Posts

Showing posts from June, 2009

Kami Hantar Burger

Image
Assalamualaikum & hai... Kat apartmen kitorang dah ada servis penghantaran burger. Yang menariknya burger ni diorang buat sendiri kat umah. Daging burger tu pun diorang buat sendiri.. Cayalah.. Pandai carik rezeki nieh.. Set yang diorang offer ialah burger daging/ayam dengan wedges & air root bir. Selain tu ada benjo jugak. Harga satu set RM4.50 untuk benjo, RM5.00 untuk ayam & RM5.20 untuk daging. Encik burger daging duduk bersebelahan burger ayam sambil ditemani air root bir Diorang ni hantar kat lif B ajer. Tapi disebabkan kitorang duk satu aras dengan diorang (tingkat 11), jadik kitorang dapat delivery depan rumah. Memang sesuai untuk gemukkan badan ni. Sekali pandang macam burger king aje. Harga pun boleh tahan ok. Nak tau best ke tak kena tanya orang kat bawah ni..  Lahap sungguh. hehe... Salam dari budaksepet,

Kelebihan Bulan Rejab

Image
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah , Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku . Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedek...

Selamat Hari Bapa

Image
Assalamualaikum & hai... Sedikit berat aku untuk menulis entri kali ni. Namun bila difikirkan kembali, apa salahnya aku mengucapkan Selamat Hari Bapa dari blog ini. Seumur hidup aku tak pernah lagi nak menulis atau bercakap apa2 yang berkaitan dengan hari bapa. Ini lah Abah aku. Namanya Ali bin Yusoff. Dulu aku agak keliru jugak kenapa Bin & Binti Ma dan Abah aku sama (Yusof). Aku ingatkan lepas kawin nama belakang tu akan berubah. Rupanya kebetulan saja nama Ma dan Abah aku adalah sama.hehe.. Abah aku sekarang dah berumur 68 tahun. Besday dia ialah pada 8 haribulan 8 1941. Tapi aku tak pernah pun wish besday dia.. Teruk betul aku ni... Sekarang ni Abah masih lagi berkerja sebagai security guard di sebuah kilang di Kemaman. Dia kerja di sana 24jam/7hari/12 bulan. Maksudnya di pondok pengawal kilang tu lah rumah tinggal Abah aku sekarang ni. Dah bertahun2 dia kerja di situ selama 24jam tanpa henti. Sekarang dia tinggal berseorangan sejak isteri pertamanya meninggal akibat...

Komputer Desktop Sudah Dijual

Image
Assalamualaikum & hai.... Komputer desktop lama aku dah berjaya aku jual kepada pasangan dari Sabah dengan harga RM920. Semalam aku postkan dalam website Mudah.my . Dalam 15 minit advertisement tu masuk, berderet2 mesej dan call masuk yang tanya pasal komputer tu. Tak sangka begitu berkesan sekali pengiklanan kat situ.hehe.. Alhamdulillah.. BTW, aku dah balik dari ekspedisi mendaki gunung Berembun. Gambar nanti aku upload ya. Kalau tak sabar nak tengok, korang boleh jengah blog galeri Medical Science Club . Chiao, p/s : Nanti aku perkenalkan 'isteri' baru aku ye..hehe Salam dari budaksepet,

Mendaki Gunung Berembun

Image
Assalamualaikum & hai.... Maafkan aku kerana lama tak update. Sebenarnya banyak aje idea nak tulis tapi nak update tu yang malas.hehe.. Untuk pengetahuan korang, malam ni pukul 9 malam aku akan bertolak ke gunung Berembun, terletak di Cameron Highlands untuk misi menawan gunung oleh warga Medical Science Club MSU. ehehe... Nanti aku upload gambar program ni ye.. ;) Sekarang dah pukul 7.31pm tapi aku tak kemas apa lagi.. :p Chiao.... p/s : Aku ada 'isteri' baru.. Nak tahu apa dia nanti aku cerita keh... ehehe Salam dari budaksepet,

Menjadi Musang

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang ni dah habis final exam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Soalan yang keluar ada yang agak susah, ada yang ok. Apa pun semuanya dah lepas. Malas dah nak fikir.hehe. Yang penting sekarang ni ialah masa untuk aku rehatkan minda sekejap. Nanti banyak benda pula nak kena fikir. Antara tinggalan pusaka final exam tak lain tak bukan ialah insomnia yang melampau.haha. Maklum lah kalau dah minggu exam tu tidur 2 3 jam aje. Biasanya aku akan stay up sampai pukul 6 pagi. Kemudian akan tidur sampai pukul 8 atau 9, then bangun balik untuk revise lagi. Sekarang ni walau dah hampir seminggu final exam habis, aku masih tak dapat tidur malam lagi. Dah 3 4  hari aku tidur lepas subuh, kemudian bangun pukul 3 petang.hahaha..buruk perangai betul.. :p Salam dari budaksepet,

Entri Ini Tak Sepatutnya Ada

Image
Assalamualaikum & hai.. Aku ada exam final pukul 2.30 petang ni. Sekarang pukul 10.18am. Aku sepatutnya duk tengah pulun menghafal tapi boleh pulak duk buat post kat blogspot ni..hehe.. Ni hilangkan stress ni... :p BTW, susun notes dalam peta minda banyak membantu aku ;) Salam dari budaksepet,

Demam Exam Melanda!!

Image
Assalamualaikum & hai.. Untuk final exam pathophysiology of reproductive sytem, aku seharusnya fokus pada penyakit2 berikut yang mungkin bakal keluar : Breast disorder Fibrocystic changes Fibroadenoma Gynecomastia (buah dada pada lelaki) Breast cancer (paling penting!!!!) Infertility (ketidaksuburan) Disebabkan oleh lelaki Disebabkan oleh perempuan Management of infertility (sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, dll) Endometriosis (tisu uterus/rahim berada di luar rahim) Cervical dysplasia & carcinoma (kanser serviks) Cervical intraepithelial neoplasia (SIN) Squamous intraepithelial lession (SIL) Jangkitan ibu mengandung (maternal infection) Taxoplasmosis Rubella Herpes Simplex virus Cytomegalovirus Teratogenesis (pembentukan bayi luar biasa) Jenis ubat untuk ibu mengandung Masalah haid Menorrhagia (haid panjang dan banyak) Polymenorrhea (haid panjang dari biasa) Oligomenorrhea (haid sikit dan pendek dari biasa) Metrorrhagia (berdarah dari v...