Hari ni aku masuk lokap

Wednesday, June 13, 2012 2 Comments

Assalamualaikum dan hai..

Hari ni aku pegi mahkamah majistret Kuala Selangor sebab nak buat rayuan saman JPJ yg tahun lepas. Bagi yang tak tahu saman JPJ kalau nak diskaun korang kena naik mahkamah majistret. Kalau saman polis trafik boleh mintak diskaun kat balai aje...

Prosedurnye ialah korang akan dipanggil ke depan kat dalam mahkamah tu kemudian pertuduhan akan dibacakan. Pastu diorang akan tanya mengaku salah ke tak? Nak senang cite baik cakap ngaku je. Pastu hakim akan tanya nak buat rayuan ape2 tak? Masa ni korang cakap je la apa2 cite sedih korang kasi hakim tu nangis tersedu2. Lepas tu baru hakim akan cakap berapa yang kita kena bayar.


Alkisahnya minggu lepas aku naik mahkamah majistret shah alam atas kesalahan tak pakai seat belt penumpang depan taun 2009 dulu. Rayu punye rayu hakim cakap aku kena bayar RM 50.... Alhamdulillah... Polis kat situ ckp nasib baik dpt hakim yg baik hari tu.

Pasal hari ni pulak kes aku kena saman sebab takde lesen dgn roadtax mati. Lagi satu kesalahan ape ntah die tulis. Amik kau 3 kesalahan sekali dalam satu surat. Naik je mahkamah, hakim kat Kuala Selangor tu tak nak kasi diskaun sangat. Utk 2 kesalahan aku kena bayar RM350 utk setiap kesalahan kesalahan ke 3 diberi amaran aje... 

Alamak dalam wallet aku bawak RM600 aje. Mana nak cekau lagi RM100 ingit. Aku cakap la kat pegawai mahkamah tu. Dia kasi tau polis kat situ, then diorang bawak aku ke lokap polis. Dah macam buat kesalahan jenayah aku ni. Dah la orang kat sebelah aku kena tahan sebab memiliki dadah.




Lokap tu die punya pintu punya la berat. Dalam tu ada tempat duduk. Kat dlm ujung koner ada satu dinding separuh yang menutup toilet tanpa pintu. Nasib baik la lokap tu agak bersih, takde bau2 yg kurang menyenangkan... 


Aku masuk dalam tu dengan sorang pakcik India. Dia pun tak bawak cukup duit. Polis suh kol sapa2 untuk bawakan duit. Aku ngan pakcik India tu mintak kebenaran untuk cucuk duit kat bank. Polis kata okey no problem tapi diorang kena escort. Aku pun cepat2 kol Helmy mintak tolong dia bank in kan aku seratus. Jadik kena la tunggu kejap dalam balai sampai Helmy bank in duit dulu baru leh gerak g bank. Nasib baik ada Helmy.



Uncle India yang duduk dengan aku tu pun baik jgk orangnye. Sambil duk nunggu tu kitorang duk bual2 lah. Polis kat situ pun bebaik, takde nak cakap kasar2 atau jerkah orang tak tentu pasal. Bila Helmy kasi signal yg duit dah masuk, kitorang pun pegi la bank naik kete wira polis tu... Dah siap cucuk duit pakcik polis tu ajak singgah minum kopi dulu... Adeh sempat pulak polis ni.. Duduk kat kedai kopi ape lagi sembang pasal Uero lah.haha...

Tu lah alkisahnye hari ni aku masuk jail...haha... Nasib baik duk 2 jam je. Kalau duk setahun mau mati keboringan duk dalam bilik putih tu aje..

Pengajaran hari ni ialah buat lesen/bayar roadtax cepat2. Kalau tak menyusahkan diri aje bila kena saman.




2 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu