yuran termasuk duit makan rm770 sebulan ;)

Cik Epal : psssstt.... jgn gtau...
Anonymous said…
ooh..tp, oklah kan..jnji boleh guna..kena carik yg 2ndhand yg elok2 kan..=)

oh..mara cover full ek?? alhmdulillah..lega dgr..ingt mara kasi half je...huhu..
Astromas said…
ipod ssh sket kot nk rosak. Mara tu kover full. Tapi kalau nak kira sekali dgn tranfer fee tak cukup rm11 ribu lagik.

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati