Guna Facebook secara Free Untuk Pengguna Digi

 Assalamualaikum & hai...

Tadi aku baru aje try something new yang mungkin agak menarik. Benda tu ialah Digi menawarkan perkhidmatan Facebook secara percuma kepada pelanggan Digi sahaja tak kira postpaid atau prepaid. Sori ye yang lain.hehe

Dengan servis ni, korang boleh tengok akaun Facebook korang, tapi tanpa gambar dan video, hanya perkataan sahaja yang keluar. Jadi boleh guna untuk balas komen, letak status update dan sebagainya. Kalau nak tengok gambar kena bayarlah ikut kadar 10 sen untuk 10kb. 

Untuk aku, benda ni boleh la guna untuk update status kat page Facebook MBBS 3rd phase pada bile2 masa. Status kat page ni akan masuk direct kepada twitter yang ada kat blog MBBS 3rd phase kitorang. Jadi tak la lambat aku buat announcement kat blog tu. Hope so.hehe :p



Caranya senang aje. Tak perlu handphone yang mahal2. Boleh pakai internet browser yang ada dalam handphone masing2 tu. Just pastikan sebelum tu tukar setting internet korang kepada Digi Wap. Untuk Sony Ericsson, pergi ke Menu>Settings>Connectivity>Internet Settings (Internet profiles-->Digi Wap). Bila dah siap setting, boleh lah guna internet browser yang sedia ada tu dengan ke alamat 0.facebook.com atau zero.facebook.com. Siap! 

Kadang2 korang mesti risau servis ni betul tak kena caj ke tak ah? Korang boleh check kat website Digi, login to OCS> Akaun Saya>Transaksi Yang Belum Dibil. Kemudian tengok usage untuk hari ni. Kalau ada caj GPRS kena pada time korang pakai facebook tu maka dah silap setting la tu.

Cukup untuk hari ni. Harap berguna. 

Chow.

Salam dari budaksepet, 

Comments

rosli009 said…
aku guna digi..aku guna.. tp kenape ak xtahuuuu pown? thankz bro...
rosli009 said…
but tuan..wanna ask... how can i access them from my SE phone.. trying to access but failed.
Anonymous said…
cmna kta nk tkar setting utk nokia ?

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Tanya Sama Hati

Cara untuk reset Printer Canon MP145