Handphone2 yang aku pernah pakai
Assalamualaikum & hai..
Hari ni kita bercerita pasal henfon pulak. Setakat aku hidup kat muka bumi ni, aku rasa aku dah pakai 5 buah henfon kot. Jom kita tengok satu satu. Tengok dua serentak tak boleh, nanti juling mata.
Motorola C333
Nokia 6610
Nokia 1110
p/s : Esok ada interview MBBS clinical phase. Cuak! Doakan aku k
Hari ni kita bercerita pasal henfon pulak. Setakat aku hidup kat muka bumi ni, aku rasa aku dah pakai 5 buah henfon kot. Jom kita tengok satu satu. Tengok dua serentak tak boleh, nanti juling mata.
Motorola C333
Telefon ni aku beli waktu lepas SPM dulu. Masa tu aku baru nak masuk matrik. Kenangan betul henfon ni sebab aku beli pakai duit aku kerja sebagai cleaner dulu. Kalau tak silap aku beli dengan harga RM110 kot. Aku wat balik aje ke rumah henpon ni mak aku macam tak berapa suka sikit. Ye ar pantang ada duit sikit terus wat beli henpon. Tapi lama2 dia ok lar.hehe.. Telefon ni skrin hitam putih.
Jadi telefon ni aku pakai sampai la ke matrik. Tak sempat matrik aku habis telefon ni da mula buat2 hal. Keypad dia asyik tak responsif aje bila tekan. Dah penat aku pergi hantar ke Jusco Bukit Mertajam untuk baiki. Lama2 dah naik letih, maka aku jual aje kat member aku dengan harga RM30. Punya la murah kan..hehe.. Jadi aku pun beli lah telefon ke-dua.
Nokia 6610
Dapat aje duit elaun untuk semester 2 kat matrik, aku terus pergi beli Nokia ni. hehehe.. Pantang ada duit sikit aje kan? :p Teruja sangat sebab 1st time nak pakai telefon skrin color ni. Tambah2 telefon tu ada radio. Aku ni kaki radio masa kat matrik dulu. Jadi pakai tepon ni dah tak payah nak pasang radio yang bagak tu.hehe
Ade jeee alasan nak beli telefon baru :p hehe
Nokia 1110
Dari matrikulasi bawa ke MSU. Ingatkan jangka hayatnye lama, tapi tak kusangka hujan pulak petang2. Isk..apa kaitan hujan ni. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu member silat aku offer telefon baru murah2 dari kilang katanya, jadi dah lepas harga kedai. Aku pun percaya la kat dia ni, lagipun member dalam silat cekak dah agak lama la jugak. Muka pun ala2 boleh percaya aje. Jadi aku kasi Nokia 6610 tu untuk buat cagaran sebelum dia boleh kasi yang baru. Masa tu tengah glamer pasal telefon ada 3G.
Kemudian tunggu punya tunggu dia tak datang2 latihan silat. Rupanya member2 silat aku yang lain pun terkena jugak dek dia. Bukan aje henfon diorang hilang, duit pun ada yang kena tipu jugak. Last2 dengar cerita yang dia diberhentikan kolej sebab tipu kolej. Aduih..sah aku kena tipu jugak ni.. Cubaan. Dengan duit yang tak berapa nak ada, aku pun pergi ke PAS untuk beli Nokia 1110 skrin hitam kuning dengan harga RM98.
Pengajarannya kat sini jangan cepat percaya orang walaupun muka dia baik. Kan2? Macam2 orang ada dalam dunia ni..
Nokia 5800 Express Music
Tersebut lah kisah pada suatu hari aku mendapat duit refund PTPTN sebab aku dah tukar pinjaman ke MARA. Duit dah ada di tangan maka apa lagi, terus pergi beli Nokia 5800 dengan harga RM1200. Uisk..rupanya aku ni seorang yang gila gajet jugak upanye. Ehehe... Masa tu tengah glamer dengan telefon touch screen pulak. Jadi aku pun sambar lah 5800 ni selepas baca review kat http://www.mobile-phones-uk.org.uk. Aku suka sangat baca review phone kat sini sebab kalau phone tu teruk, maka dia akan kutuk kaw2 punye. Kalau ok, maka dia kasi la bintang 4 atau 5 & rekemen kita untuk beli.
Nokia 5800 ni memang best pakai. Skrin dia responsif dan bunyi bila pasang muzik memanglah mengkagumkan aku sebab ianya best sangat! Software pun banyak boleh install sebab dia pakai operating system Symbian. Nak menaip msg pun senang sebab kita boleh paparkan keypad maya macam handphone biasa. Sesetengah touch screen phone tak tawarkan benda ni. Kalau yang tawarkan keypad maya tu pun ianya tak se-best Nokia 5800.
Namun disebabkan kameranya yang tak berapa lawa, maka aku pun berhajat tukar ke handphone yang lebih kepada fotografi sebab aku memang minat ambil gambar dan aku bukan seorang yang asyik dengar muzik sentiasa. Maka pilihan lain ialah aku tukar ke Sony Ericsson. Lagipun masa tu ramai yang tengah bersemangat untuk boikot Nokia sebab isu serangan Zionis kepada Palestin. Jadi aku pun jual Nokia 5800 kat Mudah.my dengan harga RM800.
Sony Ericsson K850i
SE k850i ni aku beli 2nd hand kat mudah.my jugak dengan harga RM400. Kamera ni ada xenon flash dengan resolusi 5mp. Masa tu 5mp ni dah kira besar dah. Kamera dia pun ada banyak fungsi2 yang pelbagai untuk pastikan gambar tu cantik. Pakai telefon ni pun best. Suka.
Mungkin sebab ianya 2nd hand, maka lebih kurang 4 5 bulan aku pakai skrin pun rosak. Kalau nak tukar mau makan RM150 ni. Adus.. Maka terpaksalah aku berbalik kepada Nokia 1110 yang dah berhabuk dalam kotak. Sampai sekarang aku pakai Nokia 1110 ni lah..
Korang pulak dah pakai berapa buah handphone dah? hehe
Salam dari budaksepet,
p/s : Esok ada interview MBBS clinical phase. Cuak! Doakan aku k
Comments
Igt nak bli Nokia touch screen 1 (nak merase gak pakai touch screen cam ko)..Hahaha!~Any suggestion?Aku tgh usha sama ada Nokia N97 or Nokia X6 32g..Ape pendapat?
last gune hp comei tu jgk ye..heheeh..berguna n berbakti jgk lah hp tu pada tuannye..hihi..setia!! hehehe..=p
xde hajat utk tkr hp ke?? ^.-
phone pertama:3310..huhu,,tu pkaityme form 1~konon2 utk pengubat rindu..then,cilok motorola ayh^__^
motorola sensitive sgt...pakai x smpai bape bulan dah kiok...
pahtu,pkai la blk nokia~jgka hayat phone ni mmg lame..
sampai msk msu still x rosak2..tp,jodoh x pnjg..kne curi tyme umah kne pecah haritu =.=''
ayh bg nokia n79 tp gatai p tukaq sOny..hehe..