blurr untuk buat tajuk

Assalamualaikum & hai...

Maaf sebab lama tak update. Kononnya macam bizi bebenor. Padahal akak Anonymous pun nyempat nak update. Ni pulak aku..hehe..

Untuk pengetahuan semua, aku sedang posting di unit kecemasan hospital Serdang. Sekarang ni aku stat masuk ward pukul 3 petang & balik pukul 11 malam.Tambah dengan supper lepas kerja, maka sampailah aku kat rumah pada pukul 1 pagi. Kemudian tidur & bangun pukul 12 pm. Pastu kul 1 dah start pergi Serdang balik..wuwu... 

Lebih kurang seminggu kat ward emergency ni, dah dua orang mati kat tangan aku. Dua2 disebabkan oleh cardiac arrest (jantung berhenti berdenyut). Apa yang kami buat ialah CPR selama setengah jam bermula dari masa pakcik/makcik tu collapse sambil inject adrenaline pada interval yang tertentu. kalau dah lepas setengah jam jantung tetap taknak berdenyut, maka waktu kematian pun diumumkan.huhu

Rasa rugi pulak sebab nak defibrilate tak boleh sebab case pertama ialah pulseless electrical activity (PEA) & yang kedua assystole. Kalau patient tu ada VT atau VF baru leh shock. Melepas peluang nak tengok Dr maen2 karen shock macam dalam TV tu.. hehe..

BTW, waktu aku buat chest compression semalam tu, aku dah patahkan 4 tulang rusuk pakcik. Kesian pakcik tu. Kalau dia survive terpaksa nak setelkan pasal ribs yang patah tu.hehe.

Semoga pakcik & makcik tersebut berbahagia di alam sana.

Alfatihah



Salam dari budaksepet,




Comments

Astromas said…
yup.. in fact they allow us to assist them when needed.. lgpun diorang tak cukup staf.. Setiap zone (green, yellow & red) hanya ada 1 nurse, 2 MA & +-2 doctor aje pd waktu mlm..


interesting kan? hehe
Aniron Orion said…
hmm...hahaha...tak tahu...rusuk org tu patah...terlalu gigih kot time wat wat chest compression...jgn org tu mati sebab pneumothorax (complication of broken ribs) sudah...hehehe...lain kali buatlah dengan berhati-hati...first aid nyer subjek pun takdelah lama dahulu sangat.

anyway...be nice there and share wif us all your experiences there...okay
Astromas said…
Actually procedure tu di buat ketika specialist & MO ada kat tempat tu.

Kitorang x boleh assist procedure tanpa observation HO/MO/specialist. Sbb specialist dah kasi green light so kitorang assist lar..hehe

BTW, Costochondral separation kdg kala x dpt di elakkan sbb nak kasi tekanan yg dalam secukupnya utk produce sufficient blood flow. Tmbah2 lg dua2 patient tu umur atas 70 tahun.

time compress tu MO siap cakap 'more compression' lg..Rasa dah tekan cukup kuat n laju tp diorang nk laju lg.. letih tuu... kalau xde orang utk tukar ganti buat chest compression mesti rescuer yg collapse plk..

hehe
Aniron Orion said…
berita paham...amanlah kiranya pakcik bertulang rusuk patah itu di alam sana...hehehehe...
anonymous said…
Salam n hi to all..

ok la dik wan, meh akak tules sket kat sini..

Sbnrnya, training masa student & training masa housemanship/internship ni lain2, tapi tujuannya sama : untuk tambah pengalaman supaya kita lebih konfiden untuk handle kes2 tertentu bila tiba masanya (bekerja).

Tapi, training semasa jadi medical student ni lain, sbb perlukan praktikal di kelas (cthnya ke atas patung), kemudian baru bleh buat ke atas pesakit, TAPI mesti dengan adanya specialist. Termasuklah CPR dsb. Latihan klinikal ni tak semudah yang dilihat. Selagi mereka tak praktis ke atas pesakit, selagi tu mereka akan teragak2 nak buat.

Yang simple - blood taking. Kalau tak praktis time student, nanti mula la terkial2 sewaktu kerja sebagai houseman.. so praktis la time student..cucuk sesama sendiri pun boleh.. jangan pulak first time awak gi cucuk pesakit terus..

CTh yg lain, sewaktu kecemasan berlaku di wad (Cthnya pesakit dapat serangan jantung dlm wad, kemudia collapse), mereka ni (houseman2) adalah orang pertama di dalam wad yg akan attend pesakit. Jadi, tujuan training ni, supaya mereka ni tak panik, terkejut, atau terkaku bila tgk kes kecemasan. At least they know what to do, who to call for help etc.

Sbg cth, if student tu buat tak betul time dia belajar, immediately the specialist will take over the resuscitation dan tunjukkan cara yg betul. Lagipun tak semua kes2 kecemasan kita benarkan medical student utk involve walaupun dengan kehadiran specialist.
Most of the time, they (specialist & team) will attend to the case, and did everything they could to save the patient. However if the patient didnt responds despite of maximum effort and medications, usually within 30min-1 hour,most likely the patient wouldnt revived at all. So,sometimes at 30min onwards, they will allow the student to do the CPR to the patient so they can show the correct way of doing it. May be it sounds cruel,inhuman to practice to a human being, but bear in mind - the 'niat', the real intention of this practice is, if they learn to do the CPR correctly to this unfortunate patient, they could save another patient's life in the future, insyaAllah.

Acquiring new experiences and skills is indeed exciting... but bear in mind, we are dealing with human being.. this is not an experiment.. not a 'try-and-error' situation.. so, dont be too excited, as there are people out there that may understood your excitement of learning new skills.

So, careful next time ya..

wassalam..

heh sorry terpanjang pule..
Astromas said…
Time kasi akak Anonymous ats pnjelasan tu...

BTW, Akak Anonymous ni adlh Medical Officer dari Hospital Putrajaya.

Salute kat akak ;)

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat