Dah habis MBBS

Sunday, March 31, 2013 0 Comments

Assalamualaikum & hai..


Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab akhirnya aku dah habis MBBS. Tak sangka dah hampir 7 tahun aku belajar sejak habis matrikulasi dulu akhirnya dah sampai ke hujung. 

Seterusnya fasa baru pulak menanti. Fasa kerja yang aku tak sabar nak masuk tapi cuak jugak sebenarnya. Semalam puan Zuraini dari SPA call aku sebab borang SPA aku tak lengkap. Sambil tu sempat aku korek tarikh interview yg dijangka pd 27 September ni. interview akan dibuat di Shah Alam oleh seorang Dr Perubatan dan sorang pegawai SPA.

Sementara menunggu interview ni aku duk kat umah abg aku kat Puchong. Abg Di aku ni ada kedai makan kat R&R Kinrara. Dia berniaga masakan panas dengan nasi kukus. Kalau lalu singgah la sini.




0 comments:

Bacaan Surah Al-Haqqah yg membuat Imam & makmum menangis teresak2

Sunday, March 31, 2013 0 Comments

Assalamualaikum & hai...

Ingin berkongsi satu video bacaan surah Al-Haqqah mengenai keadaan di hari kiamat. Ketika dibacakan Imam dan makmum semuanya menangis teresak2 kerana takutnya balasan dari Allah di akhirat kelak.

Dengar dan hayati maksudnya.




Ya Allah ampunkanlah dosa hamba mu ini. Sesungguhnya kami tak layak ke syurga Mu, namun tidak pula mampu menghadapi api neraka Mu. Oleh itu Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami.


Hanya berkongsi...

 

0 comments:

Dah lama tak buat CPR

Saturday, March 23, 2013 , 1 Comments

Assalamualaikum....

Dah lama x buat CPR. Last buat 3 tahun lepas. Masa tu buat 4 kali, tapi hanya seorang survive. 3 darinya sakit jantung (myocardial infarction) dan 1 kena langgar keretapi..

Semalam aku tengah tengok satu kes stroke jenis hemorrhagic. Pesakit tu adalah seorang perempuan Melayu berumur baru 29 tahun. Tak sangka umur muda lagi pun dah kena stroke... Kalau dulu orang tua2 aje yg kena.. Tengah aku tengok file pesakit tu tiba2 dengar orang menjerit " adrenaline stat!"

Gambar hiasan. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia..

Tu tandanya ada kes nak kena rhesus tu yang mana pesakit tiba2 collapse... Semua orang berlari2 ala cite hindustan ke arah pesakit tu.. bukak tirai nampak ada sorang doktor naik duduk atas pesakit untuk kasi chest compression. Aku pun ready kat sebelah untuk ambil alih tugas utk tekan dada pesakit. Sambil tu staff nurse ada kat tepi utk kasi oksigen pd pesakit dengan ambu bag

Tak sampai seminit org yg buat chest compression akan tukar giliran  sebab sangat penat buat CPR ni. Kita kena kasi 100 tekanan dada setiap minit. Tekanan tu pulak kena paling kurang sedalam 2 inci masuk ke dada pesakit. Kalau guna tenaga tangan memang tak larat, jadi tekan guna berat badan sambil membongkok. Penat dan cramp jugak la tulang belakang. Jadi untuk kurangkan penat terpaksa naik kaki atas katil atau duduk macam menunggang di atas pesakit. Memang nampak tak elok tapi untuk pastikan tekanan pada jantung adalah optimum sebab pesakit tak boleh nak pam darah sendiri.



Tengok cardiac monitor ada electrical activity tapi bila rasa nadi takde. Maknanya pesakit sedang dalam keadaan Pulseless Electrical Activity (PEA).. Bila keadaan PEA atau asytole (takde langsung electrical activity pd cardiac monitor) kita tak boleh kasi shock yg macam kat TV selalu buat tu. Kita kena buat CPR sampai dia boleh pam sendiri, sambil2 tu kasi adrenaline 1 mg IV setiap 5 minit. Hanya pesakit dengan ventricular tachycardia dan ventricular fibrilation aje yg kita kasi shock

Dah buat CPR dalam 15 minit, tengok2 jantung pesakit dah ada denyutan balik. Alhamdulillah... kitorang hentikan CPR dan mula check ada tak 11 perkara yg mungkin menyebabkan pesakit jadi gitu. Mnemonics nya ialah 6H &5T.  Bila jumpa masalah terus kena manage sebetulnya..

Hypovolemia, hypokalaemia/hyperkalaemia/other electrolyte, hypothermia, hypoxia, hydrogen ion (acidosis), & Hypothermia
Toxin (drugs), tamponade (cardiac), trauma, tension pneumothorax, thrombosis (pulmonary)

Sambil nak buat investigation yg sepatutnya, tengah nak ambil darah dari femoral vein tengok2 takde denyutan nadi. Alamak pesakit tengah PEA lagi!!! Terus kitorang melompat atas pesakit dan buat CPR sekali lagi. Timer dimulakan sebab setiap kali CPR kita akan buat selama 30 minit aje. Kalau jantung pesakit tak berdenyut jugak maka kita akan terpaksa hentikan rawatan dan pronounced pesakit dah meninggal. 

Sambil2 buat CPR tu ahli keluarga akan diberitahu akan keadaan pesakit yg tengah kritikal & sedang di rhesus. Jadi meraka boleh bersiap sedia terima berita yang kurang baik jika terjadi.

Setelah setengah jam menekan2 dada pesakit, Dr pakar suruh kitorang berhenti dan masa kematian diumumkan. 

Allah lebih menyayangi dia lagi.

Wallahualam..

 

1 comments:

Dah nak habis MBBS

Saturday, March 23, 2013 , 0 Comments

Assalamualaikum...

ayat yang biasa... : dah lama tak update blog ni.. :p 

Sekarang ni aku kat posting emergency. Ni adalah posting terakhir aku dalam MBBS ni.. tak sangka dah nak habis dah. Kejap jugak rasa masa berlalu 3 tahun di tahun klinikal ni.. Aku pun x sangka kejap aje lagi aku akan bergelar Dr dah.. Cuak juga ni.. sambil2 tu tak rasa tak sabar nak kerja pun ada...

kalau korang tahu, emergency ni adalah posting  yg aku paling suka.. emergency adalah posting pertama aku pada tahun 2009 dulu. [boleh baca ka sini] Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada posting lain yg aku rasa lagi best dari emergency ni. Perasaan berada di emergency department adalah sangat menyamankan aku berbanding perasaan berada di ward. 



Sebenarnya beberapa hari lepas waktu aku mula2 masuk posting ni aku bercadang nak buat Case Log setiap hari... Kalau dapat tulis hari2 apa yg menarik kat sini kan best.. Tapi nampaknya cita2 tu tak berapa terlaksana... Mungkin sebab bizi sikit kot. 

Kat ED ni boleh dikatakan hari2 aku oncall.. Kalau tak oncall rasa rugi pulak sebab tak dapat nak tengok interesting cases. Bila ada di ED ni, benda yg baik ialah aku dapat tahu apa yg aku tak tahu tapi aku kena tahu. Jadi bila dah tahu apa yg kita tak tahu jadi boleh spend masa utk baca tu bila balik nanti... emm apa aku tulis ni..

Okes,,  a good start for today. hahaha

Your text here

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu