Ujian Darah
Assalamualaikum & salam sejahtera... Pengenalan Dalam badan manusia, terdapat lebih kurang 5 hingga 6 liter darah mengalir dalam satu sistem peredaran darah yang lengkap. Isipadu darah ini akan mengisi lebih kurang 4 botol besar air berkarbonat 1.5L dan mewakili 8% daripada berat badan. Darah yang kita lihat adalah berwarna merah pekat dan kadang-kala merah-kebiruan. Ini adalah bergantung darimana punca darah tersebut iaitu sama ada dari arteri (beroksigen=merah) atau vena (kurang oksigen=biru). Namun untuk mengenal pasti warna darah yang mengalir sama ada dari arteri dan vena adalah agak sukar. Ianya memerlukan pengalaman dan pemerhatian yang teliti. Maka tidak semua doktor dapat membezakan antara warna darah ini. Namun tahukah anda bahawa darah kita umumnya terdiri daripada cecair yang jernih? Sekitar 55% daripada darah adalah dari plasma yang terdiri daripada 90% air. Jadi dari mana warna kemerahan itu wujud? Warna merah pada darah adalah disebabkan kehadiran sel dara...
Comments