Azam Tahun Baru

Monday, January 04, 2010 4 Comments

Assalamualaikum & hai..



Rajin nampaknya aku untuk update blog ni. Mungkin sebab azam tahun baru kot.. hehe..

Jadi apa azam aku tahun ni?

1. Berazam untuk jadi lebih rajin dari tahun lepas. Bukan sebab aku malas2 tahun lepas tau..hehe. Tapi tahun lepas aku banyak tanggungjawab lain yang menyebabkan aku sedikit kurang untuk study. Nak buat macam mana tanggunggjawab mesti dilaksanakan. Amanah orang tu.

Bulan 4 ni insyaAllah aku akan mula masuk 3rd year. Posting pertama ialah Opthalmology ~ mata. Azam aku untuk study hard bila dah masuk clinical years ni.

2. Berazam untuk memperbaiki masa tidur. Korang tahu tak biological clock aku ni dah senget? Sekarang ni aku selalu tidur lepas subuh. Kemudian bangun dalam kul 1 petang..hahahahah.. Buruk perangai gila kan?hehe.. Lepas habis praktikal hari tu lar aku mula jadi musang berbulu ayam ni.

Azam aku untuk tidur paling kurang 4 jam sehari dan paling banyak 8 jam. Sekarang ni selalu sampai 12 jam..hehe

3. Berazam untuk hidup secara lebih sihat. Antaranya ialah makan dengan betul, bersenam dengan betul dan tidur dengan betul. Betul macam mana tu? Lain kali lah cerita...hehe

4. Berazam untuk solat pada awal waktu. Sekarang ni selalu aje aku solat Maghrib pada hujung waktu. Nak tahu hujung waktu tu pukul berapa? Pukul 8 suku korang tau.. Arghhh.. Hinanya aku ni... Malu pada Allah bila mengadap Dia lewat2. Dah la aku punya solat tu akan susah lalu tol dalam perjalanannya ke Arasy.huhu

5. Berazam untuk jadi fotografer yang lebih baik! InsyaAllah aku akan cuba memperbaiki skill aku dalam ambil gambar. Banyak nak kena belajar lagi ni.

7. Berazam untuk jadi manusia yang lebih baik dari segi komunikasi, personaliti dan sifat. InsyaAllah.

8. Berazam untuk mencari seorang 'ehem'.hehe.. Sebelum bulan 4 ni aku tak mahu lagi fikir pasal ni.


Cukup la ni. Banyak2 karang tak tercapai pulak.hehe..

Apa azam korang?


Salam dari budaksepet,



4 comments:

Perbandingan Antara IE, Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome

Sunday, January 03, 2010 8 Comments

Assalamualaikum & hai...

Apa internet browser yang korang pakai untuk melayari internet? Firefox, Internet Explorer, Google Chrome, Safari atau Opera?

Banyak2 nama di atas, aku pasti ramai yang tak pernah dengar atau guna Google Chrome, Safari dan Opera. Yang paling glamour mestilah Internet Explorer dan Firefox.

Internet Explorer






Internet Explorer (IE) tak kira lah versi berapa pun kurang menjadi pilihan aku sebab ianya agak slow. Nak boleh bukak tab baru pun lambat. Nak start mula2 tu pun lambat. Crash pun selalu jadi. Jadi IE ni aku memang aku tak pakai langsung.

Firefox






Mozilla Firefox ni ramai orang guna selain dari IE. Antara sebabnya ialah ianya lebih pantas, dan menawarkan banyak add-on yang menarik. Kalau nak banding antara Firefox & IE, maka boleh ibaratkan antara kucing dan lipas yang mana kucing jauh lagi kiut berbanding lipas. Setuju tak? hehe

Aku sendiri suka pakai Firefox. Salah satu sebabnya ialah ia benarkan cache website yang kita dah layari disimpan dalam PC. Jadi bila kita tekan butang back, halaman yang dah kita masuk tu akan dibuka dengan cepatnya. Tapi ini boleh memberatkan PC kalau korang sudah lama tak bersihkan PC dari cache website yang menimbun2 tu.

Antara software yang bola diguna untuk bersihkan cache dan history internet browsing ialah Ccleaner. Ianya sangat berguna tapi percuma. Nanti aku buat review pasal software ni.

Korang boleh download Mozilla Firefox kat sini.


Google Chrome





Ramai yang tak tahu Google mempunyai web browser yang tersendiri. Sebenarnya ianya baru sahaja dilancarkan tapi telah berjaya menarik perhatian ramai reviewer. Aku sendiri sekarang ni pakai Chrome sebagai browser tetap aku. Antara sebabnya ialah ;

1. Lagi laju dari Firefox
2. Menyediakan antara muka (interface) yang paling ringkas berbanding browser lain. Jadi halaman yang korang sedang tengok akan nampak lebih besar.




3. Sepanjang aku pakai Chrome, tak pernah sekali pun crash. Stabil betul

4. Tak perlu install add-on tambahan apabila melawat sesetengah halaman. Contohnya add-on untuk adobe Dreamweaver, Flash, Media Player dan sebagainya. Jadi korang akan dapat melayari internet dengan aman.hehe. Kalau Firefox atau lain2 browser nak kena install add-on pulak, terutamanya bila baru2 pakai.

5. Kelajuan download yang sangat cepat! Masa aku pakai Firefox dulu, aku akan install Internet Download Manager (IDM) untuk bantu lajukan kelajuan download. Tapi bila dah pakai Chrome ni aku dah tak pakai tu. Memang laju.

Cuba tengok contoh di bawah. Aku bandingkan antara Chrome, Firefox dan IDM versi komersial untuk download perisian itunes yang bersaiz 88.9 MB. Nampaknya Chrome dah berjaya jinakkan dua pesaing tu..hehe


Download pakai Google Chrome
Download speed : Sekitar 130~120 kbps
Waktu siap : 12 minit


Download pakai Internet Download Manager
Download Speed : Sekitar 120~110 kbps
Masa siap : 13 minit 19 saat


Download pakai Firefox
Download speed sekitar 70 kbps
Waktu siap : 20 minit

Korang boleh download Google Chrome kat sini.


Opera



Mesti ramai yang tak tahu bahawa Opera merupakan web browser yang paling laju kalau nak dibandingkan dengan browser2 yang lain. Tambah2 untuk versi paling baru iaitu 10.10 ni diorang telah masukkan Turbo mode yang akan membantu korang melayari internet dengan cepat walaupun internet sedang merangkak perlahan macam labu labi.

Taktiknya ialah Opera akan rendahkan kualiti gambar apabila ia dapat detect internet korang tengah slow. Jadi halaman akan load dengan cepat dan gambar akan beransur2 menjadi cantik secara perlahan2. Bagi yang pakai dial-up tu disarankan korang pakai Opera ni.





Aku dulu  pernah pakai Opera dengan agak lama. Antara sebabnya ialah ianya pantas, mesra pengguna dan ringkas. Tapi kekurangannya ialah Opera 10.10 tak boleh guna untuk Yahoo Mail versi baru. Aku ni jenis yang suka check email berpuluh2 kali dalam masa sehari.hehe. Oleh sebab ini lah  sekarang aku pakai Google Chrome. Kalau nanti Opera versi baru keluar yang sokong Yahoo Mail, mesti aku tukar balik ke Opera.

Berminat nak pakai Opera? Boleh download dari sini.

Safari






Ada satu review yang membandingkan Safari, Google Chrome, Firefox dan Internet Explorer. Keputusannya ialah Safari nombor satu, diikuti oleh Chrome, Firefox dan akhir sekali Internet Explorer.

Aku pernah pakai sekali aje Safari. Mungkin lain kali boleh cuba yang ni pulak. Satu yang aku nak cakap ialah antara mukanya memang cun melecun. Produk Apple tu. Korang boleh download dari sini.


Ada orang nak komen pasal internet browser masing2?


Salam dari budaksepet,




8 comments:

Entri Baru Dengan Template Baru

Saturday, January 02, 2010 4 Comments

Assalamualaikum & hai..

Apa khabar semua? Harap korang sihat2 aje la ye..hehe..

Hari ni aku baru aje tukar template baru. Lepas dah upload  code HTML tu nak kena edit2 la sikit, baru puas hati. Jadi setakat ni aku dah rasa suka dengan template baru ni.

Antara sebab aku pilih template ni ialah ruang untuk artikel lebih besar. Sambil2 tu nanti boleh aku masukkan gambar2 yang aku tangkap kat sini. Eh.. macam binatang la pulak gambar ni boleh main tangkap2 ye? ehehe :D

Bila ruang besar jadi gambar pun nampak lagi besar. Lepas tu barulah pembaca lebih mudah menghargai keunikan yang ada pada gambar tu. Lagipun rasa sayang juga sebab tak upload kat sini gambar2 yang banyak aku ambil. Kebanyakannya aku upload di Facebook. Jangan segan untuk add aku ye..hehe. ibnu_ali_87(at)yahoo.com

Berikut adalah gambar intro yang pertama.hehe.. Kredit kepada fotografernya iaitu saudara Fareedzul. Boleh tengok website dia kat sini.  Banyak gambar cun yang dia ambil. Sifu aku tu..




Salam dari budaksepet,




4 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu