Posts

Showing posts with the label Medical

Kursus induksi

Image
Assalamualaikum & hai.... Macam biasa blog lama tak update. haih.... :p Alhamdulillah semalam aku dapat surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai induksi. Yahoooo.. Aku kene pegi kursus transformasi minda (dulu nama dia induksi) kat Sanctuary Cherating Resort pada 25 sampai 29 November ni. Biasanya dalam 5 hari selepas kursus induksi kena pegi lapor diri dah kat hospital. Hospital mana tu nanti akan diberitahu di akhir kursus. Harap2 lah aku dapat yangt terbaik. Sudah tentunya yang terbaik sahaja Allah beri. Semoga semuanya dipermudahkan.. Chow,  

Dah lama tak buat CPR

Image
Assalamualaikum.... Dah lama x buat CPR. Last buat 3 tahun lepas. Masa tu buat 4 kali, tapi hanya seorang survive. 3 darinya sakit jantung (myocardial infarction) dan 1 kena langgar keretapi.. Semalam aku tengah tengok satu kes stroke jenis hemorrhagic. Pesakit tu adalah seorang perempuan Melayu berumur baru 29 tahun. Tak sangka umur muda lagi pun dah kena stroke... Kalau dulu orang tua2 aje yg kena.. Tengah aku tengok file pesakit tu tiba2 dengar orang menjerit " adrenaline stat!" Gambar hiasan. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia.. Tu tandanya ada kes nak kena rhesus tu yang mana pesakit tiba2 collapse... Semua orang berlari2 ala cite hindustan ke arah pesakit tu.. bukak tirai nampak ada sorang doktor naik duduk atas pesakit untuk kasi chest compression. Aku pun ready kat sebelah untuk ambil alih tugas utk tekan dada pesakit. Sambil tu staff nurse ada kat tepi utk kasi oksigen pd pesakit dengan ambu bag .  Tak sampai seminit org yg bu...

Dah nak habis MBBS

Image
Assalamualaikum... ayat yang biasa... : dah lama tak update blog ni.. :p  Sekarang ni aku kat posting emergency. Ni adalah posting terakhir aku dalam MBBS ni.. tak sangka dah nak habis dah. Kejap jugak rasa masa berlalu 3 tahun di tahun klinikal ni.. Aku pun x sangka kejap aje lagi aku akan bergelar Dr dah.. Cuak juga ni.. sambil2 tu tak rasa tak sabar nak kerja pun ada... kalau korang tahu, emergency ni adalah posting  yg aku paling suka.. emergency adalah posting pertama aku pada tahun 2009 dulu. [ boleh baca ka sini ] Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada posting lain yg aku rasa lagi best dari emergency ni. Perasaan berada di emergency department adalah sangat menyamankan aku berbanding perasaan berada di ward.  Sebenarnya beberapa hari lepas waktu aku mula2 masuk posting ni aku bercadang nak buat Case Log setiap hari... Kalau dapat tulis hari2 apa yg menarik kat sini kan best.. Tapi nampaknya cita2 tu tak berapa terlaksana... Mungkin sebab b...

Semangat yang hilang

Image
Assalamualaikum & hai.. yuhuuuuu.. anibadi home? haha.. eh takde orang rupanye kat blog aku ni... dah lame x ngapdet nih.... sampai masa lupe yg aku ada blog sendiri..kikiki Ape cer sekarang? Ceritanye sekarang aku di posting Medical terakhir di tahun 5 ni, yg mana sepatutnya posting yang aku paling suka sekali. Tapi nampaknya panas tidak sampai ke petang. Waktu tengah hari hujan pulak. Maksud yg aku nk sampaikan kat sini ialah ingatkan best posting medical ni, rupanya ianya akan jadi best kalau rajin study. Aku ni dah la jenis malas stadi. Camne nak jadi doktor ni? Makin lama makin terasa bebannya. Kadang2 rasa macam tak termampu jugak.. Kadang2 rasa macam silap masuk course. Dulu awal2 memang semangat betul nak jadi doktor. Sampaikan apa jugak cara aku nak masuk jugak bidang pembomohan ni, eh silap perubatan ni.. Sanggup nak jual tanah abah nak buat bayar pergi belajar medik. Bila dah masuk sekejap semangat, kejap semangat tu hilang entah ke mana. Kejap lagi dia data...

Cerita Semasa

Image
Assalamualaikum  dan hai. Dah lame aku tak menulis kan? hehe. Hari ni tersemangat nak menulis balik sebab tadi aku habiskan banyak masa dengan baca blog Dr Sarah . Dia banyak bercerita mengenai pengalaman hidup bergelar sebagai doktor pelatih (housemen) kat Hospital Temerloh. Ingat lagi waktu aku belum masuk MBBS dulu, aku selalu tercari cari blog pelajar perubatan atau doktor yang bercerita mengenai kisah hidup diorang seharian.  Sekarang ni aku dah melangkah ke bidang ni, mungkin aku pula yang patut rajin menulis kat sini. Mana tau ada kawan kawan kita kat luar yang jadi macam aku dulu.hehe. Ada ke tak tu Wallahualam. Tapi aku terperasan ada satu komen dari anonymous yang dia sangat ter- inspired  bila baca entri aku pasal pelajaran dalam bidang medik ni. InsyaAllah kalau ada masa aku akan menulis k. Doakanlah aku selalu rajin untuk menulis.hehe..  Bagi siapa yang tak tahu, sekarang ni aku berada dalam posting perubatan (lepas ni sebut medikal). Aku dah ...

Psychiatry posting

Image
Assalamualaikum...... Sekarang ni aku kat klinik psikiatri. Tgh tunggu sesi case presentation jap g pukul 11pg. Sebenarnye sekarang ada member aku tengah interview new case. Tapi sebab diorang bertutur dalam bahasa tamil, jadi aku duk kat tepi melangut je la sambil study apa yg patut. Saestre dengan pesakitnye. Ni gambar member aku tengah clerk (interview) pesakit. Jangan risau sebab confidentiality pesakit terpelihara.hehe. Mula2 masuk posting ni takut jugak nak clerk pesakit tapi dah lama rasa ok je diorang ni. Malah ramai antara diorang suka bercerita dan melepaskan apa yang terbuku di hati. Seronok jugak mendengar macam2 cerita ni. Setiap satu ada pengajaran dalam hidup. Lepas tu kitorang bincang sikit2 sebelum masuk untuk presentation. Tuan punye blog pun kena ada gak. Setakat ni posting psikiatri ni berjalan dengan agak ok la jugak. Tapi aku merasakan aku tak perform very well in this posting. Rasa stress pulak. Dalam 5 minggu nanti ada written and practical exam. Mungki...

Sekarang Saya Sangat Happy!

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang ni saya sangat hepi. Sebabnye ialah; Saya dah ada awek.hehe. Saya sayang sangat awek saya.hehe. Harap dia pun sayang sayang jugak. Saya da tak kisah dah nak ngaku kat blog ni.hehe. Tak kiralah orang nak cakap apa. piu piu piu (bunyi bersiul)  Saya dah masuk ke tahun ke-3 MBBS a.k.a clinical years.  Cita2 selama ini tercapai akhirnya. Heeee Kawan2 dalam kumpulan MBBS saya sekarang dalam mood yang hepi sebab semuanya dah hampir jelas dan nyata. Susah nak buat ni.hehe. Walau banyak lagi proses yang perlu dikerjakan seperti loan dan sebagainya, tapi dengan semangat dan kerjasama semua orang maka insyaAllah akan berjalan dengan jayanya. W e are one big family ! Kawan2 adalah sebagai adik beradik, lecturers sebagai ibu & ayah, & management team sebagai saudara terdekat. Itu culture yang akan kami cuba implement . Amin Tersentuh dengan ucapan vice dean of IMS, AP Siti Mordingah Harun tadi. Rasa seperti sedang melihat ibu sedan...

Nota ringkas anemia

Image
Assalamualaikum & hai.. Nota : Ini adalah artikel ini ringkas untuk rujukan pelajar perubatan. Bagi yang bukan medikal boleh tanya kat ruangan komen kalau ada soalan. Nanti akan dijawab dengan bantuan pensyarah & rakan2 perubatan lain. ;) credit  Definisi : ·           Kadar hemoglobin normal : Lelaki  13-18g /dL &  11.5-16g /dL untuk perempuan. ·           Apabila Hb lebih rendah dari 13 dan 11.5g/dL mengikut jantina, maka disebut anemia. Apa aduan pesakit? (Symptoms) Pesakit boleh datang mengadu perkara2 berikut. Antaranya ialah : ·           Letih2 badan (fatigue) ·           Susah nak bernafas (dyspnea) ·           Berdebar2 (palpitation) ·           Pening kepala (headache) ·  ...

Ada yang kita rasa tak penting

Image
Assalamualaikum  & hai.. Sebulan yang lepas, mak aku mengadu yang dia rasa macam hanyut2 aje. Rasa pening kepala pun ada. Jadi aku pun bawalah mak ke klinik kesihatan kat Badang, Kota Bharu. Setelah diperiksa, rupa2nya tekanan darah mak aku dah naik sampai ke 170mmHg systolik. Ni dah kira masuk hypertension a.k.a tekanan darah tinggi. Patut la mak aku rasa pening2. Sebelum ni mak aku tak ada penyakit lain, termasuklah kencing manis.  Sambil2 aku duk menuggu mak aku mendapatkan rawatan tu, aku sempat sembang2 dengan patient yang sedang menunggu. Ada seorang makcik tu cakap yang dia datang dari kampung yang berhampiran semata2 nak check tekanan darah suami dia. Kalau naik prebet sapu mau makan puluh2 ringgit. Ada sesetengah yang lain sanggup datang menumpang kereta orang atau naik bas dalam keadaan yang tua dan uzur semata2 nak periksa tekanan darah kat klinik kesihatan. Benda ni buat aku terfikir. Kasihan kat diorang datang dari jauh semata2 nak check tekanan darah, bl...

Jom kurus dengan mengira kadar metabolisma badan!

Image
Assalamualaikum & hai... Tak habis2 intro macam tu. Apa kata len kali pakai Hei yoo ke.. Wassap ke.. Boleh tak? hehe :p Gurau2... Hari ni mari kita diskus pasal kegemukan dan kekurusan..hehe Maksud obesiti dan kegemukan Obesiti ni  bermaksud lebihan lemak dalam badan sehingga boleh memendekkan jangka hayat dan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain. Baca maksud pun dah menakutkan bukan? hehe Untuk mengetahui sama ada berat anda adalah ideal, lebih atau obes, maka boleh gunakan kalkulator di bawah. Ini dinamakan indeks jisim badan / body mass index (BMI) Calculate you Body Mass Index (BMI) Free BMI Script by BMI-Club     BMI Info Orang yang berlebihan berat badan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung, kencing manis (diabetes mellitus type 2),  sesetengah kanser dan penyakit sendi tulang (osteoarthritis).  Jika anda tergolong dalam golongan ini, maka lakukanlah sesuatu untuk mengurangkan berat anda. Saya past...

Musim kemarau - kena banyak minum air!

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni panas betul. Aku naik motor dengan pakai selipar ni rasa nak terbakar aje kaki ni. Pedih semacam aje. Pastu petang tadi aku tidur kat umah. Bangun tu punya la berpeluh2. Rasa macam tidur dalam sauna aje..hehe.. Nampaknya musim panas ni boleh kena dehydration ni. Kena banyak minum air. Ikut lah nak minum air sirap ke, air tebu ke, air teh ke.hehe. Tapi air kosong  lagi bagus.  Rasa nak minum air teh la pulak. Aku terbaca kat internet yang anggaran kasar kuantiti air yang perlu diminum setiap hari untuk setiap orang boleh dikira dengan cara berikut : Berat (kg) bahagi 30 Cth : Berat aku 62kg bahagi 30 = 2.07 Liter air sehari Namun kuantiti air diperlukan ni boleh berubah bergantung kepada keadaan cuaca dan aktiviti tau. Kalau satu hari berada di bawah panas maka kena la minum lagi banyak air. Aku terperasan kalau aku kurang minum air mula lah jerawat tumbuh kat muka.hehe.. Mengikut faktanya, kandungan air yang cukup dalam badan akan m...