Panduan membeli broadband

Assalamualaikum & hai..

Seperti yang dijanjikan dulu, kali ni aku nak berkongsi tips2 membeli broadband. Sekarang ni ada 3 broadband yang utama kat Malaysia ni. Celcom, Maxis & P1 Wimax. Sebelum kita tengok satu2, ada beberapa pekara yang korang perlu fikirkan sebelum membeli broadband.


  1. Semak sama ada kawasan anda tinggal mempunyai liputan EDGE, 3G atau HSDPA/HSUPA/HSPA. Pastikan rumah anda, rumah sewa anda dan kawasan yang anda selalu pergi tu mendapat liputan paling kurang 3G atau lebih baik lagi faimili HSDPA. Jangan beli jika broadband hanya menerima EDGE atau GPRS di kawasan anda tinggal. Boleh semak menggunakan website berikut :
    1. Maxis - klik pada check coverage
    2. Celcom - klik pada coverage map
    3. P1 Wimax
  2. Jika anda menggunakan broadband, anda perlu berjaga2 dengan limit muat turun. Jika anda dah lepas limit, maka kelajuan internet akan berkurang. Jadi pilih broadband dengan limit lebih dari 3 gig jika anda pengguna internet yang jarang mendownload. Jika anda kaki download, maka pilih pakej yang lebih dari 6gb.
Okes, jom kita tengok satu2 pakej yang ada :



Maxis Broadband



Sekarang ni aku pakai Maxis Broadband. Sekarang ni terdapat beberapa pakej untuk korang pilih :

  1. Pakej RM48/bulan dengan 1.5gb limit muat turun
  2. Pakej RM68/bulan dengan 3gb limit muat turun
  3. Pakej RM98/bulan dengan 6gb limit muat turun
  4. Pakej RM


Semua pakej ini menawarkan speed sehingga 7.2 mb per saat. Untuk mendaftar, anda perlu bayar RM150 bayaran untuk mendapatkan modem usb yang kecik tu. Tiada kontrak antara anda dan Maxis.


Celcom Broadband


Pakej Celcom broadband yang korang boleh pilih.

  1. Pakej Basic RM68/bulan dengan limit 5gb muat turun, kelajuan max 384kb per saat
  2. Pakej Advance RM98/bulan dengan limit 5gb muat turun, kelajuan max 3.6mb per saat
  3. Pakej Basic Youth (untuk yang berusia 18-25 tahun sahaja) RM50/bulan dengan limit 5gb muat turun, kelajuan 384kbps
  4. Pakej Entry Package (untuk pakai di mobile phone) RM38/bulan dengan limit muat turun 500mb dan kelajuan max 256kb per saat

Pakej yang ditawarkan oleh Celcom mempunyai kelajuan yang lebih rendah tapi limit muat turun yang lebih tinggi. Nanti saya bincangkan kelebihan dan kekurangan masing2.

Untuk mendaftar, anda perlu membayar RM100 sebagai yuran pendaftaran. Tiada kontrak antara anda dan Celcom.


P1 Wimax

Bagi yang berada di area lembah Klang, maka anda boleh cuba pakej P1 Wimax. Kalau di luar kawasan maka kirim salam aje la..hehe

Broadband dengan modem USB yang kecik tu menawarkan beberapa pakej;

  1. W1GGY 59 - RM59/bulan dengan limit muat turun 8gb dan kelajuan max 600kb per saat
  2. W1GGY 89 - RM80/bulan dengan limit muat turun 15gb dan kelajuan max 1.5mb per saat
  3. W1GGY 129 - RM129/bulan dengan limit muat turun 20gb dan kelajuan max 3mb per saat
Untuk mendaftar, anda perlu bayar RM100 sebagai pendahuluan & tambahan RM60 jika anda memilih pakej W1GGY 59. 

Namun promoter P1 wimax memberitahu saya bahawa broadband wimax dengan modem USB adalah tidak stabil. Ramai yang mengadu masalah line dan menyarankan saya mengambil pakej modem gedabak. Walaupun gedabak, tapi namanya ialah Wiggy Portable edition.hehe

Wiggy Portable edition menawarkan pakej berikut:

  1. Home Lite - RM49 dengan  5gb limit muat turun dan kelajuan max 400kb per saat
  2. Home Plus - RM99 dengan 20gb limit muat turun dan kelajuan max 1.2mb per saat
  3. Home Pro - RM199 dengan 40gb limit muat turun dan kelajuan max 2.4mb per saat
  4. Office Standard - RM159 dengan limit muat turun tanpa had dengan kelajuan 1.2mb per saat
  5. Office Premium - RM339 dengan limit muat turun tanpa had dengan kelajuan 2.4 mb per saat
Modem Wiggy Portable ni ada dua jenis iaitu modem tanpa wifi dan modem yang boleh keluarkan wifi untuk satu rumah korang. Dan bayaran pendahuluan juga bergantung kepada jenis modem sama ada wifi atau tidak. 



Apabila melanggan P1 Wimax, maka anda akan terikat dengan kontrak 12 bulan atau 24 bulan.


RUMUSAN

Celcom 

Celcom menawarkan broadband dengan liputan yang luas dan limit yang munasabah untuk pengguna internet biasa iaitu 5gb sebulan. Namun kelajuannya tidak boleh menandingi Maxis yang menawarkan kelajuan sehingga 7.2mbps untuk semua pakej manakala celcom hanya 3.6mbps untuk pakej RM98. 

Maxis

Kawasan liputan Maxis juga luas. Malah ada pendapat mengatakan liputan untuk Maxis broadband adalah lebih luas dari Celcom. Contohnya waktu saya di Losong Terengganu baru2 ini, Maxis lebih bagus line nye.

Yang paling best mengenai Maxis ialah kelajuaannya yang tinggi  berbanding Celcom. Anda boleh membuka satu page baru dengan cepat dan melihat gambar di facebook tanpa perlu menunggu.

Namun Maxis menawarkan limit muat turun yang kurang berbanding ke-3 syarikat telekomunikasi tadi. Namun bagi saya, 3gig limit untuk sebulan sudah cukup untuk sesiapa yang menggunakan internet dengan kadar biasa.

P1 wimax

P1 Wimax menawarkan limit muat turun yang besar. Namun kawasan liputan hanyalah meliputi kawasan lembah Klang sahaja. Kelajuan yang ditawarkan adalah lebih kurang dengan Celcom. Untuk mendapat line yang stabil, maka anda perlu pakai modem dekstop yang bagi saya lebih sesuai dipakai di rumah sahaja. Namun kelebihannya anda boleh jadikan rumah anda wifi. 

Perbandingan

Untuk membantu anda membuat pilihan, apa kata kita bandingkan broadband Celcom & Maxis yang berharga RM68 sebulan. 

Celcom : 384 kbps dengan 5 gb muat turun
Maxis : 7.2 mbps dengan 3 gb muat turun

Broadband Maxis menawarkan kelajuan yang lebih dari Celcom. Anda perlu ingat bahawa kelajuan tersebut adalah berubah2. Dengan Maxis, kelajuan biasa yang saya dapat ialah antara 300-500kbps dan kadang kala mencecah hingga ke 1mbps. Untuk Celcom pula pastinya anda akan dapat kelajuan lagi rendah dari yang dinyatakan. 

3gb muat turun bagi saya sudah mencukupi bagi penggguna internet yang biasa dan jarang mendownload. Namun jika anda suka melihat youtube maka mungkin lebih elok jika pilih Celcom. Namun disebabkan kelajuan yang sedikit rendah, saya rasa video anda pasti akan selalu tersangkut2. Dengan Maxis biasanya saya dapat tengok You tube dengan lancar.

Jadi sebagai kesimpulannya, anda pilih lah sendiri sama ada kelajuan atau limit muat turun menjadi keutamaan anda. 

Harap artikel ini sedikit sebanyak membantu korang.


Salam dari budaksepet,
 

Comments

Anonymous said…
sangat sangatlah membantu.. ni yang tak sabar nak tukar pakai maxis broadband ni.. baru la cik abg i suke nanti sb laju je kami bertenet slalu calling2 YM.. thanxs ye.. (miss bitsy)
Anonymous said…
nice info.. tapi apa pasal tak terangkan pasal digi. tiada digi broadband kah kat kawasan anda? pakej yang saya gunakan adalah DIGI dan dia amat digemari oleh pengguna di sabah terutama pelajar. pakej yang saya ambil RM58 sebulan. limit mendownload 3GB. pakej ini kontrak setahun tp pernah juga tangguh bayar selama 4 bulan hehe. besanya mendownload movie guna IDM boleh cecah 120kb/second. tapi selepas setahun guna, prometer tu jelaskan boleh mendownload sebanyak manapun selagi mampu dari segi fizikal tetapi bayaran maximum hanya RM130 sebulan. sekarang rasanya dah genap setahun guna sebab dah mendowload 10GB tapi tak kena kc slow. kita tgk bil hjg bulan ni mcmn hehe..
Baru bercadang nak tukar ke maxis broadband.
assalamualaikum cik . sy sekarang mmg cari broadband untuk kegunaan belajar.x tahu nak pilih broadband atau wifi rumah. emm tapi entry ni sangat membantu. yang peliknya adik ipar saya guna maxis broadband slow sangat masa dia belajar kat terengganu. tapi yang pastinya mungkin dia guna lebih had kot. sekarang masih guna maxis broadband ke ?
Unknown said…
Broadband ni blh dibeli di mna ye?

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat