Catuan bajet

Tuesday, December 29, 2009 0 Comments

Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak update blog ni ye? Mesti korang sume dah bosan dengan blog ni.. Tak terupdate langsung.. hahaha.. Nak kata aku busy sangat tu takde la. Entah apa yang aku sibukkan pun tak tahu..hehe..


Baru2 ni duit  sewa rumah dah naik seratus. Kebetulan dengan tu dua orang dari housemate keluar rumah untuk praktikal dan kerja. Alamak, nampaknya sewa bulan2 dah naik sampai RM200 seorang! Sebelum ni RM160 aje. Adui..bangkrap la aku macam ni. Nak kena buat catuan makanan ni..


Sekarang ni aku dapat elaun MARA RM700 sebulan. Jadi bajet aku bulan ni :

 RM700 (duit MARA) - RM200 (sewa rumah) - RM150 (bayar motor) = RM 350

Balance ada RM350. Kalau dalam satu hari aku makan minimum RM10 jadi sebulan dah RM300 dah. Duit topup tak kira lagi. Pastu takkan tak beli apa2 kot untuk sebulan tu. Adui... tak cukup ni...

Nampaknya aku kena mula menulis balik dengan majalah Dewan Kosmik (DK) ni. Dah cukup setahun aku tak menulis dengan DK gara2 pegang jawatan presiden dulu. Nak mula menulis artikel astronomi ni kadang2 kena ikut mood jugak.hehe

Kita tunggu dan tengok dan lihat nanti ye.

Salam dari budaksepet,




Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu