Yahoo Messenger 11 beta Review

Wednesday, November 24, 2010 1 Comments

Assalamualaikum & hai..

Sabtu ni aku ada exam Opthalmology, ENT & Community Medicine dan hari ni aku sedang update pasal Yahoo Messenger 11. Takpe2.. teruskan menaip...huhu

Member aku si Rosli bagitau yang YM dah ada version 11. Tapi ni baru yang beta jer. Beta ni maksudnya software tu dalam testing mode lagi. Mungkin ada cacat sikit sini sana yang diorang perlu kenal pasti sebelum dikeluarkan versi full punye. 


Kalau korang perasan, mana2 software yang nak di upgrade versionnya dari nombor 10 ke 11 sebagai contohnya  mestilah ada upgrade yang agak major seperti rupa dan fungsi dia. Kalau setakat upgrade version 10.12 ke 10.15 tu takde ape sangatlah bezanya . Kalau macam ni diorang hanya betulkan bug atau kecacatan kecik je. Ok dah. Stop2 mengarut.


 Antara kelebihan YM11 ni ialah korang boleh sign in chat FB kat YM korang. Kan FB punye chat slow sikit. Lagi satu korang boleh buat apa2 yang berkaitan dgn FB kat YM ni je. Contohnye post update. Lupe pulak, Twitter pun dah di intergrate dalam YM ni

Antara benda baru ialah ada game2 baru yang macam best. Antaranya ialah Fishville yang korang boleh main lawan secara online dengan rakan YM korang.  Ni snapshot dari website YM. 




Kalau berminat boleh download kat sini. http://www.filehippo.com/download_yahoo_messenger/


Chow dulu, 

Salam dari budaksepet,
 

p/s : doakan aku untuk exam sabtu ni!

1 comments:

Guna Facebook secara Free Untuk Pengguna Digi

Sunday, November 14, 2010 6 Comments

 Assalamualaikum & hai...

Tadi aku baru aje try something new yang mungkin agak menarik. Benda tu ialah Digi menawarkan perkhidmatan Facebook secara percuma kepada pelanggan Digi sahaja tak kira postpaid atau prepaid. Sori ye yang lain.hehe

Dengan servis ni, korang boleh tengok akaun Facebook korang, tapi tanpa gambar dan video, hanya perkataan sahaja yang keluar. Jadi boleh guna untuk balas komen, letak status update dan sebagainya. Kalau nak tengok gambar kena bayarlah ikut kadar 10 sen untuk 10kb. 

Untuk aku, benda ni boleh la guna untuk update status kat page Facebook MBBS 3rd phase pada bile2 masa. Status kat page ni akan masuk direct kepada twitter yang ada kat blog MBBS 3rd phase kitorang. Jadi tak la lambat aku buat announcement kat blog tu. Hope so.hehe :p



Caranya senang aje. Tak perlu handphone yang mahal2. Boleh pakai internet browser yang ada dalam handphone masing2 tu. Just pastikan sebelum tu tukar setting internet korang kepada Digi Wap. Untuk Sony Ericsson, pergi ke Menu>Settings>Connectivity>Internet Settings (Internet profiles-->Digi Wap). Bila dah siap setting, boleh lah guna internet browser yang sedia ada tu dengan ke alamat 0.facebook.com atau zero.facebook.com. Siap! 

Kadang2 korang mesti risau servis ni betul tak kena caj ke tak ah? Korang boleh check kat website Digi, login to OCS> Akaun Saya>Transaksi Yang Belum Dibil. Kemudian tengok usage untuk hari ni. Kalau ada caj GPRS kena pada time korang pakai facebook tu maka dah silap setting la tu.

Cukup untuk hari ni. Harap berguna. 

Chow.

Salam dari budaksepet, 

6 comments:

Berita sedih dan gembira

Saturday, November 13, 2010 5 Comments

Assalamualaikum & hai....

Aku ada berita sedih ni. Dua tiga lepas, aku cuba on laptop aku tapi tak mau2 jugak hidup. Dia hidup kejap dalam 5 saat lepas tu terus mati. Skrin yang logo Acer tu pun tak kuar. Adeh.. Ni macam hardware problem ni. Kalo korang ingat aku dulu beli laptop ni bulan April 2009. Ni post nye. Dah setahun setengah aku pakai upanye. Bila dah habis warranty baru nak rosak eh? Pandai betul diorang ni buat.  

Jadi aku cuba la bukak hardisk dan ketatkan, tapi tak jadi jugak. Takut RAM yang buat hal, jadi aku cabut RAM tu dan pasang satu, nak tengok RAM mana yang buat hal. Isk. tak jadi jugak. 

Tak silap aku, malam sebelum laptop tu rosak aku ada bau benda2 hangit. Aku tak rasa tu adalah bau dari aku lalu aku pun membiarkan bau hangit tu berlalu ditiup angin. Adeh..ayat skima pulak. Sebelum tu aku tingat yang aku kena letrik shock sikit bile aku cuba pasang power supply kat satu plag petak yang buruk. Nasib baik aku tak lupa ingatan pasal karen tu.

Jadik, aku boleh mendiagnose laptop aku ni dengan 'motherboard failure secondary to seizure'. Treatment ; sent to Acer service centre & spend more than RM200 to replace the motherboard. Sadis2.. 

Tapi aku ada satu berita gembira pulak. MSU telah sudi memberi aku satu laptop untuk digunakan di hospital. Selama ni aku bawak laptop aku untuk guna waktu lecture. Ni universiti yang punyer, aku tumpang pegang je lah. Guna untuk urusan MBBS ni sambil selit2 yang peribadi sket.ehehe.. 



Laptop Toshiba Satellite L645 ni dipowerkan dengan Intel i3 2.4Ghz processor dan 2 gig RAM. Kalau aku rajin aku postkan pasal processor Intel yang baru2 ni (i3, i5, i7) 

Chow dulu.

Jaga diri kawan2! 

Salam

Budaksepet 

5 comments:

Nak tulis apa ni eh?

Tuesday, November 02, 2010 3 Comments

Assalamualaikum & hai..


Bile nak update blog ni?!



lagi satu...




Bile nak study ni?!


Salam dari budaksepet,




3 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu