Cuti Bermula! (tapi masih banyak kerja!)
Assalamualaikum....
Uish...agak lama juga aku tak update blog ni. Alhamdulillah final exam aku tempoh hari sudah selesai. Namun penyelesaiannya tidaklah sebegitu berjaya. Ada la jugak paper yang aku rasa macam hampeh aje. huhu.. Takpelah.. nak wat camne, ko yang tak study cukup2 tu kenape? Asik maen aje.hehe..
Emm..Sekarang ni sebenarnya banyak kerja yang aku perlu setelkan. Walaupun namanya sedang bercuti semester selama sebulan, tapi masih ada yang aku kena setelkan dan buat.
Okes, jom list it out ;)
Astronomi
- Siapkan astronomi disk before Januari 2009. Nak wat bisnes ni.hehe..
- Siapkan artikel Dewan Kosmik isu Januari 2009 sebelum 20 Oktober 08
- Taip isi buku kandungan buku panduan astronomi
Medical Science Club (MSC)
MSC Heath Camp 08
- Meeting dengan geng2 MSC pd Ahad, 19hb pada waktu tengah hari.
- Sahkan tempat dengan Prof Yasmin pada minggu 20~25 Oktober
- Promosi?!!
- etc....
Isk...bila fikir2 balik rasa mcm banyak benda pulak nak kena buat masa cuti sebulan ni. 16hb November dah start registration kat kolej. MSC Health Science Camp pulak terpaksa dibuat pada 22hb November sebab Prof Yasmin akan naik haji pada 29 November selama sebulan lebih kurang. Jadi tak boleh buat selepas tarikh tu. Gap seminggu antara daftar dan program tu nampaknya memang tak cukup kalau baru nak rancang masa tu. Maka terpaksa lah aku dan kawan2 lain untuk berkerja pada waktu cuti ni. Huhu..pengorbanan nih...
Antara program yang dirancangkan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, termasuklah tekanan darah, ujian urin untuk cek gula dalam darah, kesihatan jantung menggunakan ECG, breast examination bagi yang perempuan, pemeriksaan fizikal bagi yang perlu dan lain2 lagi.
Sebenarnya program ni dibuat sebagai langkah persediaan bagi kami yang senior ni untuk posting pada bulan 3 tahun depan. Postingnya adalah di hospital Klang iaitu dalam ward medikal, ward kecemasan dan klinik masyarakat.
Selain tu akan dibuat ceramah umum mengenai penyakit yang biasa dihidapi oleh warga kampung. Antara tajuk yang sesuai ialah stroke (angin ahmar), penyakit jantung, kencing manis, dan lain2. Entah siapa yang akan kena bagi ceramah nanti. Kadang2 rasa teringin juga nak kasi ceramah tu. hehe
Cukuplah setakat ni dulu..
Chow dulu..
Wassalam.
Comments