Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita pasal perancangan masa depan aku pulak. Agak kelakar la jugak bila nak cakap2 pasal ni. Tapi biar lar. Ni kan blog Aku Punya Cerite. Ikut aku la nk cite ape2 pun.. Kalau geli sila tutup k.. hehe… Hidup tanpa perancangan tu ibarat berjalan tanpa arah tuju. Ye tak? Jangan sekadar mengharap angin yang akan membawa kapal kita ke arah tujunya tapi biarlah kita yang mengawal kain layar supaya kapal dapat berlabuh pada destinasi yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan tu mesti ada badai dan ombaknya. Sebab itulah dinamakan lautan. Yang penting tiada putus asa atau takut untuk menghabiskan perjalanan sampai lah ke destinasi. Jika berhenti di tengah jalan maka ada kemungkinan akan karam. Maka adalah perlu untuk sediakan bekalan yang secukupnya untuk menempuhi perjalanan. Namun yang pasti pengalaman boleh dikutip ditengah perjalanan. Kerana itulah gunanya satu perjalanan. Inilah yang akan membezakan orang yang berpengalaman dan tidak. Apapun, penga...
Assalamualaikum & hai.... Macam biasa blog lama tak update. haih.... :p Alhamdulillah semalam aku dapat surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai induksi. Yahoooo.. Aku kene pegi kursus transformasi minda (dulu nama dia induksi) kat Sanctuary Cherating Resort pada 25 sampai 29 November ni. Biasanya dalam 5 hari selepas kursus induksi kena pegi lapor diri dah kat hospital. Hospital mana tu nanti akan diberitahu di akhir kursus. Harap2 lah aku dapat yangt terbaik. Sudah tentunya yang terbaik sahaja Allah beri. Semoga semuanya dipermudahkan.. Chow,
Assalamualaikum & hai.. Cuba tengok jam anda, bandingkan dengan jam rakan anda. Mesti ada beza barang seminit dua. Kadang2 beza sampai 10 minit. Kalau tengok di televisyen pun, jam2 antara lain2 stesen sedikit berbeza dalam beberapa saat. Nak tau macam mana nak semak jam yang paling tepat? Waktu di Malaysia telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk dijaga oleh pihak SIRIM yang bertempat di Shah Alam Selangor. Sebelum ini, waktu standard Malaysia (Malaysian Standard Time) dijaga oleh pihak JUPEM dengan menggunakan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Kemudiannya tugas ini diambil alih oleh pihak Sirim dengan menggunakan 5 buah jam Caesium dengan 2 darinya berprestasi tinggi yang menggunakan pergerakan atom sebagai pengira waktunya. Untuk melihat jam yang paling tepat di Malaysia, korang boleh datang ke Kompleks Sirim di Shah Alam Selangor, bersebelahan Kompleks PKNS. Dari luar lagi korang akan nampak satu jam besar berwarna hitam yang diselaras...
Comments