Azam Tahun Baru

Assalamualaikum & hai..



Rajin nampaknya aku untuk update blog ni. Mungkin sebab azam tahun baru kot.. hehe..

Jadi apa azam aku tahun ni?

1. Berazam untuk jadi lebih rajin dari tahun lepas. Bukan sebab aku malas2 tahun lepas tau..hehe. Tapi tahun lepas aku banyak tanggungjawab lain yang menyebabkan aku sedikit kurang untuk study. Nak buat macam mana tanggunggjawab mesti dilaksanakan. Amanah orang tu.

Bulan 4 ni insyaAllah aku akan mula masuk 3rd year. Posting pertama ialah Opthalmology ~ mata. Azam aku untuk study hard bila dah masuk clinical years ni.

2. Berazam untuk memperbaiki masa tidur. Korang tahu tak biological clock aku ni dah senget? Sekarang ni aku selalu tidur lepas subuh. Kemudian bangun dalam kul 1 petang..hahahahah.. Buruk perangai gila kan?hehe.. Lepas habis praktikal hari tu lar aku mula jadi musang berbulu ayam ni.

Azam aku untuk tidur paling kurang 4 jam sehari dan paling banyak 8 jam. Sekarang ni selalu sampai 12 jam..hehe

3. Berazam untuk hidup secara lebih sihat. Antaranya ialah makan dengan betul, bersenam dengan betul dan tidur dengan betul. Betul macam mana tu? Lain kali lah cerita...hehe

4. Berazam untuk solat pada awal waktu. Sekarang ni selalu aje aku solat Maghrib pada hujung waktu. Nak tahu hujung waktu tu pukul berapa? Pukul 8 suku korang tau.. Arghhh.. Hinanya aku ni... Malu pada Allah bila mengadap Dia lewat2. Dah la aku punya solat tu akan susah lalu tol dalam perjalanannya ke Arasy.huhu

5. Berazam untuk jadi fotografer yang lebih baik! InsyaAllah aku akan cuba memperbaiki skill aku dalam ambil gambar. Banyak nak kena belajar lagi ni.

7. Berazam untuk jadi manusia yang lebih baik dari segi komunikasi, personaliti dan sifat. InsyaAllah.

8. Berazam untuk mencari seorang 'ehem'.hehe.. Sebelum bulan 4 ni aku tak mahu lagi fikir pasal ni.


Cukup la ni. Banyak2 karang tak tercapai pulak.hehe..

Apa azam korang?


Salam dari budaksepet,



Comments

under the sky said…
wan, part bio clock tu & hidup lbh sihat tu aku setuju.....itu masalah aku di tahun 2009, 2010 hrp2 lebih teratur~ jia you2
Astromas said…
Hehe..marilah kita sama2 berusaha!

errr..Jia you tu apa ye? ehehe :D
applesakura said…
wah! sungguh bernas azam2 kamo~ hehe
Astromas said…
Apa azam ko cik Chubby?

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat