Kami Hantar Burger

Thursday, June 25, 2009 2 Comments

Assalamualaikum & hai...

Kat apartmen kitorang dah ada servis penghantaran burger. Yang menariknya burger ni diorang buat sendiri kat umah. Daging burger tu pun diorang buat sendiri.. Cayalah.. Pandai carik rezeki nieh..



Set yang diorang offer ialah burger daging/ayam dengan wedges & air root bir. Selain tu ada benjo jugak. Harga satu set RM4.50 untuk benjo, RM5.00 untuk ayam & RM5.20 untuk daging.


Encik burger daging duduk bersebelahan burger ayam sambil ditemani air root bir

Diorang ni hantar kat lif B ajer. Tapi disebabkan kitorang duk satu aras dengan diorang (tingkat 11), jadik kitorang dapat delivery depan rumah. Memang sesuai untuk gemukkan badan ni.


Sekali pandang macam burger king aje. Harga pun boleh tahan ok.

Nak tau best ke tak kena tanya orang kat bawah ni..


 Lahap sungguh.

hehe...

Salam dari budaksepet,




2 comments:

Kelebihan Bulan Rejab

Wednesday, June 24, 2009 0 Comments

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.




Salam dari budaksepet,




0 comments:

Selamat Hari Bapa

Tuesday, June 23, 2009 5 Comments

Assalamualaikum & hai...

Sedikit berat aku untuk menulis entri kali ni. Namun bila difikirkan kembali, apa salahnya aku mengucapkan Selamat Hari Bapa dari blog ini. Seumur hidup aku tak pernah lagi nak menulis atau bercakap apa2 yang berkaitan dengan hari bapa.


Ini lah Abah aku. Namanya Ali bin Yusoff. Dulu aku agak keliru jugak kenapa Bin & Binti Ma dan Abah aku sama (Yusof). Aku ingatkan lepas kawin nama belakang tu akan berubah. Rupanya kebetulan saja nama Ma dan Abah aku adalah sama.hehe..

Abah aku sekarang dah berumur 68 tahun. Besday dia ialah pada 8 haribulan 8 1941. Tapi aku tak pernah pun wish besday dia.. Teruk betul aku ni... Sekarang ni Abah masih lagi berkerja sebagai security guard di sebuah kilang di Kemaman. Dia kerja di sana 24jam/7hari/12 bulan. Maksudnya di pondok pengawal kilang tu lah rumah tinggal Abah aku sekarang ni. Dah bertahun2 dia kerja di situ selama 24jam tanpa henti. Sekarang dia tinggal berseorangan sejak isteri pertamanya meninggal akibat sakit tua.

Sebenarnya abah dan Ma aku telah bercerai waktu aku kecik2 dulu. Seingat aku ialah masa umur aku 6 tahun, aku pun tak pasti. Entah mengapa memori yang masih terpahat dalam ingatan aku sekarang ialah bermula dari 6 tahun dan ke atas. Mungkin umur di bawah 6 tahun itu terlalu muda dan lama untuk aku ingat.

Apa yang aku ingat dulu ialah abah aku ada datang sekali sekala ke rumah. Datang pun sekejap sahaja. Rupanya dia terpaksa membahagikan giliran dengan isteri tuanya. Hasil dari hubungan mak dan Abah aku, maka dapatlah kami dua orang beradik (aku dan adik perempuan aku). Namun total adik beradik aku ialah 8 orang sebab sebelum ni Mak aku pernah kawin.

Mungkin disebabkan aku ini lelaki, aku menerima sahaja kehadiran Abah aku yang sekejap2 saja itu dengan seadanya. Tetapi lain pula dengan adik perempuan aku. Bila Abah aku datang sahaja dia terus sembunyi di tepi almari. Dia tak biasa agaknya. Mungkin perasaan takut juga ada kerana tidak biasa melihat Abah aku sebelum ini. Disebabkan phobia pada waktu kecil ni, maka sampai sekarang ini hubungan adik perempuan aku dengan abah tidak begitu rapat berbanding aku yang selalu juga ke rumah abah dalam setahun 2 kali. Pernah adik aku tu tak jumpa ayah aku sampai lebih 6 tahun kalau tak silap aku.

Sejak dari kecil, hidup aku dan adik beradik yang lain dibesarkan oleh seorang ibu. Celik sahaja mata ini dari tidur terus nampak Ma aku seorang sahaja yang bertungkus lumus menjual nasi lemak untuk membesarkan kami. Masa tu ada 5 orang adik beradik aku yang tinggal dengan Ma. 3 lagi kakak dan abang aku tinggal dengan nenek dan saudara di Kelantan. Waktu aku kecil dulu aku pernah tak kenal 3 orang adik beradik aku tu. Diletakkan semeja pun tak kenal.hehe..


Ni pondok pengawal tempat Abah aku kerja.

Dari kecil sehinggalah ke besar, aku terus membesar dengan ibu sahaja. Tak pernah dapat rasa bagaimana perasaan membesar dengan ayah dan ibu di sisi. Teringin juga kalau dapat makan sama2 dengan ayah dan mak sewaktu dinner, tapi sayangnya aku tak berpeluang untuk menikmati nikmat semacam itu. Dahulu apabila waktu makan, kami 5 orang adik beradik beserta Mak akan duduk dalam bulatan untuk menjamah makanan.

Dulu kami sangat susah. Kadang kala makan nasi dengan ikan kukus yang digunakan untuk buat nasi lemak dengan budu sahaja. Tapi aku tak kisah pun pasal semua tu. Janji makan dan kenyang sudah lah. Yang penting kami sekeluarga tak pernah kelaparan sebab tak ada makanan. Ada satu peristiwa yang aku paling ingat sampai sekarang. Masa tu kami tengah makan. Kemudian aku tengok dalam pinggan mak aku ada kerak nasi aje. Aku tanyalah kenapa Ma makan kerak nasi aje. Mak aku kemudian membalas ' Ma memang suka makan kerak nasi'. Padahal masa tu nasi dah habis. huhu.. Sampai begitu sekali pengorbanan seorang mak kepada anak-anaknya...

Di waktu kecil dulu, aku sering merasa cemburu apabila melihat kawan2 aku keluar bersiar2 dengan ibu dan ayah mereka. Melihat ibu dan bapa mengambil kawan2 aku di sekolah pun sudah cukup untuk mencemburukan aku. Sedih juga apabila ketika di asrama kelihatan parents kawan2 ku datang melawat. Namun makin aku membesar, aku sudah jadi tak kisah dengan semua itu. Sebenarnya semua inilah yang membentuk aku kepada siapa aku sekarang ini dan aku bersyukur kepada Allah kerana menjadikan siapa aku sekarang ini. Alhamdulillah.

Namun ingin aku katakan di sini bukan Abahku tidak mempedulikan langsung kepada aku dan adik ku. Walaupun selepas bercerai,dia ada datang menjemput aku berjalan2 ke isteri tuanya sekali sekala. Setahun ada beberapa kali aku pergi ke sana di waktu hujung minggu. Adik perempuan aku masih tidak berapa selesa untuk mengikut sama. Duit juga masih diberi jika diminta. Syukurlah, walaupun aku tak dapat tinggal bersama ibu dan abah serentak, tetapi sekurang2nya aku masih ada ayah untuk aku tatap wajahnya. Syukur pada Allah.

Jika kita fikir keadaan kita ini sudah teruk, kita kena ingat ada sesetengah orang lagi teruk dari kita. Ada yang tak berpeluang langsung untuk menatap wajah ayahnya. Lahir2 ayah sudah tiada di sisi.


Dalam post pengawal
Sekarang ni, dalam setahun ada dalam sekali dua aku akan pulang ke Kemaman, ingin melihat wajah tuanya. Biasanya aku akan pulang 3 4 hari sehaja disebabkan oleh kekangan cuti. Apabila aku balik mesti aku akan tidur di pondok pengawal bersama Abah aku. Sengaja aku nak temankan beliau untuk bermalam walhal ada rumah yang lagi selesa tak jauh dari situ. Inilah sahaja peluang untuk aku bersembang dan bercerita dengan Abah aku.


"Abah, walau apa pun yang terjadi waktu Wan kecik dahulu, Wan akan tetap sayang Abah selama-lamanya. Tiada ayah lain dalam hidup ini selain Abah. Apabila terkenangkan yang usia tua kian menggamit tubuh abah, kadang kala terasa ingin cepat2 habis belajar untuk menanggung Abah dan Ma bersama. Namun apa kan daya, perjalanan pelajaran Wan masih jauh. Masih banyak tahun yang perlu ditempuhi semata2 untuk bergelar seorang doktor. Namun Wan tahu yang ianya pasti akan membanggakan Ma dan Abah "

"SELAMAT HARI BAPA"

Salam dari budaksepet,




5 comments:

Komputer Desktop Sudah Dijual

Tuesday, June 23, 2009 0 Comments

Assalamualaikum & hai....



Komputer desktop lama aku dah berjaya aku jual kepada pasangan dari Sabah dengan harga RM920.

Semalam aku postkan dalam website Mudah.my. Dalam 15 minit advertisement tu masuk, berderet2 mesej dan call masuk yang tanya pasal komputer tu. Tak sangka begitu berkesan sekali pengiklanan kat situ.hehe.. Alhamdulillah..

BTW, aku dah balik dari ekspedisi mendaki gunung Berembun. Gambar nanti aku upload ya. Kalau tak sabar nak tengok, korang boleh jengah blog galeri Medical Science Club.

Chiao,

p/s : Nanti aku perkenalkan 'isteri' baru aku ye..hehe

Salam dari budaksepet,




0 comments:

Mendaki Gunung Berembun

Friday, June 19, 2009 2 Comments

Assalamualaikum & hai....




Maafkan aku kerana lama tak update. Sebenarnya banyak aje idea nak tulis tapi nak update tu yang malas.hehe..

Untuk pengetahuan korang, malam ni pukul 9 malam aku akan bertolak ke gunung Berembun, terletak di Cameron Highlands untuk misi menawan gunung oleh warga Medical Science Club MSU. ehehe...

Nanti aku upload gambar program ni ye.. ;)

Sekarang dah pukul 7.31pm tapi aku tak kemas apa lagi.. :p

Chiao....

p/s : Aku ada 'isteri' baru.. Nak tahu apa dia nanti aku cerita keh... ehehe



Salam dari budaksepet,




2 comments:

Menjadi Musang

Wednesday, June 10, 2009 2 Comments

Assalamualaikum & hai...

Sekarang ni dah habis final exam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Soalan yang keluar ada yang agak susah, ada yang ok. Apa pun semuanya dah lepas. Malas dah nak fikir.hehe. Yang penting sekarang ni ialah masa untuk aku rehatkan minda sekejap. Nanti banyak benda pula nak kena fikir.

Antara tinggalan pusaka final exam tak lain tak bukan ialah insomnia yang melampau.haha. Maklum lah kalau dah minggu exam tu tidur 2 3 jam aje. Biasanya aku akan stay up sampai pukul 6 pagi. Kemudian akan tidur sampai pukul 8 atau 9, then bangun balik untuk revise lagi.

Sekarang ni walau dah hampir seminggu final exam habis, aku masih tak dapat tidur malam lagi. Dah 3 4  hari aku tidur lepas subuh, kemudian bangun pukul 3 petang.hahaha..buruk perangai betul.. :p

Salam dari budaksepet,




2 comments:

Entri Ini Tak Sepatutnya Ada

Thursday, June 04, 2009 0 Comments

Assalamualaikum & hai..

Aku ada exam final pukul 2.30 petang ni. Sekarang pukul 10.18am. Aku sepatutnya duk tengah pulun menghafal tapi boleh pulak duk buat post kat blogspot ni..hehe.. Ni hilangkan stress ni... :p


BTW, susun notes dalam peta minda banyak membantu aku ;)

Salam dari budaksepet,




0 comments:

Demam Exam Melanda!!

Monday, June 01, 2009 2 Comments

Assalamualaikum & hai..


Untuk final exam pathophysiology of reproductive sytem, aku seharusnya fokus pada penyakit2 berikut yang mungkin bakal keluar :

  1. Breast disorder
    1. Fibrocystic changes
    2. Fibroadenoma
    3. Gynecomastia (buah dada pada lelaki)
    4. Breast cancer (paling penting!!!!)
  2. Infertility (ketidaksuburan)
    1. Disebabkan oleh lelaki
    2. Disebabkan oleh perempuan
    3. Management of infertility (sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, dll)
  3. Endometriosis (tisu uterus/rahim berada di luar rahim)
  4. Cervical dysplasia & carcinoma (kanser serviks)
    1. Cervical intraepithelial neoplasia (SIN)
    2. Squamous intraepithelial lession (SIL)
  5. Jangkitan ibu mengandung (maternal infection)
    1. Taxoplasmosis
    2. Rubella
    3. Herpes Simplex virus
    4. Cytomegalovirus
  6. Teratogenesis (pembentukan bayi luar biasa)
  7. Jenis ubat untuk ibu mengandung
  8. Masalah haid
    1. Menorrhagia (haid panjang dan banyak)
    2. Polymenorrhea (haid panjang dari biasa)
    3. Oligomenorrhea (haid sikit dan pendek dari biasa)
    4. Metrorrhagia (berdarah dari vagina bukan sebab haid)
    5. Postmenopausal bleeding
  9. Masalah sistem reproduktif perempuan
    1. Vulvitis
    2. Vaginitis
    3. Cervicitis
    4. Salpingitis
    5. Endometriosis
    6. Vaginal cancer
      1. Squamous Cell Carcinoma
      2. Adenocarcinoma
  10. Masalah sistem reproduktif lelaki
    1. Urethritis
    2. Benign Prostat Hyperplasia (BPH)
    3. Prostate Cancer
    4. Orchitis
    5. Testicular cancer
    6. Epididymis
  11. Kematian ibu semasa mengandung
  12. Kematian anak dalam/selepas mengandung atau semasa kelahiran.

ZzZZzzzZzZz

Salam dari budaksepet,




2 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu