Posts

Showing posts from January, 2009

Karnival Kokurikulum MSU 2009

Image
 Assalamualaikum & Hai... Hari ni kat kolej Management & Science Universiti mengadakan Karnival Kokurikulum. Karnival ni biasa diadakan tiap2 tahun, tapi entah kenapa tahun ni kurang meriah sikit. Mungkin kurang hebahan kot. Apa kata dengar aku bercerita melalui gambar. Enjoy k Hari ni aku bertugas jaga booth St John Ambulance.  Kesian time ni Mr Hafzan duk jaga sorang2 aje.hehe   Pengakap Kelab Kembara MSU. Advanterous kelab nih No Parking!   Medical Checkup pun ada   Akak comel ni uji tahap hemoglobin dalam darah. Free aje..    Tapi sebelum uji paras hemoglobin tu, sedikit darah kena diambil. Member aku yan kejam selamba aje cucuk jari aku dalam2. Ceit!      Salute kat diorang ni. Walopun lagu yang panjang berjela2, rilek je diorang hafal step yg komplek2 tu.   Our beloved Dato' Wira Syukri Abd Yajid. Beliau sangatlah friendly orangnya.  Tak kenal tak tahu.hehe  ...

Masak2!!!

Image
Assalamualaikum & hai.... Hari ni aku masak resepi yang tak dikenali namanya untuk makan malam. Mungkin benda ni orang dah biasa masak kot atau pun mungkin aku sendirik yg merekanye..haha.. Rasanya dah dua tiga kali aku masak ayam guna resepi ni untuk jamu budak rumah. Rupanye kat bwh ni.  Atas dapur lagi. Makan panas baru best!  Kuali punya besar, lauknye seciput aje.hehe Tengah buat experimen masak Nak tau resepinya? kueh kueh kueh.... 1. Ayam dipotong kecik2, kemudian digaul dgn serbuk kunyit, rempah kari, serbuk lada hitam, hirisan serai dan garam. Perap seketika  2. Tumis bawang dalam minyak yg tak berapa banyak. 3. Masukkan ayam dan goreng kasi separa masak. 4. Masukkan air dan biarkan mengelegak. 5. Masukkan cili potong, dan kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. 6. Dah siap boleh angkat then terkam ramai2.hehe  Cuba la try. Tak sedap jangan marah aku aaa.. Salam dari budaksepet,

Sebut keju !

Image
Assalamualaikum & hai... Kalau korang perasan entri2 aku yg sebelum ni semuanya tak bergambar. Kadang2 aje aku letak gambar, tu pun yg aku curik dari Google.hehe. Punca  kepada masalah ni  ( *ayat penyata ) tidak lain tidak bukan ialah aku takde kamera untuk amik gambar aktiviti seharian. Banyak aktiviti yg aku lakukan takde gambar untuk membantu memori aku mengingatnye. Kesian aku kan? hehehe..  nak harap memori dalam pale yg hanya 60gig dan cepat lupa ni mana la  cukup.. Errrr...alasan kat atas tu sebenarnye sengaja ditaip untuk menghalalkan aku untuk beli henset baru..hehe..Pantang dapat aje duit terus berkejar ke kedai enpon. Ape r..kuikuikui.... Almaklum lah benda dah lama mengidam.. :p Sony Ericsson K810i. Akhirnya berjaya juga aku meminang beliau BTW, sebelum aku ke kedai enpon tu, aku sempat baca review henfon kat internet. Ni penting tau untuk pastikan apa yg aku beli nanti berbaloi. Dulu aku pernah beli sound card Creative Sound Blaster x-tr...

Penantian Berakhir..

Image
Assalamualaikum & hai... Lame sungguh aku tak update blog ni. Sebenarnye midsemester exam hari tu dah lama habis. Dah lebih seminggu dah.kot. hehe. Lega betul bila dah abis exam ni. Maka untuk meraikan kemerdekaan ini, meh kita buat tarian cik Arnab nih!! Bukan apa aku dah lama tak update blog ni, aku agak bizi sikit dua tiga menjak ni. Tugas dengan kelab medical Sc yang makin bertambah betul2 mencuri masa aku untuk berblogging dan untuk enjoy diri sendiri. Harap apa yg kitorang rancangkan akan berjaya la hendaknye..hehe Wokes, kalau korang masih ingat pasal duit MARA aku yg tak dapat2 tu, sukacitanya hati aku nih sebab pada hari Rabu yg lepas penantian selama setahun tu telah tamat akhirnya.. Huhuhuhu... Syukur alhamdulillah.. Ingat takkan dapat dah.hehe..   *tarian gembira Hehe... Jumlahnya tu aku rasa toksah dinyatakan la kat sini. Tp apa pun, duit tu banyak perlu aku salurkan pada benda2 yg tertunggak sebelum ni. Antaranya ialah... 1) Bayar baki bil telefon lama...

Akhirnya Masanya Sampai Juga

Image
Assalamualaikum & Hai... Setelah dua minggu uzur, nenek saudara aku yg aku gelar Mok Nik telah selamat kembali ke Rahmatullah pada pagi ini. Maafkan aku kerana tak dapat pulang ke kampung. Perjalanan pergi balik makan masa 12 jam. Malangnya aku ada midsemester exam bermula esok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah *Rujuk entri ' Tiada Tajuk ' Salam dari budaksepet,

Manusia Paling Malas

Image
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : 'saya adalah yang paling malas' Raja pun bertanya : 'apa tahap malas awak?' Lalu jawab lelaki tersebut :'kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya'. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : 'Saya lebih malas lagi dari dia tuanku'. Tuanku pun bertanya kepadanya : 'sampai mana pulak tahap malas awak?' maka jawabnya : 'Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan'. Maka raja pun terdiam..... Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: 'saya adalah yang paling malas tuanku'. Raja pun bertanya: 'bagaimana pula tahap kemalasan awak?' budak itu pun menjawab : 'Nak cite pun malas'.... Salam dari budakse...