Posts

Gebang2

Assalamualaikum.... Lama jugak aku tak update blog ni. Mungkin sebab aku agak sibuk kebelakangan ni walaupun aku sebenarnya tengah cuti. Sekarang ni aku kat shah alam sorang2. Orang lain semua dah balik.  Aku? Entahlah bila aku nak balik ke kampung. Bukan tak nak, tapi ada kerja yang aku perlu bereskan di sini. Antaranya ialah mengenai Medical Science Health Camp yang akan diadakan pada 22hb November ni. Dah dekat dah. Jadi kerja pun agak banyak untuk disetelkan. Tambah2 lagi semua AJK tak ada kat Shah Alam ni da balik. Nasib baik ada cik Hani Nadiah, selaku timbalan aku untuk program ni. Kalau tak susah juga aku sorang2 nak uruskan semua benda ni. Emmm... 22hb Oktober yang lepas adalah hari lahir aku yang ke-21. Dah tua dah aku. hahaha... Kalau tengok pada angka 21 tu, rasanya boleh tahan tua aku ni. Kalau yang perempuan, biasanya dah mula kawin pada umur ni. Namun bagi yang masih belajar di universiti, kebanyakannya lambat la sikit untuk kawin. Apa tah lagi jika perem...

Keperluan dan Kehendak

Image
Assalamualaikum.... InsyaAllah sebulan lagi aku akan dapat duit MARA yang tertunggak banyak bulan dah. Disebabkan banyak bulan juga aku terpaksa makan dan minum guna duit sendiri, maka apa kata aku belanja sikit duit ni pada untuk keperluan wajib dan keperluan kehendak.hehe Berikut adalah barang2 impian aku untuk masa ni.hehe.. Asik berangan aje.. :p 1. Stetoskop (RM 100-200) Selama ni asyik guna yang medical skill lab aje. InsyaAllah nanti aku nak beli yang sendiri punya. Lagipun bulan 3 ni dah nak start posting. Nanti takkan nak pinjam yang doktor punya kot.hehe 2. Sphygmomanometer (RM 100-200) Alat pengukur tekanan darah ni bukan benda wajib untuk pelajar perubatan ada. Tapi aku beli ni untuk cek tekanan darah orang kampung bila masa aku bercuti.hehe. Paling penting sekali ialah untuk monitor tekanan darah mak, nenek dan atuk aku :0) 3. Sony Ericsson K800i! (RM 700) Hehe...Ni yang paling tak sabar ni ;;) Sekarang ni aku guna handset Nokia 1110. Skrin warn...

Cuti Bermula! (tapi masih banyak kerja!)

Assalamualaikum.... Uish...agak lama juga aku tak update blog ni. Alhamdulillah final exam aku tempoh hari sudah selesai. Namun penyelesaiannya tidaklah sebegitu berjaya. Ada la jugak paper yang aku rasa macam hampeh aje. huhu.. Takpelah.. nak wat camne, ko yang tak study cukup2 tu kenape? Asik maen aje.hehe.. Emm..Sekarang ni sebenarnya banyak kerja yang aku perlu setelkan. Walaupun namanya sedang bercuti semester selama sebulan, tapi masih ada yang aku kena setelkan dan buat. Okes, jom list it out ;) Astronomi Siapkan astronomi disk before Januari 2009. Nak wat bisnes ni.hehe.. Siapkan artikel Dewan Kosmik isu Januari 2009 sebelum 20 Oktober 08 Taip isi buku kandungan buku panduan astronomi Medical Science Club (MSC) MSC Heath Camp 08 Meeting dengan geng2 MSC pd Ahad, 19hb pada waktu tengah hari. Sahkan tempat dengan Prof Yasmin pada minggu 20~25 Oktober Promosi?!! etc.... Isk...bila fikir2 balik rasa mcm banyak benda pulak nak kena buat masa cuti sebulan ni....

Berbuka di Restoran Tasik Indah

Image
Assalamualaikum.... Hari ni aku ada lab test untuk subjek penyakit sistem saraf. Dalam test tu, ada 10 stesen yang perlu dilalui dengan setiap stesen disertakan gambar sel yang berpenyakit atau gambar kasar sesuatu organ yang ada masalah. Jadi tugas kami ni ialah untuk mengenal pasti apa masalah yang ada dan menjawab soalan yang ditanya pada stesen tersebut. Ada satu stesen yang aku dah jawab salah. Konfius sebenarnya. Dalam rajah tu, ada gambar otak yang kelihatannya agak kecil (atrophy) dan struktur tisu pada mamillary body kelihatan agak lain macam sikit. Aku masa tu dah tak tau nak tulis apa. Rasanya mungkin boleh jadi masalah kemerosotan sistem saraf pada basal ganglia atau brain stem. Mungkin penyakit Parkinson atau Huntington. Adui... takpelah, bantai la yang ni satu.huhu.. Rupa2nya masalah tu disebabkan oleh chronic alcoholism. Adush... ------------------------ Hari ni aku berbuka puasa di Restoran Tasik Indah bersama Nabila dan suaminya. Dulu aku yang jadi pengapit...

Masalah Kekurangan Vitamin B1 dan B12

Assalamualaikum.... Hari saya ingin berkongsi mengenai penyakit yang disebabkan oleh masalah nutrisi. Antara masalah yang sering terjadi ialah disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 (Thiamine) dan vitamin B12 (Cobalamine). Secara umumnya, terdapat dua penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1, thiamine. Penyakit tersebut ialah Sindrom Wernicke-Korsakoff ( Wernicke-Korsakoff Syndrome)  dan neuropati periferi ( peripheral neuropathy). Kekurangan vitamin B12, cobalamine, dalam diet pula akan menyebabkan masalah kombinasi kemerosotan saraf tunjang subakut (subacute combine degenerative of spinal cord). 1)  MASALAH KEKURANGAN VITAMIN B1 (Thiamine) Sindrom Wernicke-Korsakoff Sindrom Wernicke-Korsakoff berlaku disebabkan oleh kekurangan thiamine. Sindrom ini menyebabkan pesakit mempunyai masalah kawalan otot mata (occularmotor abnormalities) dan disertai simptom2 masalah mental. Antara orang yang berisiko ialah peminum arak, masalah kekurangan nutrisi, mengal...
Assalamualaikum..... Sekarang dah jam 6.30 petang. Tinggal 40 minit lagi untuk berbuka. Tadi baru balik dari bazaar Ramadhan berdekatan dengan stadium Shah Alam. Lepas aje kelas pathophysio of CVS habis pada pukul 4, terus saje aku, Zareen, Liza, Nisa & Irma pegi mencuci mata kat bazaar. Haha.. Hari ni aku beli nasi kerabu (RM2.50) untuk berbuka, air timun susu (RM1), nasi lemak ayam goreng (RM3.50) untuk bersahur dan ayam BBQ (orang belanje..hehe..murah rezeki). Jadi hari ni dah abis RM3.50 untuk berbuka & RM3.50 untuk bersahur. Jimat kan? Ni lah antara kelebihan bulan Ramadhan. Boleh kurang sikit perbelanjaan untuk makan tu. Alhamdulillah.. --------------------- Kuliah hari ni adalah mengenai cardiac arrythmia (ketaktentuan rentak jantung) dan antihypertensive drugs (dadah untuk darah tinggi..hehe). Rasanya tak sempat kalau nak  buat summary dua perkara tu sekarang. Malam ni pulak nak revise histopathologi sistem respiratori pulak sebab esok ada lab test. Aiii...

Epilepsy / Sawan Gila Babi

Assalamualaikum..... Hari ni aku nak study pasal epilepsi atau nama lainnya sawan gila babi. Punya la tak best nama tuh. Kalo letak sawan gila kucing ke, kambing ke, ayam ke kan baru sedap sikit sebut. Hehe.. Biasanya perkataan gila babi ni digunakan masa marah kat orang laen aje. Tapi masa sakit pun boleh guna jugak. Haha.. Penyakit gila babi berlaku apabila berlakunya sawan (seizure) yang berulang2. Sawan adalah gangguan dan abnormaliti terhadap kelakuan, kesedaran, dan pergerakan yang disebabkan oleh gangguan aktiviti elektrik yang berlaku dalam otak. Biasanya bertahan selama beberapa saat atau minit dan pulih dengan sendirinya. Jom kita  tengok summary pasal epilepsi ni. EPILEPSY/GILA BABI Definition : Common chronic neurologic disorder characterized by recurrent unprovoked seizures (sawan). An epileptic seizure is convulsion (kegeleparan & kekejangan) or transient abnormal event experience by the subject due to paroxysmal cerebral discharge of cerebral neur...