Keperluan dan Kehendak

Assalamualaikum....
InsyaAllah sebulan lagi aku akan dapat duit MARA yang tertunggak banyak bulan dah. Disebabkan banyak bulan juga aku terpaksa makan dan minum guna duit sendiri, maka apa kata aku belanja sikit duit ni pada untuk keperluan wajib dan keperluan kehendak.hehe
Berikut adalah barang2 impian aku untuk masa ni.hehe.. Asik berangan aje.. :p


1. Stetoskop (RM 100-200)

Selama ni asyik guna yang medical skill lab aje. InsyaAllah nanti aku nak beli yang sendiri punya. Lagipun bulan 3 ni dah nak start posting. Nanti takkan nak pinjam yang doktor punya kot.hehe








2. Sphygmomanometer (RM 100-200)
Alat pengukur tekanan darah ni bukan benda wajib untuk pelajar perubatan ada. Tapi aku beli ni untuk cek tekanan darah orang kampung bila masa aku bercuti.hehe. Paling penting sekali ialah untuk monitor tekanan darah mak, nenek dan atuk aku :0)











3. Sony Ericsson K800i! (RM 700)
Hehe...Ni yang paling tak sabar ni ;;) Sekarang ni aku guna handset Nokia 1110. Skrin warna kuning yang ada bunyi ayam berkokok, baby duk gelak dan macam2 lagi bunyi klasik. Bukan apa aku nak tukar ke handset berkamera ni, aku ni takde kamera. Jadi banyak aktiviti aku berlalu tanpa memori yang boleh dilihat melalui gambar. Kalau kawan aku ada tangkap gambar maka baru la aku akan ada gambar aktiviti tu. huhu. Selain tu, handset yang baru ni boleh guna untuk dengar2 lagu masa  on da way balik ke kampung yang makan masa 8 jam tu. Jadi tak la bosan sangat. Nak nyanyi sendiri suara tak sedap..haha
Handset ni dilengkapi kamera 3.2 megapiksel dengan xenon flash, 3G dan laen2..




4. Teleskop (RM 1700-2000)


Ni memang idaman lama dah tapi disebabkan harganya yang mahal macam gaban, maka terpaksa la aku menyimpan hasrat tu. Sekarang ni tengah simpan2 duit untuk masuk meminang beliau. Entah bila nak cukup tak tau.hehe.. Sekarang ni aku pakai teleskop murah dengan binokular 10x50.


InsyaAllah bila aku dapat teleskop ni nanti, aku akan bawa ia mencerap bintang bersama umum seperti kat kolej. Amin... 




5. Selipar
Selipar aku sekarang ni dah tercabut tapak getahnya. Walapun masih boleh dipakai, tapi  dah boleh buat macam ice skating bila buat lalu atas jalan yang licin dan ada air. Dah lama jugak aku duk bersusahan bila waktu hujan pasal selipar ni, tapi masih jugak tak tertukar2 lagi. Nak tunggu aku jatuh dulu baru tukar kot.huhu ( nauzubillah..)


6. Beg
Nak tukar beg sekolah-look like yang aku bawa selalu ke kuliah. Nak tukar yang stylo sket..hehe :D


7. Cukup2 la dulu. hehe..


Doakan angan2 aku kat atas tu tercapai (terutamanya angan2 yang baik..hehe). Amin...



Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat