Posts

Hari ni aku masuk lokap

Image
Assalamualaikum dan hai.. Hari ni aku pegi mahkamah majistret Kuala Selangor sebab nak buat rayuan saman JPJ yg tahun lepas. Bagi yang tak tahu saman JPJ kalau nak diskaun korang kena naik mahkamah majistret. Kalau saman polis trafik boleh mintak diskaun kat balai aje... Prosedurnye ialah korang akan dipanggil ke depan kat dalam mahkamah tu kemudian pertuduhan akan dibacakan. Pastu diorang akan tanya mengaku salah ke tak? Nak senang cite baik cakap ngaku je. Pastu hakim akan tanya nak buat rayuan ape2 tak? Masa ni korang cakap je la apa2 cite sedih korang kasi hakim tu nangis tersedu2. Lepas tu baru hakim akan cakap berapa yang kita kena bayar. Alkisahnya minggu lepas aku naik mahkamah majistret shah alam atas kesalahan tak pakai seat belt penumpang depan taun 2009 dulu. Rayu punye rayu hakim cakap aku kena bayar RM 50.... Alhamdulillah... Polis kat situ ckp nasib baik dpt hakim yg baik hari tu. Pasal hari ni pulak kes aku kena saman sebab takde lesen dgn roadtax mat...

Fotografi di dalam bilik

Image
Assalamualaikum... Ni gambar sekitar dalam bilik dan balkoni rumah aku. Dah lame tak ambil gambar lanskap ni. p/s : Exam end posting exam untuk department paediatrik minggu depan. Harap2 la aku boleh jawab dengan baik nanti.. Salam dari budaksepet,

Apakah itu white balance?

Image
Assalamualaikum & hai... Perasan tak korang bila kita ambil gambar, kalau gambar tu pada siang hari akan ada kaler ke-biruan sikit? Kaler kekuningan pada gambar pulak jadi bila kita ambil gambar dalam rumah yg pakai lampu kuning, atau dalam dewan atau pada waktu petang. Contohnya macam gambar yang aku ambil kat bawah.  Gambar diambil pada waktu siang hari, langit yang kebiruan memberikan sedikit kaler biru pada gambar. Warna biru memberi mod sejuk pada gambar Gambar di dalam rumah atau dewan dengan lampu kuning akan menyebabkan warna gambar menjadi tidak tepat. Warna kuning menyebabkan gambar kelihatan sedikit panas/ warm Untuk mengatasi masalah ni, anda boleh cuba ubah nilai white balance pada setting  kamera handphone/digicam/DSLR anda. Cuba cari setting white balance di menu kamera anda. Saya pasti akan ada sebab handset yang murah pun sekarang ni sudah ada setting white balance. Banyak setting sedia ada  boleh digunakan mengikut situasi gambar ...

Unifi dan download

Image
Assalamualaikum & hai... Sekarang tengah download Adobe Lightroom bersaiz 237mb dari website Adobe. Heaven-nya download bila pakai Unifi ni. Boleh sampai maximum 600kbps per saat. Kalau download movie 700mb tu dalam 10 minit da siap.. Unifi ni pakej yang 4mb per saat. Sepatutnya download kena hampir sampai 4mb/saat tapi biasalah servis diorang ni.  Dulu aku ada pakai line 4mb streamyx. Walaupun kelajuannya sama dgn Unifi, tapi sebab Unifi pakai kabel optik jadi internet jadi lagi laju. Tengok Youtube pun tak payah nak buffer dah. .. Salam dari budaksepet,  

Subject dan Verb mesti Agree

Image
Assalamualaikum dan hai.. Setelah sekian lama tak update blog, maka hari ni aku nak mulakan dengan matapelajaran bahasa inggeris. Untuk pengetahuan korang, english aku amatlah teruk. Grammar lintang pukang dan vocab pun tak banyak. Malu aje medical student apabila englishnya tak berapa bagus.huhu. Mari kita belajar balik ape yg tice2 kita ajar dulu, iaitu Subject dan Verb mestilah agree antara satu sama lain (subject verb agreement). Di sini tulisan biru adalah subject dan tulisan merah adalah verb. Make it simple! Secara mudahnya, subject boleh jadi objek, binatang atau manusia manakala verb (kata nama) adalah perbuatan objek tersebut.  Mudahnya, subject yg singular (satu) akan digunakan dengan singular verb. Plural (banyak) subject digunakan dengan plural verb. Namun anda kena tahu sama ada sesuatu subject tersebut adalah singular atau plural (satu atau banyak), sama juga dengan verb yang digunakan. Ingin diingatkan bahawa tambahan s dibelakang sesuatu verb ti...

Lama tak masak!

Image
Assalamualaikum... Dah lama sungguh tak post pasal makanan ni kan? Sebabnye ialah aku dah lama tak masak.haha. Asyik makan kat luar aje mau tak kayap duit ni. Kena save duit sikit ni. Sebab semalam pegi beli barang dapur dengan awek aku, jadik hari ni aku punya la bersemangat. tapi bukan masak apa pun, goreng ikan masak kicap dengan sayur taugeh goreng je. Boleh la untuk orang bujang.hehe Sebenarnya tadi ingat nak makan nasi dengan ikan goreng curah kicap aje. Call aje cik Siti terus dia kasi idea yang sedap tapi cepat masak. Terbukti memang cepat masak ni. Nasib baik ada cik Siti. Kan cik Siti kan? hehe btw, esok aku akan mula dengan posting O&G. Masa untuk main picit picit perut mak & sambut bayi yang cumil cumil sume.hehe  Korang tahu tak waktu bersalin ni tensyen tau, dengan mak yg menjerit, jururawat dan doktor pun menjerit jgk sebab nak kasi semangat kat mak untuk teran. Tapi semua ke-tensen-an tu akan hilang bila dengar tangisan bayi. Rasa sejuk ...

Panduan untuk 3rd year MBBS

Image
Assalamualaikum & hai.. Minggu depan rakan rakan junior akan masuk 3rd year iaitu fasa klinikal. Jadi ramai yang duk tanya aku apa dia tips untuk survive dalam dunia klinikal nieh. Aku mana ada tips sebab aku pun tak bape survive.hehe.. Tapi insyaAllah sikit sebanyak boleh dikongsi dengan korang, moga bermanfaat. Fasa  klinikal ni memang best sebab masa ni korang dah dapat pesakit betul, mula sentuh periksa pesakit, mula buat prosedur dan mula belajar macam mana nak manage pesakit. Baru la rasa macam doktor sikit ye tak.hehe Untuk kawan kawan yang bakal masuk 3rd year ni, objektif di 3rd year ni ialah history dan physical examination untuk membuat list of differential diagnosis. Sekali lagi nak cakap, history-physical exam-differential diagnosis! Pasal management akan dibelajar pada 4th year, dan tahun ke 5 adalah fasa gabungan ke duanya. Jadi kat sini saya nak cakap jangan peningkan kepala korang dengan management pesakit lagi ye. Fokus pada disease dan macam mana n...