Posts

Ada yang kita rasa tak penting

Image
Assalamualaikum  & hai.. Sebulan yang lepas, mak aku mengadu yang dia rasa macam hanyut2 aje. Rasa pening kepala pun ada. Jadi aku pun bawalah mak ke klinik kesihatan kat Badang, Kota Bharu. Setelah diperiksa, rupa2nya tekanan darah mak aku dah naik sampai ke 170mmHg systolik. Ni dah kira masuk hypertension a.k.a tekanan darah tinggi. Patut la mak aku rasa pening2. Sebelum ni mak aku tak ada penyakit lain, termasuklah kencing manis.  Sambil2 aku duk menuggu mak aku mendapatkan rawatan tu, aku sempat sembang2 dengan patient yang sedang menunggu. Ada seorang makcik tu cakap yang dia datang dari kampung yang berhampiran semata2 nak check tekanan darah suami dia. Kalau naik prebet sapu mau makan puluh2 ringgit. Ada sesetengah yang lain sanggup datang menumpang kereta orang atau naik bas dalam keadaan yang tua dan uzur semata2 nak periksa tekanan darah kat klinik kesihatan. Benda ni buat aku terfikir. Kasihan kat diorang datang dari jauh semata2 nak check tekanan darah, bl...

Uisk.. blog aku dapat anugerah!

Image
Assalamualaikum & hai... Tak sangka blog aku dapat award nieh. Terima kasih kepada cikmistry & En Arif Anuar yang sudi kasi. Blog korang pun memang interesting jugak! Award ni datang dengan tugasan kena bagitau 7 perkara pasal diri aku. Nasib baik mintak 7, kalau 70 jenuh aku nk memikirkannye..hehe. Layan2... 1. Adik2 aku panggil aku Biwang. Anak saudara pulak panggil Pak Utih. Tapi saudara2 aku kat Kelantan semua memanggil aku Iwang sebab aku membesar di Terengganu. Sepatutnye kena jadi Iwe..hehe 2. Aku seorang yang kemaruk dengan asam limau. Makan  apa2 mesti kena perah limau. Dulu kecik2 kalau makan mee goreng boleh buat kuah air limau tu aku perah. Sampai mak aku minta kawan2 dia takutkan aku pasal limau ni. 3. Waktu sekolah dulu aku minat sangat melukis kartun. Lebih kepada kartun2 Ujang gitu. Sampai mak aku selalu marah sebab aku duk melukis sampai pukul 3 4 pagi. 4. Kecik2 dulu aku selalu pergi tangkap ikan. Maklum la duk felda dulu. Nak dapat hasil banyak pa...

Handphone2 yang aku pernah pakai

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni kita bercerita pasal henfon pulak. Setakat aku hidup kat muka bumi ni, aku rasa aku dah pakai 5 buah henfon kot. Jom kita tengok satu satu. Tengok dua serentak tak boleh, nanti juling mata. Motorola C333 Telefon ni aku beli waktu lepas SPM dulu. Masa tu aku baru nak masuk matrik. Kenangan betul henfon ni sebab aku beli pakai duit aku kerja sebagai cleaner dulu. Kalau tak silap aku beli dengan harga RM110 kot. Aku wat balik aje ke rumah henpon ni mak aku macam tak berapa suka sikit. Ye ar pantang ada duit sikit terus wat beli henpon. Tapi lama2 dia ok lar.hehe.. Telefon ni skrin hitam putih.  Jadi telefon ni aku pakai sampai la ke matrik. Tak sempat matrik aku habis telefon ni da mula buat2 hal. Keypad dia asyik tak responsif aje bila tekan. Dah penat aku pergi hantar ke Jusco Bukit Mertajam untuk baiki. Lama2 dah naik letih, maka aku jual aje kat member aku dengan harga RM30. Punya la murah kan..hehe.. Jadi aku pun beli lah telefon ke...

Malasnye nak pindah rumah

Image
Assalamualaikum & hai... Aku sekarang ni tengah dalam fasa berkemas untuk pindah rumah. Kalau takde masalah, esok aku akan pindah ke rumah abang aku kat Puchong sana sementara menanti MBBS clinical phase bermula pada 17hb ni. Letihnye nak pindah2 ni. Malas nak kemas2 barang masuk kotak. Sekarang ni bilik aku ada ala2 kapal pecah. Nak tidur pun berselerak kot. Dah la banyak lagi tak kemas. Rasa macam nak kemas esok aje..huhu. Aku agak pelik sebab dua buku medikal aku da ilang nieh. Sapa la yang da terbawak balik nieh. adush. Sekarang ni ada buku2 yang aku ingat nak jual kat kedai buku terpakai kat Giant nun. Banyak majalah2 komputer yang aku beli dulu tapi sayang nak buang. Ada sapa2 nak tak? Tapi yang pasti buku Dewan Kosmik kena simpan ni. Kena simpan sampai ke anak cucu sebab ada artikel aku dalam tu..hehe Nanti kitorang jurusan Bachelor in Medical Science (BMS) MSU ni akan berpeluang sambung ke tahun ke-3 MBBS atau nama lainnye tahun ke-3 perubatan. Mula tahu...

Jom kurus dengan mengira kadar metabolisma badan!

Image
Assalamualaikum & hai... Tak habis2 intro macam tu. Apa kata len kali pakai Hei yoo ke.. Wassap ke.. Boleh tak? hehe :p Gurau2... Hari ni mari kita diskus pasal kegemukan dan kekurusan..hehe Maksud obesiti dan kegemukan Obesiti ni  bermaksud lebihan lemak dalam badan sehingga boleh memendekkan jangka hayat dan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain. Baca maksud pun dah menakutkan bukan? hehe Untuk mengetahui sama ada berat anda adalah ideal, lebih atau obes, maka boleh gunakan kalkulator di bawah. Ini dinamakan indeks jisim badan / body mass index (BMI) Calculate you Body Mass Index (BMI) Free BMI Script by BMI-Club     BMI Info Orang yang berlebihan berat badan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung, kencing manis (diabetes mellitus type 2),  sesetengah kanser dan penyakit sendi tulang (osteoarthritis).  Jika anda tergolong dalam golongan ini, maka lakukanlah sesuatu untuk mengurangkan berat anda. Saya past...

Update untuk hari ini

Image
Assalamualaikum & hai.... Pindah Rumah Hari ni da 30hb. Jadi kitorang sepatutnya kena keluar dari rumah Brunsfield kat Shah Alam ni. Sebabnye fasa   klinikal kitorang nanti buat kat hospital Kota Bharu sebagai teaching hospital. Interview untuk clinical phase MBBS ialah pada 8hb ni kat kolej. 17hb seterunya intake dah mula. Banyak benda nak kena setel ni. Sambil2 tu banyak duit nak kena pakai. Registration untuk intake nanti kena bayar RM3800 on the spot. Pastu duit motor RM150. Tambah2 pulak roadtax dah mati. Hilang lagi RM250. Adush.. Bertimpa2 pulak nak pakai duit ni. Sementara menanti intake bermula, aku akan tumpang umah abang aku kat Puchong nun. Dia bukak kedai makan seafood kat R&R Kinrara lebuhraya Kesas tu. Kalau korang singgah situ, jangan lupa berenti makan kat Bulat Seafood. Tukang masak yang gelap2 sikit kepala kurang rambut tu abang aku la tu..hehe. Yang pasti beliau tidak sepet seperti aku.. Kembar Ada member aku cakap dia ada tengok satu drama ...

Gambar lawa..eh..lawak..

Image
Assalamualaikum & hai.. Tengah check2 email tadi, pastu terlintas pada satu gambar yang buat aku ketawa terkekeh-kekeh. Kehkehkehkeh... Mesti 3 hari rasa ngilu lagi tu..hehe Salam dari budaksepet,   p/s : Tadi  main gem bola sampai pukul 7.30. Lepas habis mainbaru aku sedar yang aku posa hari ni..huhu. Bukak pose dengan roti aje la jawabnye