Isteri-isteri aku

Assalamualaikum & hai..

Berikut adalah senarai Isteri aku setakat ini.

Koleksi mungkin bertambah atau diganti yang baru dari masa ke semasa. Hehe...



ISTERI PERTAMA : Canon DSLR 1000D

Kamera ni aku dah beli lebih kurang 3 4 bulan yang lepas. Masa tu harga lebih kurang RM2000 termasuk kitlens.

Kamera 10.1 megapiksel ni datang sekali dengan lens zoom 19-55mm, f 3.5. Sebenarnya ni model yang paling murah dalam famili Canon DSLR. Tapi bila dah lama pakai, aku dah macam lupa dah akan kekurangannya.

Aku ada tempek gambar sikit kat Flickr. Boleh la tengok2.



ISTERI KE-DUA : Honda Wave 100S



Motor ni aku beli sendiri pakai duit aku. Duit muka lebih kurang RM1500 dengan bulan2 kena bayar sebanyak RM150.

Sayang betul motor ni sebab 1st time barang yang mahal macam ni aku beli guna nama aku sendiri. hehe



ISTERI KE-TIGA: Acer Aspire 4730ZG


Laptop ni aku beli dah hampir setengah tahun. Waktu beli tu harga dia lebih kurang RM2200.

Laptop ni guna guna Intel Pentium Dual Core 2.0Ghz, dengan 4 gig RAM dari kilang dan Ati Mobility Radeon  256MB.

Sebelum ni aku pakai desktop.


ISTERI KE-EMPAT - ???????




Ehem2... Bakal calon isteri ke-empat masih lagi dalam pencarian... Tapi April 2010 baru mula mencarik k. So masa ni akan digunakan untuk enjoy kehidupan seorang lone ranger dulu. hehe

Ada siapa2 nak kenalkan aku dengan somebody? wink wink

hahahaha

Chiaow...

Salam dari budaksepet,



p/s : adik perempuan aku kahwin 24 Oktober ni...


Comments

teleskop tak masuk list ke? or bakal? hahahah... nice pictures... ni yg nk DSLR gak ni huhuhu
anonymous said…
ader calon, nak? hehe

AA
Astromas said…
Teleskop bakal masuk list...hehe

Ade calon ke kak? nak nak...

ngeeee
cikmistry said…
knape april 2010 br start carik?..

Popular posts from this blog

Ujian Darah

Tanya Sama Hati

Cara untuk reset Printer Canon MP145