Jom belajar buat telur rebus!

Saturday, December 04, 2010 , 0 Comments

Salam & hai..

Hari ni kita belajar masak telur pulak.hehe

Memula sekali masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera.

Untuk telur separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.


Untuk telur 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.


Untuk telur masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)

 Camne, menjadi tak?hehe

Salam dari budaksepet,


p/s : kalau baik hati rajin2 la klik iklan kat bawah ni. Nanti aku belanja korang makan telur.

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu