Ada yang kita rasa tak penting

Assalamualaikum  & hai..


Sebulan yang lepas, mak aku mengadu yang dia rasa macam hanyut2 aje. Rasa pening kepala pun ada. Jadi aku pun bawalah mak ke klinik kesihatan kat Badang, Kota Bharu. Setelah diperiksa, rupa2nya tekanan darah mak aku dah naik sampai ke 170mmHg systolik. Ni dah kira masuk hypertension a.k.a tekanan darah tinggi. Patut la mak aku rasa pening2. Sebelum ni mak aku tak ada penyakit lain, termasuklah kencing manis. 

Sambil2 aku duk menuggu mak aku mendapatkan rawatan tu, aku sempat sembang2 dengan patient yang sedang menunggu. Ada seorang makcik tu cakap yang dia datang dari kampung yang berhampiran semata2 nak check tekanan darah suami dia. Kalau naik prebet sapu mau makan puluh2 ringgit. Ada sesetengah yang lain sanggup datang menumpang kereta orang atau naik bas dalam keadaan yang tua dan uzur semata2 nak periksa tekanan darah kat klinik kesihatan.

Benda ni buat aku terfikir. Kasihan kat diorang datang dari jauh semata2 nak check tekanan darah, blood glucose & lain2 ujian yang simple sampai sanggup habis berpuluh2 ringgit semata2 untuk transport. Ada seorang pakcik tu kena stroke akibat tekanan darah tinggi pun datang dengan susah payah semata2 nak check BP.


Semua ni buat aku terfikir, jika ada program dari course kitorang untuk buat free medical checkup kat kampung2 pasti akan mendatangkan sesuatu yang sangat bermakna buat pakcik dan makcik kat kampung tu. Diorang bukan orang senang untuk ke klinik yang jauh. Ada sesetngahnya keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk datang, tapi mereka gagahkan juga apabila mampu.

Dari program mini clinic yang kitorang biasa buat kat kolej, jika dilakukan kat luar pasti akan lebih bernilai. Kami bukanlah orang yang hebat untuk mendiagnosa pakcik dan makcik, tetapi paling kurang dapat memberi nasihat dan saranan yang berguna demi menjaga kesihatan diorang. Sama lah seperti kita nak orang tua kita sihat sentiasa. InsyaAllah apabila aku dah sambung clinical years kat Hospital Kota Bharu lebih kurang sebulan nanti, akan aku sarankan untuk buat aktiviti mini clinic kat kampung2 macam tu nanti.


Buat mak aku, semoga kesihatan beliau semakin baik. Makanan pun dah mula jaga sekarang ni. InsyaAllah akan jadi semakin baik. Amin..


Salam dari budaksepet,
p/s : mungkin lepas ni aku pun kena selalu bawa balik sphygmo dan stethoscope yang jarang aku bawa balik rumah.

Comments

bwk jgn tak bwk.....da nk jd doc daa tu...
Qaseh Dania said…
insyALLAH..smoge maknye sihat2 seperti sediakala...amin..=)
zue anak sudin said…
betol2...sama mcm opah sy. sian dia, ssh nak kena pegi bandar check BP. sorg2 pulak tu kat rumah.. :(

nasib baik p.cik da tinggal dkt2 situ. boleh jenguk2 dia.. :)
esulin said…
Mungkin kita boleh adakan kempen, 1 rumah seunit GlucoMeter dan seunit BP Test.

Ramai mampu miliki HP mahal tp x ramai yg b'usaha utk miliki 2 alat keperluan tu.

Nak dapatkan GlucoMeter percuma?
Sertai CONTEST di esulin.biz sekarang!!!
Astromas said…
Fik : Lepas ni mesti wat balik da.. wajib! hehe

Fatin : insyaAllah. Thanks ye..hehe

Zue : Nanti promote la kat MSC untk wat mini clinic kat luar..hehe

Esulin : Menarik jugak tu. Setuju sgt pasal Hp mahal tu tapi glucometer dlm Rm300 pun xmo beli..huhu

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati