Tensen Dengan Kuey Tiaw Sup

Sunday, May 31, 2009 0 Comments

Assalamualaikum & hai...

Sekarang ni aku kat kedai makan Aliff Bistro kat Seksyen 13. Biasanya aku g kedai makan tak bawak laptop pun. Tapi kali ni sengaja bawak kononnya nak isi masa untuk study penyakit sistem pembiakan nieh. Tapi ada sesuatu telah membantutkan semangat aku tu...
Tadi aku order kuey tiaw sup. Sambil2 tunggu tu sempat la aku duk men2 tenet jap. Tunggu2 sikit punya lambat makanan aku sampai. Tapi bila dah sampai tengok sup aku kering semacam aje. 



Kuey tiaw tu sampai dah jadi likat dengan kuah sup yang sikit. Grrrr...aku makan pun dalam terpaksa...Tak makan karang lapar la pulak. Last2 tak abis jugak makanan tu..  Jap g mau aje aku report kat tokey kedai nieh...

Emm.. BTW, aku baru aje gunting rambut tadi kat Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Kena bayar RM10 untuk gunting rambut tambah lagi dengan urut kepala & badan sekali. Lega sikit stress2 yang ada kat badan ni. Paling penting layanan & servis kira ok. Harga pun boleh tahan lah..

Aku dengan mata yang sepet sedang tunjuk rambut baru.hehe

Salam dari budaksepet,




0 comments:

Virus dan Bakteria Mengamuk!!

Monday, May 25, 2009 , 2 Comments

Assalamualaikum....

Lawa jugak betuk virus Influenza A H1N1 ni ye..hehe

Sekarang pukul 2.53 minit pagi dan esok aku ada kelas patho repro pukul 8 pagi. haha.. Boleh jadi lalok dalam kelas esok nieh.

Tadi baca Berita Harian Online.  Sekarang ni banyak sungguh kes infectious disease. Tak habis pasal selesema khinzir (influenza A H1N1) pastu ada pulak kes leptospirosis kat Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin kat Bukit Mertajam nun... Sekarang dah 35 orang yang terjangkit dengan dua orang dah meninggal dunia.

Tak cukup dengan angkara virus Influenza A (H1N1) dan bakteria Leptospira spp, ada pulak kes meningitis kat Akademi Pengangkutan Jalan kat Melaka nun. Dengar khabarnye dekat 500 orang dah kena kuarantin kat situ. Maklum le takmo kasi merebak ke luar.

Siapa2 yang hantar anak ke kem PLKN kat Semenyih Selangor pulak mesti risau anak diorang kena selseema khinzir sebab lebih kurang 30 orang pelatih mengadu mengalami demam, batuk, sakit tekak dan sakit badan. Sampai pihak perubatan terpaksa buat isolation room untuk diorang. Rupa2nya kebanyakannya kena adenovirus infection yang biasa sebabkan kita kena selsema. Ada yang boleh pulih sendiri tapi kalau yang lemah sikit tu boleh bawak maut juga.. Kalau korang jenis yang selalu sihat saja maka tak perlu risau okey.

Oklah aku nak tidur dulu.. Esok sure mengantuk waktu kuliah ni..

zZzZzzZZz

Salam dari budaksepet,




2 comments:

Mood Mengantuk Datang Lagi..

Friday, May 15, 2009 4 Comments

Assalamualaikum & hai.....

10.47am

Mengantuk sungguh mata ni. Kerja still banyak menimbun-nimbun tak siap lagi. Basic life support pun banyak tak baca lagi...

Aku terus tido aje boleh tak kawan2? huhu





Atau perlukah aku buat tarian ini untuk segarkan badan?






Ataupun kejutkan sistem saraf aku dengan cara ini?





Salam mengantuk dari budaksepet,




4 comments:

Mencari Semangat Baru

Friday, May 15, 2009 , 4 Comments

Assalamualaikum & Hai.....

Sekarang dah pukul 02.15 pagi. Esok ade kelas psycology med pukul 8 pagi. Adush...ape aku buat tak tido2 lg ni.. Karang duk menguap2 pulak dalam kelas..

Tadi sebenarnya datang angin nak update entri baru dlm blog ni. Tapi tiba2 internet slow pulak. Isk.. tau2 je nak suruh aku tido awal untuk kelas esok...

Emm..Dua tiga hari ni perasaan malas untuk study melanda aku.. Tensen juga sbb perasaan rajin tu tak datang2.. Macam boleh maen paksa2 suruh datang lak..hehe.. 

Baru2 ni aku ada tinggal komen kat blog Akak Anonymous. Aku tanya die camne nak suh study medicine jadi senang macam kacang goreng yang dia slalu cakap tuh.. Selama ni ingat dia gurau2 aje..hehe.. Tp bila baca dia nyer reply : 

memula kena tau ape sbb kite study benda tu.. apa kegunaan ilmu tu utk kita survive time kerje nnti.. then br fhm study tu..

Emm...bila fikir balik betul juga tu. Baru aku sedar yang kadang2 aku study ni hanya untuk lepas exam aje. Niat dalam kepala ialah untuk hafal dan ingat supaya bila exam nanti boleh jawab. Isk...tak betul sungguh.. Sepatutnya kena tanamkan dalam kepala bahawa study ni adalah untuk digunakan apabila kerja nanti. Barulah senang faham & ingat...

Sekarang ni selalu aje rasa menyampah bila study2 benda2 yang kita susah nak nampak nih. Terutamanya bila nak masuk ke histopatholohgy untuk satu2 disease tu.... Rasa macam dah baca last2 nanti lupa pulak.. So buat apa baca kan?hehe.. Tapi sebenarnye tu lah process yang kita kena lalui.. Baca dan hafal dulu, kemudian lupa sikit2, then kena revise dan hafal balik. Kalo terpaksa kena repeat balik cycle tu. Barulah benda tu akan melekat dalam kepala..  Ni mau sekali baca terus ingat tu memang susahlah.. hehe..

Nampaknya nak kena betulkan niat balik ni...

huhu


P/S :
       Menunggu AGM kelab yang bakal tiba..hehe

Salam dari budaksepet,




4 comments:

Lazy mood

Sunday, May 03, 2009 4 Comments

Assalamualaikum & hai...


My midsemester exam is about to come. Next week supposed to be my study week but right now I'm still in lazy mood.

There are lot of topics I still not cover yet especially pregnancy & labor. Maybe it will be easier for me to understand if I'm the one who will experienced it.ehehe..

What about Psycho Medicine subject?


Argh......!!



God, please give me the spirit I used to have.

Amin..

Your text here




4 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu