Semangat yang hilang

Assalamualaikum & hai..

yuhuuuuu.. anibadi home? haha.. eh takde orang rupanye kat blog aku ni... dah lame x ngapdet nih.... sampai masa lupe yg aku ada blog sendiri..kikiki

Ape cer sekarang? Ceritanye sekarang aku di posting Medical terakhir di tahun 5 ni, yg mana sepatutnya posting yang aku paling suka sekali. Tapi nampaknya panas tidak sampai ke petang. Waktu tengah hari hujan pulak. Maksud yg aku nk sampaikan kat sini ialah ingatkan best posting medical ni, rupanya ianya akan jadi best kalau rajin study. Aku ni dah la jenis malas stadi. Camne nak jadi doktor ni? Makin lama makin terasa bebannya. Kadang2 rasa macam tak termampu jugak..

Kadang2 rasa macam silap masuk course. Dulu awal2 memang semangat betul nak jadi doktor. Sampaikan apa jugak cara aku nak masuk jugak bidang pembomohan ni, eh silap perubatan ni.. Sanggup nak jual tanah abah nak buat bayar pergi belajar medik. Bila dah masuk sekejap semangat, kejap semangat tu hilang entah ke mana. Kejap lagi dia datang balik. Pastu ilang lagi. Aih, mcm sekut chipsmore plk..

Semangat yg hilang tu biasanya datang time tengah keletihan dan ketike perasaan yang mendesak dari segi kompentansi utk bergelar doktor sampai rasa sesak dada nak bernapas. ambui ape aku tulis ni. Kalah novel A. Samad Said ni.. kihkihkih.. x paham bila baca balik..

Yang paling ensem sekali aku lettew.. cuba teka. haha

Tapi lama2 baru aku sedar sebenarnye perasaan tu adalah lumrah hidup dalam bergelar doktor ni. Tanya lah siapa2 pun mesti ada masa akan rasa gitu. Yang penting bangun n be strong balik. Tanggung jawab yang bukan mudah, bukan semua orang terpilih utk bawa tanggung jawab ni. Jadi syukurlah sebab Allah dah beri peluang dan pilih kita utk kita memegang tugas yang penting ni. Takde lain yang paling seronok bila pesakit yang sakit sembuh balik dan ucap terima kasih kat kita. Kalau tak sembuh pun dah tolong memberi comfort dan sokongan lain setakat yang mampu. Pahala pun banyak sebab kita tolong orang. Alhamdulillah..

k lah cukup setakat ni, 

Chow,
 

P/s : dah lupe yang tahun 2010 dulu aku pernah tulis pasal perancangan hidup. Nak gelak bila baca balik..kehkehkeh.. Alhamdulillah masih dalam track semuanya.. 

Comments

RNS said…
Yup kdg2 stress n tekanan lain buat kita rasa lemah. Norma hidup ada kalanya kita kuat n ada jugak masa kita rasa hilang semangat. Anyway good luck final year! :)

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati