Posts

Isteri-isteri aku

Image
Assalamualaikum & hai.. Berikut adalah senarai Isteri aku setakat ini. Koleksi mungkin bertambah atau diganti yang baru dari masa ke semasa. Hehe... ISTERI PERTAMA : Canon DSLR 1000D Kamera ni aku dah beli lebih kurang 3 4 bulan yang lepas. Masa tu harga lebih kurang RM2000 termasuk kitlens. Kamera 10.1 megapiksel ni datang sekali dengan lens zoom 19-55mm, f 3.5. Sebenarnya ni model yang paling murah dalam famili Canon DSLR. Tapi bila dah lama pakai, aku dah macam lupa dah akan kekurangannya. Aku ada tempek gambar sikit kat Flickr . Boleh la tengok2. ISTERI KE-DUA : Honda Wave 100S Motor ni aku beli sendiri pakai duit aku. Duit muka lebih kurang RM1500 dengan bulan2 kena bayar sebanyak RM150. Sayang betul motor ni sebab 1st time barang yang mahal macam ni aku beli guna nama aku sendiri. hehe ISTERI KE-TIGA: Acer Aspire 4730ZG Laptop ni aku beli dah hampir setengah tahun. Waktu beli tu harga dia lebih kurang RM2200. Laptop ni guna guna Intel Pentium D...

Kebaikan Tekanan Darah Tinggi/Hypertension

Image
Assalamualaikum & hai... Berikut adalah bagaimana penyakit tekanan darah tinggi boleh memberi manfaat. Hehe... Selamat berpuasa! Salam dari budaksepet,

Macam2 kes

Image
Assalamualaikum & hai... Hari ni kat emergency dept tak berapa sibuk. Tapi ada beberapa kes yang menarik berlaku hari ni... Kes 1 Seorang bayi berumur lebih kurang 7 hari ditinggalkan dalam beg baju kat tepi masjid. Bila ditemui, bayi ni di bawa ke emergency dept untuk bantuan kecemasan namun rupanya bayi ni dah BID (brought in death). Bukak2 beg tu, tengok bayi tu lengkap pakai baju. Tali pusat pulak diikat dengan tali kasut yang mungkin menandakan si ibu melahirkan anak secara sendirian. Tengok pada kulit yang masih segar menandakan baby ni baru aje mati tapi bibir dah jadi kaler itam dah. Kesian pula tengok sebab baby tu comel aje. Sampai hati mak dia buang baby yang comel mcm tu. Penat2 mengandung 9 bulan pastu last2 buang aje.. huhu.. Tiada sebarang surat ditinggalkan bersama bayi. Biasanya orang akan letak surat untuk bagitahu yang baby tersebut Islam atau tak. Kes 2 Seorang wanita melayu berumur 27 tahun telah terbabas keretanya sewaktu nak pegi kerja. Malang bagi d...

Dah lama tak menaip

Image
Assalamualaikum & hai..... Maap le lame tak update blog ni. Actually banyak je benda yang nak di taip. Tapi tangan ni yang tak tertaip.hehe.. Sekarang ni aku ada 8 lagi short case report yang nak kena di siapkan. Pastu tambah lagi satu long case dengan satu report community medicine yang ada lebih dari 10 procedure kat dalam tuh. Malangnya nak bagitahu yang aku baru aje siap 3 report dari banyak2 report tu.hehe... By the way, hari ni adalah antara hari yang sibuk kat emergency room Hospital Serdang. Entah siapa yang jonah bawa ramai patient hari ni. Orang medikal tahulah apa maksud jonah tu. Aku pasti ramai doktor2 kat luar sana takut fenomena jonah ni... hehe... Maksudnya bila seseorang doktor tu bertugas atau oncall aje mesti berduyun2 patient masuk. Ibarat pesta jom heboh lagaknye. Cuma yang ni tempatnya kat emergency room. So macam2 bunyi boleh dengar. Budak2 n bayi duk mengangis dan tak kurang bapak budak pun sama. Hari ni kitorang bertugas start pukul 8 pagi dengan sesi ...

blurr untuk buat tajuk

Image
Assalamualaikum & hai... Maaf sebab lama tak update. Kononnya macam bizi bebenor. Padahal akak Anonymous pun nyempat nak update. Ni pulak aku..hehe.. Untuk pengetahuan semua, aku sedang posting di unit kecemasan hospital Serdang. Sekarang ni aku stat masuk ward pukul 3 petang & balik pukul 11 malam.Tambah dengan supper lepas kerja, maka sampailah aku kat rumah pada pukul 1 pagi. Kemudian tidur & bangun pukul 12 pm. Pastu kul 1 dah start pergi Serdang balik..wuwu...  Lebih kurang seminggu kat ward emergency ni, dah dua orang mati kat tangan aku. Dua2 disebabkan oleh cardiac arrest (jantung berhenti berdenyut). Apa yang kami buat ialah CPR selama setengah jam bermula dari masa pakcik/makcik tu collapse sambil inject adrenaline pada interval yang tertentu. kalau dah lepas setengah jam jantung tetap taknak berdenyut, maka waktu kematian pun diumumkan.huhu Rasa rugi pulak sebab nak defibrilate tak boleh sebab case pertama ialah pulseless electrical activity (PEA) & ...

Kami Hantar Burger

Image
Assalamualaikum & hai... Kat apartmen kitorang dah ada servis penghantaran burger. Yang menariknya burger ni diorang buat sendiri kat umah. Daging burger tu pun diorang buat sendiri.. Cayalah.. Pandai carik rezeki nieh.. Set yang diorang offer ialah burger daging/ayam dengan wedges & air root bir. Selain tu ada benjo jugak. Harga satu set RM4.50 untuk benjo, RM5.00 untuk ayam & RM5.20 untuk daging. Encik burger daging duduk bersebelahan burger ayam sambil ditemani air root bir Diorang ni hantar kat lif B ajer. Tapi disebabkan kitorang duk satu aras dengan diorang (tingkat 11), jadik kitorang dapat delivery depan rumah. Memang sesuai untuk gemukkan badan ni. Sekali pandang macam burger king aje. Harga pun boleh tahan ok. Nak tau best ke tak kena tanya orang kat bawah ni..  Lahap sungguh. hehe... Salam dari budaksepet,

Kelebihan Bulan Rejab

Image
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah , Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku . Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedek...