Cara untuk reset Printer Canon MP145

Tuesday, December 21, 2010 0 Comments

Aku baru je tukar ink printer Canon MP145 aku. Printer ni kalau baru tukar ink baru kadang2 dia still detect ink sebagai catridge kosong. Jadi untuk selesaikan hal ni kita kena reset ink tu pada printer. Satu cara yang aku jumpa & terbukti berkesan adalah seperti berikut.

  1. Disconnect the printer's power outlet Press and hold the power button the reconnect the power  
  2. While still holding down the power button, press the reset button twice.(red circle with a triangle). 
  3. Release the power button \ 
  4. The printer takes about 10 seconds to show the number 0. (at this step, i press and hold the reset button twice, each time I press and hold is about five seconds. then I'm able to continue to the next step)  
  5. Press + to change the value from 0 to 1.  
  6. When this value is 1, press colour button' this will light up two LEDs. One is for plain paper and the other for photo paper. At this point feed the printer with paper.  
  7. Press the power button twice and the printer will print a some stuff (if this page doesn't print by itself, press the "color" button once and the test page will print). Don't worry much about the printed material. I got some stripped lines and some numbers. I believe that my colour cartridge is clogged which is why I got the green strips. When you print this sheet the value in the display returns to zero. (at this step, i have to wait for about two minutes or more then the printer automatically starts to print the document mentioned.)  
  8. Open the printer cover (not the scanner cover) and remove the cartridges. With the printer still open, disconnect the power outlet.  
  9. Close the lid and turn on the printer.  
  10. Refill cartridges and place them back in their nice little abode in the printer.  
  11. Close the printer cover. Wait for two minutes. (for my printer, I didn't wait for two minutes, the light immediately disappeared) The amber light beside the black ink and color ink will have disappeared.
     
Selamat mencuba!



0 comments:

Berangan x sudah

Wednesday, December 15, 2010 7 Comments

Assalamualaikum & hai...

Sekarang ni tengah berangan2 nak beli belah ni. Duit MARA bakal masuk dalam sebulan dua ni. Tapi kena ingat jugak pasal hutang piutang yang banyak ni. Kalau tak bayar hutang boleh tak? hehe :p Wokes. Jom buat kira2..

1. Bayar Hutang

Hutang orang aje dah dekat seribu dah. Tapi takpe, selesaikan yang ni dulu baru hati lega. Ye tak?

2. Tukar rim motor

Motor aku ni kalau korang nak tahu dalam masa sebulan mesti ada bocor sekali. Dah lebih setahun aku pakai motor Honda Wave 100 aku tu mau dah berpuluh2 kali tayar tu dah bocor. Iskk..tak tahaann.. So ingat aku kena pakai tubeless ni. Nak pakai tubeless kena pakai sport rim sekali sebab rim lidi tu takleh pakai. Jadi aku target dalam RM200 spent kat sini.

3. Beli Ipod Touch

Ipod touch ni beli bukan semata2 nak dengar lagu tapi nak guna sebagai reference dalam belajar ni. Ipod Touch ni rupa dia macam Iphone 3Gs. Semua application Iphone boleh masuk dalam tu termasuklah application medical yang berlambak2 tu. Kalau dulu orang pakai Palm sebagai PDA. Sekarang ni Iphone atau Ipod Touch dah boleh ambil alih dah sebab application Apple adalah yang paling banyak sekali dibuat setakat ni dengan application Android makin menghampiri. Jadi aku bajet dalam RM600 untuk Ipod 3G 16GB.



4. Tukar laptop kepada Netbook. 

Hahaha.. Sekarang ni aku sedikit angau dengan netbook. Netbook ni kecik je saiz 10 inchi. Ringan boleh angkat guna dua jari kaki je. Bateri pun tahan lama sampai 10 jam. Bagi aku mobiliti tu penting sebab aku selalu bawak laptop aku ni pegi ke mana2. Kalau yg kecik kan best. Sekarang ni netbook dah ada dual core processor. Jadi harapnya laju lah sikit dari netbook yang ada sekarang ni. Harga bajet dalam RM1200. Jual laptop Acer Aspire 4730ZG ni boleh lah buat topup sedikit sebanyak.



5. Beli kasut futsal

Sekarang ni aku hanya ada kasut kulit hitam aje untuk pakai pergi hospital. Hari tu naik bukit Broga pun pakai selipar aje.hehe. Disebabkan tu jugak maka putus la slipar jepun aku tu. Nasib baik saudara Lie sudi nak belanja satu sandal kat aku. Pegi kat Uptown Seksyen 16 Shah Alam tengah2 malam. Last2 terbeli pulak sandal ada logo MU yang terpotong sebelah2. Bile balik baru perasan. Adeh.. Pakai je lah.huu.. Kasut futsal ni boleh jadi multipurpose. Buat joging pun boleh, pegi jalan2 pun boleh kot. Habis la dalam RM80.


6. Buat lesen kete motor!

Malu nak ngaku ni. Selama ni aku bawak kereta motor tanpa lesen.hehe :*) Dah bawak sampai ke negeri Sembilan bagai dah. Nasib baik tak pernah kena saman sebab takde lesen. Kena saman sebab tak lalu jalan motor ade lah. Tu pun tak bayar2 lagi RM50 tu. Bile dah ada duit ni kena la paksekan diri nak buat. RM1000 la jugak habis.

Btw, nak bagi tau yang motor aku tinggal RM700 lagi aje nak habis. Dah nak habis azab membayar ni.

Cukup2 la dulu berangan.hehe. Kalau ikutkan hati banyak lagi yg nak berangan ni. Tapi kena kuatkan nafsu.hehe.

Okes. Kena stadi dulu. Chow..

Salam dari budaksepet,
Your text here

7 comments:

Rupa baru Proton Saga

Saturday, December 11, 2010 1 Comments

Assalamulaikum & hai..

Sambil2 tunggu turn nak pegi mandi ni, apa kata aku share2 berita pasal rupa baru kereta Proton Saga ni.


Nampak macam lawa jugak rupa baru ni. Lebih garang & smart kan? Matured sikit dari yang awal2 tu.


Front end ada cukup banyak perubahan dari lampu utama, grill, bumper, dan bahkan kover enjin pun dah baru. Lampu depan sekarang muncul dengan tiga lampu (dulu dua). Ni bermaksud ada lampu khusus untuk lampu tinggi sekarang. Lampu isyarat pulak telah dipindahkan ke bahagian tengah.

Mata saga dah jadi sepet sket. Ala2 mata aku dah

Cermin sisi dah ada lampu isyarat sekali. Bagus2.



Bahagian belakang juga memiliki perubahan yang signifikan. Lampu ekor dah baru menggunakan lampu LED yang lebih terang. Sekarang siap ada spoiler kecil pada penutup boot.


Bahagian dalaman macam tak berapa nak berubah kecuali stering dah ada butang untuk kawal volume, tukar lagu dan sebagainya. Satu lagi dah boleh mainkan lagu guna USB so tak perlu beli modulator dah.




Ape pendapat korang? Aku rasa ni facelift yang agak bagus untuk kereta small compact yang paling murah dalam keluarga Proton.

Salam dari budaksepet,

1 comments:

Jom belajar buat telur rebus!

Saturday, December 04, 2010 , 0 Comments

Salam & hai..

Hari ni kita belajar masak telur pulak.hehe

Memula sekali masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera.

Untuk telur separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.


Untuk telur 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.


Untuk telur masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)

 Camne, menjadi tak?hehe

Salam dari budaksepet,


p/s : kalau baik hati rajin2 la klik iklan kat bawah ni. Nanti aku belanja korang makan telur.

0 comments:

Otak kiri atau otak kanan?

Saturday, December 04, 2010 0 Comments

 Assalamualaikum & hai...



Cuba anda perhatikan gambar ini. Ballerina atau penari ballet ini sedang berpusing pada arah lawan jam atau mengikut jam? Cuba ajak rakan2 anda yang lain untuk lihat sama. Ada yang akan kata penari ni berpusing ke arah kiri, ada yang kata kanan. Ada yang kejap2 tukar.hehe

Arah pergerakan penari ni dikatakan bergantung kepada otak sebelah mana anda sedang gunakan dengan domiman pada ketika itu. Kalau anda tengah pakai otak hemisfera kiri, maka penari akan berpusing ke sebelah kiri dan sebaliknya.

Mungkin anda boleh uji dengan berfikir mengenai satu gambar dan kemudian berfikir mengenai nombor. Ada berubah tak?

Ni fungsi otak sebelah kiri :
  • uses logic
    detail oriented
    facts rule
    words and language
    present and past
    math and science
    can comprehend
    knowing
    acknowledges
    order/pattern perception
    knows object name
    reality based
    forms strategies
    practical
    safe
 Ni pulak fungsi otak kanan
  •  uses feeling
    "big picture" oriented
    imagination rules
    symbols and images
    present and future
    philosophy & religion
    can "get it" (i.e. meaning)
    believes
    appreciates
    spatial perception
    knows object function
    fantasy based
    presents possibilities
    impetuous
    risk taking
Ilusi ni kadang kala diguna sebagai personality test . Betul tak betul tu wallahualam.

Senyum selalu

Salam dari budaksepet,

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu