Posts

Showing posts from April, 2009

Tag dari Cikmistry

Image
Assalamualaikum & hai... Hari ni aku nak bayar hutang tag dari Cikmistry . Jangan marah ye sebab dah lama abang berhutang tapi tak bayar2 jugak..ehehe.. Soalannye simple aje... sape2 yg dapat award ni kne tulis 10 fun facts psl diri dya.. Ehehe....wokes...seploh fakta mengenai aku...jeng jeng jeng.... 1. Aku lahir di Hospital Dungun Terengganu. Membesar di Kemaman  sampai form 4, kemudian pindah ke Kelantan sampai la sekarang ni... 2. Tinggi aku ialah 170cm dengan berat kadang2 58kg, kadang2 boleh sampai 60kg... Nampak je aku ni kicik tapi berat tau...hehe 3. Yang paling aku suka pasal diri aku ialah aku ni tak cepat marah. Susah benar nak naik angin ngan orang lain sampaikan orang cakap aku ni mcm takde perasaan je.. Tak baik weh....huhu 4. Aku ni single lagik..ehehehe...... 5. Waktu kecik2 dulu aku suka sangat melukis. Pernah dulu kena marah dengan mak sebab melukis sampai kul 4 pagi.. Sekarang ni dah jarang sikit r melukis tu.. 6. Hobi terbaru sekarang ialah ...

Minggu Yang Sibuk Bermula

Image
Assalamualaikum & hai... Gaya macam tengah rap pulak..hehe Maafkan aku sebab tak berkesempatan untuk update blog ni. Semester baru dah bermula. Jadi aku pun dah bertambah sibuk dengan urusan kelab MSC dan kelas. Selasa yang lepas aku baru aje mempengerusikan Mesyuarat Semester MSC. Mesyuarat ni harap dapat diadakan tiap2 awal sem (taktau lah nanti presiden baru dah takmau buat.hehe). Jadi student yang baru masuk sem dapat dikemaskinikan dengan info baru BMS dan juga MSC. Mesyuarat kali ni kami libatkan sekali Puan Norizah dari bahagian Kaunseling MSU. Rancangan awalnya nak jemput Dean. Tapi disebabkan dia yang selalu aje sibuk, maka dapat peganti Puan Norizah pun dah cukup. Alhamdulillah info yang disampaikan amatlah membantu student2 BMS untuk meleraikan kekusutan mengenai peluang untuk sambung ke tahun ke-3 MBBS. Namun ada jugak yang makin kusut kepala sebab dapat tau pointer yang tak lepas 3 tak cukup untuk teruskan pengajian.  Tempat untuk sambung tu dah ada tapi poi...

Rehat Kejap...

Image
Assalamualaikum & hai... Aku baru aje balik dari kolej. Tadi pergi jumpa Head of Department yang baru, Puan Sairah. Banyak benda yang kitorang bincangkan. Antaranya ialah pasal subjek extra yang dioffer oleh Malaysian Medical Council, tarikh untuk aku praktikal, aktiviti akan datang dan cadangan penambah-baikkan BMS ni.. Kalendar aktiviti pun banyak nak kena tukar balik ni. Tapi sekarang mood untuk buat kerja tu tak berapa ada lagi.. Kejap lagi kot..huhu.. Kalau korang tengok pada perancangan aktiviti aku semalam, bab kemas meja tu tak dapat nak dilaksanakan lagi. Konon2nye sibuk la tu.. Tapi padahal bukan buat ape pun..hehe.. Opss...nak pegi joging pun tak dapat semalam sebab hujan. Sekarang ni asyik hujan aje. Kalau zaman dulu2 bulan 4 ni tengah panas kemain. Tapi semalam aku telah berjaya mencapai kejayaan untuk membasuh baju yang bertimbun tu... Kejayaan besar tu..hehe.. Bagi yang lelaki nak basuh baju ni kadang2 malas sikit. Aku biasanya basuh baju seminggu sekali. Sekali...

Selamat berhujung minggu...

Image
Assalamualaikum & hai... Berikut adalah rancangan aktiviti aku hari ni... Harap dapat setelkan apa yang patut... :) ** TENGAH HARI : Kemas meja study aku. Sem baru dah nak bermula, jadik nak kena ada semangat baru..hehe ** PETANG : Masukkkan duit utk my mummy kat PKNS ** LEWAT PETANG : Keluar joging kat depan Brunsfield ni... Waktu cuti hari tu telah berjaya membuncitkan perut aku..wuwu... ** MALAM : Setelkan slaid untuk meeting bersama semua pelajar BMS Ni pulak perkara yang aku kena setel dan konfem kan... 1. SMS Nazirah pasal meeting 2. Carik no Mardianah Minchu 3. Pastikan akaun program hari tu dah setel dengan duit dan certificate 4. Konfemkan pasal meeting dgn Puan Sairah..  5. Ask Hani to b prepared for t-shirt distribution... Em..Cukup la tu... Happy Sunday :) Salam dari budaksepet,

Jalan2 Cuci Mata

Image
Assalamualaikum..... Semalam aku ke KB Mall untuk tengok pameran komputer kat sana. Besarnye takde la macam PC Fair tu. Tapi kira ok lah. Dalam hati takda niat nak beli apa pun. Sambil round2 tu, ada beberapa gajet yang agak menarik.  Antaranya ialah pasal printer sekarang boleh pakai ink external tank kat luar. Tangki ink kat luar ni memang banyak dan jimat katanya. Harga untuk satu ink (lengkap dengan semua warna) lebih kurang RM150. Gulp...mahal jugak.. Kalau beli katrij ink biasa untuk hitam putih dah dalam RM50. Kalau katrij berwarna lagi lah mahal. Aku ingat nanti bila balik Shah Alam nak pergi survey pasal tangki ink ni kat sana. Mungkin kat sana lagi murah sikit dari sini.  Selain tu, ade gak aku g survey pasal kad grafik. Nasib baik la aku dapat tahan hawa nafsu aku semalam. Kalau tak mesti aku dah sambar kad grafik Nvidia 9400 GT 512MB tu.. Harga dia dalam RM220 gitu. Murah sangat dah tu. Tapi bila fikir2 balik, rasanya benda bukan keperluan, tapi kehendak. Kad g...

Mood Tak Berapa Baik

Image
Assalamualaikum.... Sekarang ni aku kat CC. Tadi sengaje keluar dari rumah sebab perut lapar. Nak tunggu mak aku siap masak tomyam rasa macam lambat pulak. Jadi aku kuar r kejap kononnya nak g cari makanan wat alas perut. Perut tengah lapar ni buat aku rasa angin semacam pulak. Baik aku kuar kejap tenangkan jiwa. Kalau duk kat umah jugak, mau tak pasal2 adik aku kena sepak ngan aku.hahaha.. Ye r, dia duk malas2 kat umah. Suh g beli gas pun malas. Pastu duk mintak duit aje nak beli cekedis (jajan).hehe... Emmm..update mengenai aktiviti aku sekarang ni....  1 . Petang  ni (4hb)aku nak ke KB Mall untuk tengok pameran komputer kat sana. Mana tau boleh beli apa2 yang berkenan di hati..  . 2 . Esok (5hb) ingat nak pergi pesta buku kat Dewan PTK kat Jalan Mahmood. Masalahnye ialah aku tak tau kat mana Jalan Mahmood tu.. Tanya kawan2 pun ramai yg tak tau... Ape r iklan pasal pesta buku tu. Cuba la buat iklan yang senang orang nak faham sket. Dah banyak orang aku tanya p...

Bestnye nikmat cuti.hehe

Image
Assalamualaikum & hai... Lama sungguh aku x update blog ni. Actualy byk benda yg nk d ceritekan especially kisah aku ke Surabaya Indonesia slama seminggu. Skrg ni aku kat Kota Bharu. Tgh cuti sem selama hmpir sbln. Best woo cuti ni.hehe. Kak anonymous jgn jelez ye. B-) Umah aku kat KB sbnrnye xde tenet. Naseb baik tepon SE k810i ni bleh masuk tenet. Smlm aku ter subscribe celcom Broadband package utk seminggu. Total rm20 utk 7 hari. So 1 hari kena caj x smpai rm3 utk 24jam tenet. Jgn slh phm ye, broadband yg ni maksudnye kita guna tenet pakai gprs kat henpon. Jd browse pakai henpƶn r. Korang blh download Opera Mini, then korang bleh guna tenet mcm yg kat pc tu. Lajunye pun bleh thn jgk. X nyesal subscribe.hehe Babai.... Salam dari budaksepet,