Posts

Showing posts from December, 2009

Jom Sambut tahun baru dengan lihat gerhana bulan!

Image
Assalamualaikum & hai... Kawan2 semua, pagi satu Januari ni akan berlaku peristiwa gerhana bulan. Gerhana ni dipanggil Gerhana Bulan Separa sebab hanya sebahagian sahaja dari permukaan bulan yang akan masuk dalam bayang bumi. Yang paling bestnya kita boleh tengok dengan mata kasar aje! Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat blog astronomi aku kat sini www.astromas2020.blogspot.com Jangan lepaskan peluang ni! Salam dari budaksepet,

Catuan bajet

Image
Assalamualaikum... Lama sungguh aku tak update blog ni ye? Mesti korang sume dah bosan dengan blog ni.. Tak terupdate langsung.. hahaha.. Nak kata aku busy sangat tu takde la. Entah apa yang aku sibukkan pun tak tahu..hehe.. Baru2 ni duit  sewa rumah dah naik seratus. Kebetulan dengan tu dua orang dari housemate keluar rumah untuk praktikal dan kerja. Alamak, nampaknya sewa bulan2 dah naik sampai RM200 seorang! Sebelum ni RM160 aje. Adui..bangkrap la aku macam ni. Nak kena buat catuan makanan ni.. Sekarang ni aku dapat elaun MARA RM700 sebulan. Jadi bajet aku bulan ni :  RM700 (duit MARA) - RM200 (sewa rumah) - RM150 (bayar motor) = RM 350 Balance ada RM350. Kalau dalam satu hari aku makan minimum RM10 jadi sebulan dah RM300 dah. Duit topup tak kira lagi. Pastu takkan tak beli apa2 kot untuk sebulan tu. Adui... tak cukup ni... Nampaknya aku kena mula menulis balik dengan majalah Dewan Kosmik (DK) ni. Dah cukup setahun aku tak menulis dengan DK gara2 pegang jawatan presiden

Mengemas bilik untuk mood lebih baik

Image
Assalamualaikum & hai.. Hari ni tiba2 datang semangat untuk kemas bilik aku yang macam kapal pecah ni. Dah lama jugak aku  tak mengemas. Patut la asyik rasa serabut aje. Rupanya2 keadaan persekitaran turut mempengaruhi mood untuk study dan sebagainya Kapal pecah bertukar ke kapal yang kurang pecah. Ni tempat aku selalu bertapa. Study, main game, tidur & makan pun kat sini jugak. Salam dari budaksepet. p/s : Aku nak cari kerja part time ni. Ada yang nak cadangkan kerja yang sesuai? Yang penting fleksibel.

Main game baru Call of Duty : Modern Warfare 2

Image
Assalamualaikum & hai... Hari ni aku ke SACC mall dengan Ejoi untuk teman dia ambil PSP adik dia yang rosak. Habis dalam RM200 jugak untuk tukar bateri & keypad baru. Aku pulak dah beli game baru ; Call of Duty : Modern Warfare 2. Sekarang ni tengah install. Aisk.. tak sabar nak main ni. hehe.. Entah2 laptop aku ni larat ke tak nak bawa game yang berat ni. Malam ni pukul 11 malam kitorang nak pergi main futsal kat Seksyen 17 Shah Alam. Shasha nak belanja untuk jam pertama. Rezeki tak boleh ditolak. Tambah2 aku dah lama tak bersenam.hehe Salam dari budaksepet,

Cuci mata

Image
Assalamualaikum & hai.. Maaf la sebab lama tak update blog ni. Nak kata sekarang ni sibuk sangat takde la pulak. Sekarang dah lepas fasa yang sibuk. Semester baru ni aku akan menternak lemak dengan jayanya.. hehe.. Perut pun dah makin buncit. adui.... Sekarang ni aku dalam fasa terakhir untuk ke IMS. InsyaAllah jika perjalanan lancar sahaja maka dapat la aku masuk ke IMS di Bangalore ataupun IMS di Shah Alam aje. Jadualnya ialah pada bulan 4 ni. Kemungkinan aku masuk kat sini aje kot. Kalau kat sini boleh jumpa nurse2 yang cun kat ward. Kalau kat sana nampaknya tak semangat la aku nak g ward. ehehe.. Salam dari budaksepet,