Sebut keju !
Assalamualaikum & hai...
Salam dari budaksepet,
Kalau korang perasan entri2 aku yg sebelum ni semuanya tak bergambar. Kadang2 aje aku letak gambar, tu pun yg aku curik dari Google.hehe.
Punca kepada masalah ni (*ayat penyata) tidak lain tidak bukan ialah aku takde kamera untuk amik gambar aktiviti seharian. Banyak aktiviti yg aku lakukan takde gambar untuk membantu memori aku mengingatnye. Kesian aku kan? hehehe.. nak harap memori dalam pale yg hanya 60gig dan cepat lupa ni mana la cukup..
Errrr...alasan kat atas tu sebenarnye sengaja ditaip untuk menghalalkan aku untuk beli henset baru..hehe..Pantang dapat aje duit terus berkejar ke kedai enpon. Ape r..kuikuikui.... Almaklum lah benda dah lama mengidam.. :p
Sony Ericsson K810i. Akhirnya berjaya juga aku meminang beliau
BTW, sebelum aku ke kedai enpon tu, aku sempat baca review henfon kat internet. Ni penting tau untuk pastikan apa yg aku beli nanti berbaloi. Dulu aku pernah beli sound card Creative Sound Blaster x-treme audio berharga RM250. Mahal tuuu... Bila balik umah baru aku tau dari internet yg kad sound ni adalah antara kad yg paling hampeh Creative pernah keluarkan.
Aku paling suka baca review henset kat sini. Reviewnya tak bias. Kalau henset tu teruk, memang author tu akan kutuk kaw2 punye la.hehe..
Sebelum ni aku ingat nak beli Nokia, tapi disebabkan dia antara syarikat milikan Israel, maka BOIKOT Nokia!!!. Jadi aku amik la henset Sony Ericsson K810i. Internet review kata enset ni dan enset SE K800i adalah antara henset Cybershot terbaik SE pernah keluarkan. Walaupun dua henset ni hanya 3.2 megapiksel, tapi ianya lagi bagus dari henset SE K850i yang 5 megapiksel.
Jadi selepas di beli dan di test2, berikut adalah gambar dari kamera 3.2 megapiksel enset ni.
Tempat aku selalu bertapa
Ni baru lepas kemas ni.
Kalau tak lebih kurang macam lepas kena geledah dgn pencurik aje.hehe
Aku punya keyboard getah yg boleh gulung jadik popia. hehe..
Mudah ade keyboard fleksibel ni.
Printer 3 in 1 ni aku beli dengan harga RM174 aje.
Kalau dulu printer gini mau cecah RM 9 ratus!
Permandangan dari balkoni rumah.
Boleh nampak KLCC, menara KL & Telekom walaupun dari Shah Alam.
Paling best sekali boleh tengok matahari dan bulan naik dari timur!
Ok lah. Aku rasa cukup untuk kali ni. Lepas ni entri2 dalam blog ni akan banyak bergambar la nanti.ehehe
Salam dari budaksepet,
Comments