Fotografi di dalam bilik

Sunday, January 15, 2012 0 Comments

Assalamualaikum...

Ni gambar sekitar dalam bilik dan balkoni rumah aku. Dah lame tak ambil gambar lanskap ni.








p/s : Exam end posting exam untuk department paediatrik minggu depan. Harap2 la aku boleh jawab dengan baik nanti..

Salam dari budaksepet,

0 comments:

Apakah itu white balance?

Friday, January 13, 2012 0 Comments

Assalamualaikum & hai...

Perasan tak korang bila kita ambil gambar, kalau gambar tu pada siang hari akan ada kaler ke-biruan sikit? Kaler kekuningan pada gambar pulak jadi bila kita ambil gambar dalam rumah yg pakai lampu kuning, atau dalam dewan atau pada waktu petang. Contohnya macam gambar yang aku ambil kat bawah.

 Gambar diambil pada waktu siang hari, langit yang kebiruan memberikan sedikit kaler biru pada gambar. Warna biru memberi mod sejuk pada gambar


Gambar di dalam rumah atau dewan dengan lampu kuning akan menyebabkan warna gambar menjadi tidak tepat. Warna kuning menyebabkan gambar kelihatan sedikit panas/warm

Untuk mengatasi masalah ni, anda boleh cuba ubah nilai white balance pada setting  kamera handphone/digicam/DSLR anda. Cuba cari setting white balance di menu kamera anda. Saya pasti akan ada sebab handset yang murah pun sekarang ni sudah ada setting white balance.

Banyak setting sedia ada  boleh digunakan mengikut situasi gambar anda. Kebiasaannya diletakkan sebagai mod berawan (cloudy), teduh (shady), lampu tungsten (tungsten light), lampu kilamantang (fluorescent light) atau lebih mudah Auto White Balance. Perhatikan jenis pencahayaan di lokasi anda dan pilih mod white balance yang sesuai.



Salam dari budak sepet,
 

0 comments:

Unifi dan download

Tuesday, January 10, 2012 1 Comments


Assalamualaikum & hai...

Sekarang tengah download Adobe Lightroom bersaiz 237mb dari website Adobe.



Heaven-nya download bila pakai Unifi ni. Boleh sampai maximum 600kbps per saat. Kalau download movie 700mb tu dalam 10 minit da siap..

Unifi ni pakej yang 4mb per saat. Sepatutnya download kena hampir sampai 4mb/saat tapi biasalah servis diorang ni. 

Dulu aku ada pakai line 4mb streamyx. Walaupun kelajuannya sama dgn Unifi, tapi sebab Unifi pakai kabel optik jadi internet jadi lagi laju. Tengok Youtube pun tak payah nak buffer dah.

..


Salam dari budaksepet,
 

1 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu