Posts

Showing posts from March, 2013

Dah habis MBBS

Image
Assalamualaikum & hai.. Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab akhirnya aku dah habis MBBS. Tak sangka dah hampir 7 tahun aku belajar sejak habis matrikulasi dulu akhirnya dah sampai ke hujung.  Seterusnya fasa baru pulak menanti. Fasa kerja yang aku tak sabar nak masuk tapi cuak jugak sebenarnya. Semalam puan Zuraini dari SPA call aku sebab borang SPA aku tak lengkap. Sambil tu sempat aku korek tarikh interview yg dijangka pd 27 September ni. interview akan dibuat di Shah Alam oleh seorang Dr Perubatan dan sorang pegawai SPA. Sementara menunggu interview ni aku duk kat umah abg aku kat Puchong. Abg Di aku ni ada kedai makan kat R&R Kinrara. Dia berniaga masakan panas dengan nasi kukus. Kalau lalu singgah la sini.

Bacaan Surah Al-Haqqah yg membuat Imam & makmum menangis teresak2

Image
Assalamualaikum & hai... Ingin berkongsi satu video bacaan surah Al-Haqqah mengenai keadaan di hari kiamat. Ketika dibacakan Imam dan makmum semuanya menangis teresak2 kerana takutnya balasan dari Allah di akhirat kelak. Dengar dan hayati maksudnya. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba mu ini. Sesungguhnya kami tak layak ke syurga Mu, namun tidak pula mampu menghadapi api neraka Mu. Oleh itu Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami. Hanya berkongsi...  

Dah lama tak buat CPR

Image
Assalamualaikum.... Dah lama x buat CPR. Last buat 3 tahun lepas. Masa tu buat 4 kali, tapi hanya seorang survive. 3 darinya sakit jantung (myocardial infarction) dan 1 kena langgar keretapi.. Semalam aku tengah tengok satu kes stroke jenis hemorrhagic. Pesakit tu adalah seorang perempuan Melayu berumur baru 29 tahun. Tak sangka umur muda lagi pun dah kena stroke... Kalau dulu orang tua2 aje yg kena.. Tengah aku tengok file pesakit tu tiba2 dengar orang menjerit " adrenaline stat!" Gambar hiasan. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia.. Tu tandanya ada kes nak kena rhesus tu yang mana pesakit tiba2 collapse... Semua orang berlari2 ala cite hindustan ke arah pesakit tu.. bukak tirai nampak ada sorang doktor naik duduk atas pesakit untuk kasi chest compression. Aku pun ready kat sebelah untuk ambil alih tugas utk tekan dada pesakit. Sambil tu staff nurse ada kat tepi utk kasi oksigen pd pesakit dengan ambu bag .  Tak sampai seminit org yg bu...

Dah nak habis MBBS

Image
Assalamualaikum... ayat yang biasa... : dah lama tak update blog ni.. :p  Sekarang ni aku kat posting emergency. Ni adalah posting terakhir aku dalam MBBS ni.. tak sangka dah nak habis dah. Kejap jugak rasa masa berlalu 3 tahun di tahun klinikal ni.. Aku pun x sangka kejap aje lagi aku akan bergelar Dr dah.. Cuak juga ni.. sambil2 tu tak rasa tak sabar nak kerja pun ada... kalau korang tahu, emergency ni adalah posting  yg aku paling suka.. emergency adalah posting pertama aku pada tahun 2009 dulu. [ boleh baca ka sini ] Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada posting lain yg aku rasa lagi best dari emergency ni. Perasaan berada di emergency department adalah sangat menyamankan aku berbanding perasaan berada di ward.  Sebenarnya beberapa hari lepas waktu aku mula2 masuk posting ni aku bercadang nak buat Case Log setiap hari... Kalau dapat tulis hari2 apa yg menarik kat sini kan best.. Tapi nampaknya cita2 tu tak berapa terlaksana... Mungkin sebab b...