Tanya Sama Hati
Tanya Sama Hati
P. Ramlee & Normadiah
Filem : Anakku Sazali
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Dah lama aku cari lagu ni. Nak tau sebab apa? Sebab lagu ni membuatkan aku terimbau kembali zaman kecik2 dulu.
Masa tu ada satu drama kat TV3 yang bersiaran pada pukul 9 malam. Jalan cerita dia aku tak ingat sangat, tapi kalau tak silap ianya mengisahkan seorang budak yang sedang sakit yang suka menyanyikan lagu ni. Budak ini akhirnya meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakitnya buat sekian lama. Aku pun dah tak berapa ingat. Rasanya masa tengok cerita tu aku hampir menangis jugak sebab sedih.hehe...
Sebab tu la kadang2 apabila aku tiba2 terdengar atau lagu ni datang dalam minda aku secara tiba2, aku akan secara automatiknya terasa sedih. Awal2 tu rasa hairan juga apasal aku ni tiba2 datang mood sedey ni. Kemudian baru aku sedar rupanya lagu ni sedang mengingatkan aku akan cerita yang lama.
Korang semua pun mesti ada lagu2 tertentu yang boleh membangkitkan nostalgia lama pada korang kan?
Salam dari budaksepet,
Comments