Gebang2
Assalamualaikum....
Lama jugak aku tak update blog ni. Mungkin sebab aku agak sibuk kebelakangan ni walaupun aku sebenarnya tengah cuti. Sekarang ni aku kat shah alam sorang2. Orang lain semua dah balik.
Aku?
Entahlah bila aku nak balik ke kampung. Bukan tak nak, tapi ada kerja yang aku perlu bereskan di sini. Antaranya ialah mengenai Medical Science Health Camp yang akan diadakan pada 22hb November ni. Dah dekat dah. Jadi kerja pun agak banyak untuk disetelkan. Tambah2 lagi semua AJK tak ada kat Shah Alam ni da balik. Nasib baik ada cik Hani Nadiah, selaku timbalan aku untuk program ni. Kalau tak susah juga aku sorang2 nak uruskan semua benda ni.

Emmm...
22hb Oktober yang lepas adalah hari lahir aku yang ke-21. Dah tua dah aku. hahaha... Kalau tengok pada angka 21 tu, rasanya boleh tahan tua aku ni. Kalau yang perempuan, biasanya dah mula kawin pada umur ni. Namun bagi yang masih belajar di universiti, kebanyakannya lambat la sikit untuk kawin. Apa tah lagi jika perempuan tu ambil jurusan perubatan.
Jurusan aku sendiri pun makan masa yang lama. Kalau ikutkan pada perancangan, aku mula masuk ke MSU ni pada bulan Julai 2006 dan insyaAllah akan tamat pada Julai 2009. Jadi dah 3 tahun aku kat sini. Kemudiannya, jika Allah izinkan, aku akan melanjutkan fasa klinikal di International Medical School di Bangalore India. Kat situ dah makan lagi 3 tahun setengah. Jadi kalau aku pergi sana pada September 2009, maka aku akan tamat dari sana pada Mac 2013. Masa tu, umur aku 26 tahun.

Gulp....
Lambatnya aku nak habis belajar. Nak kerja pun lambat bukan main. Emm..tapi takpe lah. Dah aku sendiri yang pilih jurusan ni. Kesian juga bila fikir2 akan mak dan ayah aku yang terpaksa tunggu lama. Ayah aku dah umur 67 tahun. Mak aku pula umur dia dah 54 tahun. Tapi alhamdulillah kedua2nya alhamdulillah sihat sahaja sekarang ni.
Dulu mak aku ada penyakit jantung. Aku pun tak pasti jenis apa penyakit jantung tu. Tapi seingat aku (masa tu aku masih bersekolah rendah) yang mak aku bakal dipasang dengan 'bateri'. Mungkin apa yang dimaksudkan ialah perentak jantung 'pace maker'. Jadi berkemungkinan mak aku ada masalah ketaktentuan rentak jantung (cardiac arrythmia).
Tapi sekarang rasanya mak aku dah tak ada masalah jantung tu. Cuma sekarang dia asyik mengadu letih2 dan sakit 'urat', yang disebabkan oleh pekerjaan mak aku. Mak aku bukak kedai makan kat KB ni. Kedai kecik aje. Boleh la sikit2 untuk tanggung perbelanjaan kami sekeluarga. Sekarang ni, yang tinggal dengan mak aku ada 3 orang; abang aku dan dua orang adik. Yang bongsu umur 12 tahun. Buat masa ni dia la yang paling nakal kat rumah.hehe..
Ayah aku pula sekarang ni tinggal di Kemaman. Walaupun umur dah dekat 70, tapi dia masih lagi kerja sebagai pak guard kat satu kilang semen. Dia kerja 24/7/30 hari. Jadi maknanya memang dia dah berumah kat situ. Dulu dia tinggal dengan isteri dia, tapi sejak isterinya dah meninggal pada Ogos tahun lepas, maka tinggallah dia sorang2 kat pondok pak guard kat situ. Aku sendiri dah lama tak jumpa dia. Rasanya dah lebih setengah tahun kot. Aku ingat masa cuti ni nak juga balik ke sana. Nak jenguk2 dia. InsyaAllah nanti aku cuba balik ke sana untuk 2 3 hari.
Aisey men.... tadi aku nak cerita pasal aku demam ni. Tapi tercerita pasal benda lain pulak.hahha... sengal betul. Mungkin sebab pengaruh lagu yang aku dengar sekarang ni kot. hehe...
Nanti entri seterusnya aku cerita pasal demam. Boleh buat aku ulangkaji pasal demam ni.
Ok. Doakan demam aku kebah ye..
Wassalam,
Comments