Malasnye nak pindah rumah
Assalamualaikum & hai...
Aku sekarang ni tengah dalam fasa berkemas untuk pindah rumah. Kalau takde masalah, esok aku akan pindah ke rumah abang aku kat Puchong sana sementara menanti MBBS clinical phase bermula pada 17hb ni.
Letihnye nak pindah2 ni. Malas nak kemas2 barang masuk kotak. Sekarang ni bilik aku ada ala2 kapal pecah. Nak tidur pun berselerak kot. Dah la banyak lagi tak kemas. Rasa macam nak kemas esok aje..huhu.
Aku agak pelik sebab dua buku medikal aku da ilang nieh. Sapa la yang da terbawak balik nieh. adush. Sekarang ni ada buku2 yang aku ingat nak jual kat kedai buku terpakai kat Giant nun. Banyak majalah2 komputer yang aku beli dulu tapi sayang nak buang. Ada sapa2 nak tak?
Nanti kitorang jurusan Bachelor in Medical Science (BMS) MSU ni akan berpeluang sambung ke tahun ke-3 MBBS atau nama lainnye tahun ke-3 perubatan. Mula tahun ke-3,4 dan ke 5 ni orang panggil clinical years lah dimana kitorang akan mula buat rotation kat setiap deparment dalam hospital.
Ramai yang tanya aku nanti dah keluar akan jadi doktor apa? Rupanya ramai yang beranggapan bahawa budak medik yang belajar 5 atau 6 tahun ni dah mula buat pengkhususan untuk jadi doktor dalam bidang tertentu. Yang sebetulnya ialah kami akan melalui semua jabatan dalam hospital selama 3 tahun. Jadi selepas grad, doktor2 ni kalau kita campak kat mana2 bahagian pun diorang sepatutnya boleh hidup sebab dah belajar sebelum ni. Tapi yang pastinya bila dah kerja pun banyak lagi yang nak kena belajar. Sebab tu la doktor pelatih ni asyik kena marah aje dalam ward. Nanti aku pun sama la bakal kena marah kot..hehe.
Teaching hospital kitorang ialah kat hospital Kota Bharu. Nasib baik la dapat HKB. Kalau dapat hospital Klang mungkin akan jadi kurang sesuai memandangkan doktor kat sana sangat sibuk dengan pesakit dan student medik yang lain. Mesti kitorang akan tak dapat perhatian dan kasih sayang dari doktor2 kat situ. Kesian kitorang nanti di anak tirikan.hehe
Berdasarkan feedback dari kawan2 yang dah buat internship kat sana, HKB ni adalah antara posting yang terbaik pernah diorang buat. Staff ramai yang baik & mesra tak kiralah dari nurse sampailah ke consultant. Tapi kalau doktor pelatih a.k.a houseman ramai la yang kerek2 sikit. Biasalah tu..hehe. Diorang dalam fasa cuak2 tu.. Doktor pelatih a.k.a houseman pun baik2. Susah nak jumpa tu..hehe
Kat Kota Bharu ni makan pun murah kalau kena caranya. Nanti dah pergi sana pandai2 lah belajar cakap Kelantan sikit2. Nanti boleh belajar cara sebut 'sayo nok nasik so, lauk ike" untuk mintak nasi putih dengan lauk ikan. Kalau nak bayar kena la cakap 'bapo riyal deh? Buwi muroh2 sudoh la pokcik". Maksudnya " Berapa ringgit ye? Kasi murah2 sudah la pakcik" hehe. Senang aje...
Jangan risau, sebab aku rasa tak sampai 3 bulan korang kat sana mesti dah pandai cakap Kelantan.hehe. Ramai yang pada awalnya mengeluh untuk datang ke sini tapi bila dah datang sekali untuk 2 3 bulan mesti rindu untuk datang balik. Caye lar..;)
Okes,
Okes,
Comments
good luck ye utk mbbs nnti n smoge mnjdi seorng doktor yg berjye..amin...cm best je kn kt HKB tu...mknn ore klate sedp2 deh..heheh.=)
all the best wan..=)
nnt bile da start internship kat sane, share2 la story sket. nak tau gak camne keadaan kat sane.. pengalaman jd H.O kat sane.. fuuhh~ ;p
gud luck!
insyALLAH....blajr rjin2 disini..=)
nnti kt sane, story la cket ye..leh la thu cket2..hehe..=)
tk cre n all the best...=)
slamat blajar juga!
p.s:be careful with head department of O&G..
he's good and very nice...so what gives?
dkt je klate ngan ganu..
ilek2.. hehe..
Kasih Diana : Bisa2..hehe
Najihah : Nape tu Najihah? pena ada bad memmories ke? hehe
Whitelighter : Kalo dia baik ok lar.. senang nk jumpa nnt..hehe
Miss purplish : tu lar dekat aje.. bole singgah2 nnt..hehe
n send my regard to my sister..
she's at paeds department..