Sheikh Saad Al-Ghamidi

Assalamualaikum & hai...

Tahun 2007 dulu, aku pernah kerja kat booth AOWA di  TESCO Wangsa Maju. Kat depan booth aku tu ada satu kedai jual buku agama. Entah apa namanya aku pun tak ingat. Tapi yang aku ingat kedai tu bersebelahan dengan kedai jual pakaian dalam wanita. Hahaha.. Punya la kontra kedai sebelah menyebelah tu..hehe

Sedang aku tecegat depan booth sambil melilau mencari mangsa, tiba2 terdengar aku bacaan ayat al-quran dari kedai depan tu. Cara bacaannya berjaya meruntun hati aku ni. Bacaanya tak berlagu sangat, dan tak juga mendayu2 sangat. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terpegun seketika.

Rupa2nya reciter tu adalah Sheikh Saad Al-Ghamidi. Sejak dari tu aku beliaulah reciter yang paling aku suka dalam dunia ni. Bila dengar aja bacaan beliau, mesti hati aku menjadi sayu. Tak macam Sheikh lain.

Tadi aku ada cari ayat2 bacaan beliau di youtube. Ini antara yang aku dapat. Dengar sampai habis ye.



Emmm.. pernahkan kita menangis ketika membaca Al-Quran kerana takutkan Allah?

huhu..


Salam dari budaksepet.




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Perancangan Masa Hadapan

Mencari waktu paling tepat