Rindu.hehe :D

Assalamualaikum & hai...


Sesungguhnye aku rindu...

1. Rindu untuk buat aktiviti astronomi balik.

Aku minat astronomi sejak dari kecik lagi. Aku ingat lagi masa form 1 dulu, semua topik bumi dan alam semesta dalam buku teks sains form 1 sampai form 5 aku dah khatam. Masa tu punya la susah nak cari info pasal astronomi ni. Buku teks tu aje yang ada. Tambah2 lagi internet masa tu adalah satu benda yang agak jakun. Boleh main dgn microsoft power point pun dah kira hebat dah.hahaha. Nak carik orang yang terer astronomi ni pulak punya la susah. Aku caye ramai orang yang kat luar tu pun ramai yang minat astronomi waktu kecik2 dulu. Tapi sebab kurangnye pendedahan pasal astronomi ni jadik ramai la yang lupekannye.

Paling best sekali masa masuk matrik Penang dulu. Kat sana ada kelab Astronomi. Kitorang lah yang jadi pioneer masa  tu. Tambah2 pulak KMPP dekat dengan USM yang mana antara satu badan yang paling aktif dalam aktiviti astronomi kat Malaysia ni. Kat situ lah berkenalan dengan Dr Chong, seorang yang sangat bersemangat untuk menyebarkan ilmu astronomi ni tak kira kat mana pun tempat tu. Even kat masjid pun Dr Chong pegi kasi talk (kat depan masjid lah). Antara tokoh astronomi Malaysia tu.. Tak sangka dapat kenal & rapat dengan orang macam tu.


Bermula dari situ aku pun mula lah involve kan diri dengan aktiviti cerapan bintang, ceramah astronomi, mencerap hujan tahi bintang dan sebagainye. Dari situ jugak dah pelan2 start kasi ceramah, buat program astronomi dan menulis untuk ruangan astronomi kat majalah Dewan Kosmik. Seronok pulak rasa bila ada orang duk cari2 kita untuk tanya soalan dan sebagainya.

Sekarang ni aku dah lama menyepi dari dunia astronomi ni. Blog ASTROMAS pun dah jarang nak update. Ni gara2 MBBS la ni. Tapi takpe lah, mengikut kata Dr Chong & Dr Rowi, pentingkan study dulu dari astronomi ni. Nanti dah kerja nak buat aktiviti sampai tak tidur2 pun boleh.hehe

InsyaAllah sekarang ni kalau berkesempatan aku nak menulis balik lah dengan Dewan Kosmik. InsyaAllah.

2. Rindu untuk beli & baca majalah PC

Dulu aku sangat2 la rajin untuk beli majalah PC macam PCMag, PCworld, MaxIT dan lain2. Masa tu awal2 sem kat MSU ni. Setiap isu yang keluar aku beli & baca. Kiranya update la jugak dengan isu2 semasa dunia IT ni. Dalam berlonggok2 buku tu. Sekarang ni entah mane pegi dah.. Pindah rumah banyak kali punye pasal jadik banyak da yang aku buang.

Sekarang ni mungkin dah tak beli majalah PC tu, tapi tengah cuba update2 dengan lawat website pcworld, MaxIT, maximumpc, dan sebagainya. Dulu setiap jenis processor aku update, sekarang ni dah terkejut2 dah bile tau processor AMD offer sampai 6 core. Dasyat2. Cepat sungguh dunia IT ni gerak.



3. Rindu untuk jadi aktif macam dulu.
Dulu masa zaman2 KUTPM dulu aku boleh kata aktif la jugak. Mula dari awal sem dah masuk St John Ambulans. Sambil2 tu masuk pulak silat Cekak Hanafi sampai tamat. Kemudian berenti silat aktif pulak dengan Medical Science Club MSU. Masa ni walaupun sibuk tapi alhamdulillah belajar pun agak ok. Jadik sekarang ni bila kenang2 balik, kan seronok kalau boleh jadi aktif tapi belajar masih ok. Sekarang ni belajar pun macam paras2 hidung aje. Siap kena dongak lagi ni ha taknak kasi masuk hidung. Hahaha..tak faham? takpe2... 

Dua tiga hari ni aku terfikir nak buat benda yang produktif sikit. Asyik jadi reaktif aje takkan bawa aku ke mana2. Reaktif kepada keadaan tu bagus, tapi kalau menjadi produktif lagi bagus. Baru kita akan jadi betul2 berbeza dengan orang lain.

4. Rindu untuk amik gambar lagi.

Aku ni dulu pernah beli kamera DSLR Canon 1000D. Seronok la jugak masa tu duk snap sini sana. Pandai tu takde pun. Saje nak pegang kamera sebab orang lain pegang jugak.hahaha. Takklah, gurau2. Aku sebenarnye minat dari dulu lagi. Zaman dulu2 selalu duk berkira2 nak beli kamera DSLR yang filem. Akhirnye tercapai jugak nak beli DSLR sebijik. Tu pun dengan duit pinjam.

Slow2 amik gambar untuk MSC, dapat pulak offer untuk amik gambar tunang, event & jemputan berbayar. Seronok masa ni walau cuak takut gambar orang tak jadi. Oke lah untuk beginner.

Sekarang ni kamera tu dah takde dah. Dah jual sebab nak bayar hutang orang. Nanti ada rezeki nak beli balik.

Ni flickr aku yang dah tak terapdate lame gile.

5. Rindu untuk berblogging secara aktif balik.

Angin sebenarnya datang dua tiga hari lepas lagik. Dalam kepala ni duk terasa rindu2 je nak menulis balik. Kalau ikutkan hati mau aje aku menulis hari2. At least sebelum tidur tulis apa yang jadi sepanjang hari. Blogging ni seronok tau aspecially bila angin untuk menulis tu datang. Bukan nak kasi orang baca sangat pun, cuma perasaan puas bila baca balik post yang dibuat tu. 

Tengoklah berapa hari semangat ni boleh bertahan.hehe... MBBS ni betul2 mencurik masa aku.

6. Rindu kat miss Bitsy


Yang ni tiap2 hari rindu. Rindu pada keletah dan perangai die. Rindu every part of her. Entah bile tak rindu ni.hehe

wink wink

Salam dari budaksepet,

Comments

Unknown said…
buat klinikal diari sudeyh...
oxaloacetate89 said…
hahaha!! all the best senior yg d senangi smua org! =D
Unknown said…
part paling last pling best.. hehehe :)
i pray 4 ur succes.. :)

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tanya Sama Hati