Posts

Showing posts from November, 2010

Yahoo Messenger 11 beta Review

Image
Assalamualaikum & hai.. Sabtu ni aku ada exam Opthalmology, ENT & Community Medicine dan hari ni aku sedang update pasal Yahoo Messenger 11. Takpe2.. teruskan menaip...huhu Member aku si Rosli bagitau yang YM dah ada version 11. Tapi ni baru yang beta jer. Beta ni maksudnya software tu dalam testing mode lagi. Mungkin ada cacat sikit sini sana yang diorang perlu kenal pasti sebelum dikeluarkan versi full punye.  Kalau korang perasan, mana2 software yang nak di upgrade versionnya dari nombor 10 ke 11 sebagai contohnya  mestilah ada upgrade yang agak major seperti rupa dan fungsi dia. Kalau setakat upgrade version 10.12 ke 10.15 tu takde ape sangatlah bezanya . Kalau macam ni diorang hanya betulkan bug atau kecacatan kecik je. Ok dah. Stop2 mengarut.  Antara kelebihan YM11 ni ialah korang boleh sign in chat FB kat YM korang. Kan FB punye chat slow sikit. Lagi satu korang boleh buat apa2 yang berkaitan dgn FB kat YM ni je. Contohnye post update. Lupe pulak, Twi...

Guna Facebook secara Free Untuk Pengguna Digi

Image
 Assalamualaikum & hai... Tadi aku baru aje try something new yang mungkin agak menarik. Benda tu ialah Digi menawarkan perkhidmatan Facebook secara percuma kepada pelanggan Digi sahaja tak kira postpaid atau prepaid . Sori ye yang lain.hehe Dengan servis ni, korang boleh tengok akaun Facebook korang, tapi tanpa gambar dan video, hanya perkataan sahaja yang keluar. Jadi boleh guna untuk balas komen, letak status update dan sebagainya. Kalau nak tengok gambar kena bayarlah ikut kadar 10 sen untuk 10kb.  Untuk aku, benda ni boleh la guna untuk update status kat page Facebook MBBS 3rd phase pada bile2 masa. Status kat page ni akan masuk direct kepada twitter yang ada kat blog MBBS 3rd phase kitorang. Jadi tak la lambat aku buat announcement kat blog tu. Hope so .hehe :p Caranya senang aje. Tak perlu handphone yang mahal2. Boleh pakai internet browser yang ada dalam handphone masing2 tu. Just pastikan sebelum tu tukar setting internet korang kepada Digi Wap. ...

Berita sedih dan gembira

Image
Assalamualaikum & hai.... Aku ada berita sedih ni. Dua tiga lepas, aku cuba on laptop aku tapi tak mau2 jugak hidup. Dia hidup kejap dalam 5 saat lepas tu terus mati. Skrin yang logo Acer tu pun tak kuar. Adeh.. Ni macam hardware problem ni. Kalo korang ingat aku dulu beli laptop ni bulan April 2009. Ni post nye. Dah setahun setengah aku pakai upanye. Bila dah habis warranty baru nak rosak eh? Pandai betul diorang ni buat.   Jadi aku cuba la bukak hardisk dan ketatkan, tapi tak jadi jugak. Takut RAM yang buat hal, jadi aku cabut RAM tu dan pasang satu, nak tengok RAM mana yang buat hal. Isk. tak jadi jugak.  Tak silap aku, malam sebelum laptop tu rosak aku ada bau benda2 hangit. Aku tak rasa tu adalah bau dari aku lalu aku pun membiarkan bau hangit tu berlalu ditiup angin. Adeh..ayat skima pulak. Sebelum tu aku tingat yang aku kena letrik shock sikit bile aku cuba pasang power supply kat satu plag petak yang buruk. Nasib baik aku tak lupa ingatan pasal karen tu. Jadik...

Nak tulis apa ni eh?

Image
Assalamualaikum & hai.. Bile nak update blog ni?! lagi satu... Bile nak study ni?! Salam dari budaksepet,